Sunday, 10 August 2014

A.V.E : Gemuk Lepas Raya

GEMUK LEPAS RAYA

Bismillah..

Assalamualaikum dan selamat menyambut hari raya aidilfitri fazreen ucapkan kepada semua muslimin muslimat sekalian. Alhamdulillah dah masuk dua minggu kita menyambut lebaran. Sekejap saje masa berlalu. Pelbagai juadah telah disediakan sepanjang bulan syawal ni. 

Setelah sebulan berpuasa, terdengar keluhan berat badan naik tak kira lelaki atau perempuan kerana pesta makan sepanjang syawal. Tak salah untuk kita makan sepuasnya bermula hari pertama aidilfitri. Fazreen faham ada yang ingin lepaskan geram selepas sebulan ikat perut untuk berpuasa. Apabila risau berat badan naik mendadak,kenapa perlu bising sedangkan ia salah sendiri. Kawal nafsu supaya tak menyesal di kemudian hari.

Sejak hari pertama ramadhan kita didendangkan dengan lagu raya. Perut kosong berpuasa pastinya tidak sabar untuk meraikan Aidilfitri kerana lebaran boleh dikatakan seperti pesta makan. Katika kita tidak keruan menanti kehadiran Aidilfitri yang sememangnya menyajikan pelbagai makanan tradisional dan moden, doktor pula sedia berdepan dengan rungutan pertambahan berat badan. 

Berjuta-juta rakyat Malaysia secara tradisi meraikan perayaan ini dengan menziarah sanak saudara. Dan setiap kunjungan pastinya tidak sah jika tidak disajikan dengan makanan tradisi tanpa memikirkan kandungan gula, lemak dan sebagainya.

Fazreen akui, walaupun tiada kajian mengaitkan majlis perayaan dengan pertambahan berat badan, pandangan beberapa pakar kesihatan bersetuju,ramai pesakit mengunjungi mereka selepas berterusan memakan hidangan seperti rendang daging dan juadah berasaskan ayam. Bising dengan kenaikan berat badan dan sakit lain yang datang siapa patu t disalahkan.

Salah Sendiri

masalah kolesterol dan berat badan naik


Luahan seperti berat bada naik lima kilogram, baju dah ketat antara sesalan yang malas didengar. Pengakuan ini mungkin mrrapl didengari selepas Aidilfitri. Mengapa tidak, jemputan rumah terbuka mulak 1 Syawal hingga harj terakhir perayaan tidak putus-putus diterima.

Saya percaya, mungkin ramai menyedari perubahn fizkkal diri, namun sukar mengawal nafsu makan. Selain itu, ada juga yang merasa sukar menolak pelawaan pihak yang menjemput atau tidak sampai hati anda tidak dijamah juadah yang dihidang di depan mata. Konflik menjaga hati tuan rumah akhirnya memakan diri.

Biarpun perlu menghadiri banyak majlis rumah terbuka, ia bukanlah alasan tidak mengwwal pengambilan pemakanan atqj melupakan amalan diet. Perlu diingatkan, makan secara tidak terkawal pada musim raya adalah berbahaya bagj individu yang mengalami masalah kesihatan apatah lagi memakan makanan berlemak tinggi seperti daging dan ayam tanpa ada had.

"Musim perayaan dan undangan rumah terbuka tidak sepatutnya dijadikan alasan melupakan kepentingan seimbang. Kegembiraan beraya tidak akan berkurangan biarpun kita mengawal pemakanan. Ini kerana kita bukannya tidak boleh merasa setiap juadah enak yang didengari, tetapi kuantiti makanan yang dijamah perlu dikawal".

Adakah Normal

Disebabkan isu ini sering menjadi topik hangat sepanjang Aidilfitri, saya tertanya-tanya adakah normal berat badan bertambah selepas hari raya?

Beberapa pandangan pakar kesihatan menyatakan situasi ini biasa berlaku apatah lagi di musim perayaan. Penganjuran rumah terbuka dengan menyajikan bermacam-macam juadah pasti membuatkan tetamu tidak dapat menolak keinginan untuk menjamah makanan dihidangkan.

Hidangan yang disajikan untuk jamuan rumah terbuka selalunya tradisi seperti lemang, ketupat, rendang, lontong dan pelbagai sajian lain yang kebanyakkannya mempunyai kadar kandungan lemak tinggi. Oleh itu, jika seseorang yang sering menhadiri rumah terbuka, tetapi tidak prihatin untuk mengawal pemakanan, kebarangkalian merekam mengalami kenaikan berat badan adalah tinggi.

Tiada siapa akan melarang anda untuk bersuka ria, tetapi dalam pada bergembira menghadiri jamuan rumah terbuka, ingatlah! Bagi anda yang tidak mahu berat badan bertambah atau mereka yang ingin mengekalkan berat badan ideal, harus berhati-hati memilih makanan.

Cara Bijak Hadiri Rumah Terbuka

Berdasarkan beberapa tips kesihatan dan panduan pemakanan, rata-rata berpendapat sebaik-baiknya apabila memilih juadah, mulakan dengan mengambil buah-buahan terlebih dahulu. Ini kerana ia dapat membuatkan perut kita rasa 'terisi' sebelum menikmati makanan lebih berat.

Apabila perut 'terisi', secara tidak langsung kita tidak akan rasa terlalu lapar hingga mengambil makanan dalam kuantiti berlebihan daripada sepatutnya. Selain itu, jangan paksa diri makan apabila sudah terlalh kenyang . Cuba kawal nafsu walaupun juadah yang disajikan sangat memikat selera.

Janga salah faham, artikel ini bukannya menyuruh anda tidak boleh langsung mencuba setiap juadah yang digemari di jamuan rumah terbuka. Anda boleh merasainya, cuma pastikan pengambilan dalam kadar sedikit ataj berpatutan.

Fokus utama membabitka makanan yang tinggk kandungan kalori. Memang agak sukar untuk mengawa, nafsu makan apabila pelbagai juadah yang nampak enak terhidang di depan mata. Tetapi demi mengelak bertaanya berat badan secara mendadak yang boleh menjadi punca kepada masalah lain, perlu beringat setiap masa.

Walau apapun alasan anda untuk 'lepas geram' selepas sebulan berpuasa, perlu diingat, berag badan bukannya mudah untuk diturunkan dalam masa singkat. Jika tidak mengamalkan pemakanan seimbang dan bersenam. Justeru, jangan ambil mudah dengan menikmati makanan sesuka hati, tetapi akhirnya susab hati apabila sukar menurunka berat badan. Tiada salahnya 'berjuang' melihat makana enak sepanjang lebaran asalkan tidak terseksa untuk menurunkan berat badan di kemudian hari.

Antara vitamin yang disyorkan untuk mengawal berat badan dan masalah kolesterol

Set Kurus Menawan. SILA KLIK 

Shopping online di SINI



Set Slimming Shaklee. SILA KLIK GAMBAR


set kurus


Shopping online di SINI


Set Jantung Sihat. SILA KLIK GAMBAR


set jantung sihat


Shopping online di SINI




Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:

Nurul Fazreen bt Othman 
PM : www.facebook.com/awesomevitaminsever
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan
*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

No comments:

Post a Comment