Wednesday 11 June 2014

A.V.E: TB Penyakit Jelik? Apakah Cara Untuk Mengatasinya?

Sebelum ni saya kurang ambik serius dengan penyakit tibi ni sebab saya fikir ia adalah penyakit yang ‘biasa-biasa’ jer…cam tak percaya penyakit tibi ni amat serius dan boleh membawa maut. Atas keprihatinan saya terhadap penyakit tibi ni?, maka saya share artikel ini dengan semua…. peringatan juga utk saya sendiri supaya lebih berhati-hati dengan persekitaran yang semakin tercemar……tak kira tinggal di kampung atau bandar, risiko tetap ada…..so, jaga diri semua yea..jangan biar penyakit tibi menyelubungi diri anda



Kita ikuti kisah seorang wanita yang menghidap penyakit tibi:



"Klinik Kesihatan kami didatangi oleh seorang wanita berkerjaya profesional.  Melihat keadaannya yang kelihatan sihat, anggota kesihatan yang mengambil maklumat bertanyakan tujuan datang ke klinik tersebut.  Dalam keadaan berbisik, wanita terbabit memberitahu beliau baru didiagnosis menghidap penyakit Tibi.


Dengan menangis teresak-esak, beliau memberitahu. Ini kerana beliau percaya tibi hanya dihidapi oleh mereka tidak mengamalkan kebersihan dan golongan berpendapatan rendah.  Ada juga teman-temannya memberitahu beliau telah disantau dan mengajaknya berubat secara tradisional.  Malangnya, pada masa yang sama beliau juga telah disishkan daripada terlibat dalam sebarang aktiviti sosial di pejabat."

Pihak kami sering berdepan dengan pesakit yang mempunyai senario seperti di atas.  Sesetengah masyarakat masih tidak faham mengenai tibi.  Mereka percaya tibi adalah penyakit yang sungguh memalukan dan menjelikkan kerana pesakit akan batuk berterusan, kerap membuang kahak serta kelihatan tidak sihat.

Penyakit tibi berpunca daripada bakteria, Mycobacterium tuberculosis yang disebarkan melalui udara. Ia akan berada di ruang udara sekiranya ada pesakit tibi tidak menutup mulut ketika batuk.  Bagi mengelakkannya berlegar-legar di ruang udara, seseorang yang batuk hendaklah menutup hidung dan mulut sama ada dengan sapu tangann atau tisu.

Selain itu, penutup hidung dan mulut (surgical mask) juga digalakkan penggunaannya.  Selain tibi, etika batuk yang betul dapat mencegah seseorang daripada penyakit bawaan udara yang lain seperti H1N1.

Penyakit tibi perlu dirawat kerana jika dibiarkan tanpa rawatan ia boleh menjadi semakin teruk hingga boleh mengakibatkan batuk berdarah, yang mana dalam kepercayaan masyarakat kita, batuk berdarah dikaitkan dengan terkena santau.

Sedangkan apa yang berlaku ialah keadaan tisu paru-paru telah rosak sehingga melibatkan salur darah.  Bukan itu saja, kuman tibi juga boleh merosakkan tisu-tisu organ lain: otak kelenjar, buah pinggang dan tulang.

Tanda-tanda penyakit tibi berbeza mengikut jenis organ yang terlibat.  Kelewatan mendapatkan rawatan tradisional semata-mata boleh mengakibatkan pesakit tibi menemui ajal.

Berkongsi dengan ruang udara yang sama membuatkan kita semua berisiko mendapat jangkitan tibi tanpa mengira taraf kehidupan seseorang.  Namun begitu, mereka yang berpengetahuan tinggi mengenai penyakit dan mengelakkan dia menjangkiti tibi kepada orang lain.  Selain itu, keadaan ruang tertutup atau tinggal di kawasan yang padat akan meningkatkan lagi risiko anda mendapat jangkitan tibi.

