Thursday 5 June 2014

A.V.E : Buah Epal Boleh Memperbaiki Paras Kolesterol

Kalau ingin makan buah, buatlah pilihan yang bijak - Epal! Kajian terbaru yang diterbitkan dalam European Journal Of Nutrition mendedahkan buah epal, bukan jus berupaya memperbaiki paras kolesterol anda.

Jom kita baca sedikit info mengenai buah epal. Apa yang ada pada buah epal ini?
Selepas mengambil dua setengah biji epal sehari selama empat minggu, paras kolesterol buruk (LDL) dalam erti lain kolesterol jahat akan turun sebanyak 7%, manakala paras kolesterol secara keseluruhan, sebanyak 6%.  Bagaimanapun, mengambil dua gelas jus epal sehari, penanda yang sama mencatatkan kenaikan sebanyak tujuh dan 5 peratus.

Anda barangkali tidak makan banyak epal sehari, tetapi adalah lebih baik menyunyah buah berbanding menikmati jus kerana, kajian terbaru penyelidik Belanda terhadap 20,000 responden yang menikmati buah yang mempunyai isi berwarna putih seperti epal sehari mendapati risiko strok mereka turun lebih 50%.

Malah, bagi setiap 25 gram atau secara 1/5 epal yang dimakan, risiko strok menurun sebanyak 9 peratus.  Keputusan menguatkan lagi kajian lampau yang menyebut menikmati epal mengurangkan risiko alahan, serangan jantung, keradangan, Alzheimer, Parkinson serta kanser paru-paru dan prostat selain berupaya membantu membina otot.

Jika ingin bukti, kajian terbaru awal tahun ini melaporkan, makan setengah cawan epal kering setiap hari menurunkan paras LDL sehingga 23 peratus.  Sebagaimana yang dikata oleh Dr. Oz, tiada gunanya anda mengelak dan lebih baik mula membelinya.

[sumber majalah isihat]

memperbaiki paras kolesterol
Buah Epal Boleh Memperbaiki Paras Kolesterol

Tips menurunkan paras kolesterol secara semulajadi. Sila KLIK

Antara supplement yang disyorkan untuk menurunkan paras kolesterol anda. Sila KLIK



Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan

*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*


2 comments:

  1. Semua jenis epal..tak kira epal hijau ke epal merah.bukannya nk kene mkn byk pun. buah epal jugak bleh memutihkan gigi tau.

    ReplyDelete