Monday 23 June 2014

A.V.E : Oh Kakiku!

Anda tidak memilih untuk menjadi seorang penderita diabetes.  Tetapi anda dapat memilih untuk menyelamatkan kaki anda.


penjagaan kaki yang betul


Cara-Cara untuk menjaga kaki anda:

Langkah 1:

  • Basuh kaki dengan sabun yang lembut setiap hari
  • Jangan rendamkan kaki lebih daripada 5 minit
Langkah 2
  • Keringkan kaki dengan baik teritama sekali di celah jari kaki
  • Potong kuku jari kaki secara melintang dan tidak terlalu pendek
  • Jangan gunakan krim dicelah jari kaki kecuai dinasihatkan oleh doktor/podiatris anda
Langkah 3
  • Jangan gunakan plaster atau ubat untuk belulang
  • Jangan gunakan alat tajam pada kaki
Langkah 4
  • Sapukan krim atau losen pelembap untuk membuat kulit lembut dan mengelakkan pecah kulit.  Elakkan kulit di celah kaki
Langkah 5
  • Kasut mesti selesa dan saiz bersesuaian
  • Jangan berjalan tanpa kasut, sama ada di dalam rumah ataupun di luar rumah
  • Periksa bahagian dalam kasut samada batu, objek tajam dan sebagainya
  • Stokin seharusnya tidak terelalu ketat. Gunakan stokin jenis kapas
Langkah 6
  • Jika terdapat luka, bersihkan bahagian tersebut dengan baik, keringkan dan sapu antiseptik.  Kemudian balutkan bahagian luka dengan pembalut yang bersih dan kering
Langkah 7
  • Periksa kaki anda setiap hari, celah jari-jari kaki, bahagian tumit dan tapak - Lihat samada terdapat luka, bengkak, bahagian yang merah, lepuh, bernanah atau tidak
  • Dapatkan bantuan saudara atau kawan, ataupun gunakan cermin jika anda mempunyai masalah memeriksa tapak kaki anda
Langkah 8
  • Bersenamlah selalu.  Jangan merokok dan jaga diet anda
  • Pengawalan paras glukos darah yang baik adalah penting untuk mengelakkan komplikasi
  • Periksa paras glukos dengan baik
  • Jumpa doktor seperti yang ditetapkan
Nota ringkas: Kawal diabetes anda. Selamatkan kaki anda dan jalani corak hidup yang sihat

[sumber KKM]

Antara supplemen yang disyorkan untuk mengawal paras gula dalam darah:

Diet Pesakit Diabetes. Sila KLIK

Untuk pesanan terus set diabetes. Sila klik


____________________________


Sila baca DISCLAIMER
Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan
*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

1 comment:

  1. Kalau segan nak call kite, uolls bleh buat pembelian terus dengan hanya klik-klik then buat payment, barang terus sampai depan pintu, senangkan. Semua di hujung jari anda

    ReplyDelete