Cara Batuk Kering Merebak;
Batuk kering merebak melalui udara. Apabila penghidap batuk atau bersin, mereka mengeluarkan bakteria dalam udara akan dihidu orang sekeliling.
Cara mengatasi batuk kering atau tibi
Tibi-Batuk Kering
Apabila seseorang menghidu bakteria batuk kering, bakteria tersebut akan bertapak di dalam paru-paru dan membesar serta bergerak melalui darah kepada buah pinggang, tulang belakang dan otak.
Langkah pencegahan tibi;
  • Bayi-bayi yang baru lahir mestilah diberikan suntikan imunisasi BCG
  • Dapatkan suntikan dos kedua sekiranya tiada bekas parut dan pada umur 12 tahun
  • BCG diberikan percuma di semua hospital serta klinik kesihatan kerajaan untuk mereka yang berumur 20 tahun ke bawah
  • Sekiranya batuk berterusan lebih daripada dua minggu, segeralah berjumpa doktor untuk menguji kahak anda
  • Ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang tinggal sebumbung dengan pesakit tibi dalam tempoh yang lama hendaklah tampil menjalani pemeriksaan.
Golongan berisiko tinggi mendapat jangkitan tibi;
  • Penduduk miskin yang tinggal di desa mahupun di bandar-bandar
  • Pembawa HIV
  • Mereka yang menghidap penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi, buah pinggang
  • Pesakit yang mengambil ubat steroid dalam jangka waktu yang lama
  • Warga tua.
Cara dan kaedah mendiagnos tibi;
  • Jika mengalami batuk berpanjangan, anda hendaklah melakukan pemeriksaan sapuan kahak di bawah mikroskop bagi mengesan kehadiran kuman tibi. Ujian kahak boleh dilakukan di pusat kesihatan mahupun hospital kerajaan berhampiran secara percuma.
  • Pemeriksaan sinaran X dada juga boleh menunjukkan kerosakan yang mungkin berlaku pada paru-paru anda.



Tanda Serangan Penyakit

Sekiranya kuam Tibi menyerang paru-paru, tanda-tanda berikut akan berlaku iaitu:

  • Batuk yang berterusan lebih dari 10 hari
  • Demam dan peluh pada waktu petang dan malam
  • sakit dada apabila batuk atau menarik nafas
  • berat badan susut
  • hilang selera makan
  • mudah letih
tibi atau batuk kering
Penyakit Tibi - Batuk Kering

Rawatan tibi
Penyakit tibi boleh disembuhkan dengan mengambil ubat.  Walau bagaimanapun disebabkan ciri-ciri kuman tibi yang lambat menyerap ubat menyebabkan pesakit perlu mengambil ubat sekurang-kurangnya selama 6 bulan.  Pesakit yang tidak patuh makan ubat seperti yang disarankan boleh mengakibatkan penyakit tibi berulang.

Selain itu, pesakit akan terpaksa mengambil ubat lebih lama tempohnya dan yang paling merisaukan adalah kuman tibi rentan iaitu sedah lali dengan ubat yang sedia ada.  Ini menyebabkan kos ubat lebih mahal iaitu empat kali ganda berbanding kos ubat tibi yang sama.

Menghidap tibi tidak menghalang seseorang itu daripada melakukan aktiviti sosial terutama kepada mereka yang patuh mengambil ubat.  Apa yang penting ialah mengamalkan etika batuk atau bersin yang betul tatkala berada di khalayak ramai.

[sumber majalah isihat]

Apakah pula  suplemen SHAKLEE yang boleh dicadangankan kepada pesakit Tibi? jom kita lihat….antaranya ialah;
Pengedar Shaklee Taman Nong chik

Pengedar Shaklee Taman Nong Chik

  • Chewable Vitamin C 100mg
Awesome Vitamins Ever

Awesome Vitamins Ever



Awesome Vitamins Ever



Awesome Vitamins Ever

banyak kan, tp ini tak bermakna anda kene ambik semua….ikut kesesuaian individu
dapatkan dulu rundingan dan cadangan yang mana perlu dan sesuai utk anda, boleh hubungi saya utk dapatkan keterangan lanjut…jangan malu, jangan segan yea.

Rasa malu nak call saya atau macam tak sempat nk call, anda boleh juga membuat pembelian terus, semuanya hanya di hujung jari anda. Klik-klik, buat pembayaran then barang pun terus sampai depan rumah. Mudahkan!!
Happy Shopping!!
 Order Now


Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan

*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

1 comment: