Kita sangat jelas dengan manfaat tidur dalam kehidupan seharian. Tetapi, itu adalah tidur pada waktu malam. Bagaimana pula dengan tidur sebentar? Menurut kajian, tidur sebentar iaitu sekitar 60 minit boleh membantu mengubah kesan negatif dan mengekalkan apa yang telah dipelajari serta diserap otak.
Para penyelidik mengatakan tidur sebentar pada siang hari yang disebut dalam islam dengan istilah Qailullah atau napping dalam bahasa inggeris itu sangat berguna sama seperti tidur di malam hari.
Tidur yang singkat dapat menyegarkan otak setelah merasa keletihan pada siang hari akibat pengumpulan maklumat di dalam otak yang terlalu banyak. Memaksa diri hanya menyebabkan prestasi semakin menurun.
Pasukan penyelidik dari Universiti Lubeck Jerman telah melakukan ujian diagnostic terhadap 52 sukarelawan. Mereka diminta untuk tidur dalam tempoh masa tertentu tanpa membezakan waktu siang atau malam. Dan hasilnya, keadaan mereka sama dan tidak berbeza. Ini menunjukkan tidur singkat di ‘siang hari’ sama pentingnya dengan tidur di malam hari.
Otak kanan akan lebih aktif semasa tidur sebentar berbanding otak kiri yang kekal tenang. Walaupun 95% orang menggunakan tangan kanan, di mana otak sebelah kirin adalah yang paling dominan, tetapi bahagian otak kiri lebih aktif secara konsisten semasa tidur.
Menurut kajian, otak sebelah kanan sedang menjalankan tugas ‘pengemasan’ semasa kita tidur. Sebab itulah, otak kiri mengambil masa untuk berehat. Semasa tidur juga, otak akan menghasilkan pelbagai jenis gelombang mengikut tahap tidur seseorang. Selepas 20 minit, otak yang sedang tidur akan berubah. Ia merupakan fasa paling nyenyak dalam tidur.
Tetapi, jika tidur terlalu lama pada siang hari kita mungkin berasa pening selepas bangkit daripada tidur dan bukannya badan berasa segar seperti diinginkan. Sebaiknya, tidurla sekejap sebelum masuk waktu petang bagi mengelakkan ia mengganggu tidur anda pada waktu malam hari. Kebanyakkan individu akan mula mengantuk antara jam 1 hingga 4 petang.
Untuk menjadikan ‘tidur sebenta’ sebagai rutin harian, gunakan sesuatu yang disukai seperti bantal kegemaran atau topeng mata berbau lavender untuk member kedamaian. Selain itu, tidur di kerusi atau sofa yang selesa bukannya di atas katil bersama tilam empuk bagi mengelakkan anda malas bangun tidur.
INFO: Otak lebih kretif semasa letih?
Jika anda seorang yang ceria dan segar pada waktu pagi, pastinya waktu tersebut merupakan masa yang terbaik untuk melakukan tugasan yang mencabar. Gunakan otak anda untuk menyelesaikan masalah, menjawab soalan dan membuat keputusan yang terbaik semasa berada pada waktu puncak. Jika anda si ‘burung hantu’, pastinya waktu lewat malam adalah yang terbaik untuk anda.
Sebaiknya, jika anda mahu melakukan kerja-kerja kreatif, anda lebih bertuah bila anda sudah letih dan otak sudah tidak mampu berfungsi dengan cekap! Kedengarannya seperti gila, tetapi ia sebenarnya sangat masuk akal. Letih adalah sebab mengapa banyak idea-idea yang hebat sering muncull di bilik mandi selepas sehari bekerja yang panjang.
Bila anda letih, otak sebenarnya berada dalam keadaan yang tidak begitu baik untuk menapis gangguan atau member tumpuan kepada tugasan tertentu. Ketika ini, kecekapan untuk mengaitkan antara idea dan konsep turut menurun. Dalam hal ini, bidang kerja kreatif mendapat manfaat di sebalik gangguan ini.
Ini adalah kerana, kerja-kerja kreatif memerlukan kita untuk membuat hubungan yang baru, memikirkan idea dan konsep yang baru serta berfikir dengan cara yang baru. Bila letih atau penat, otak yang sudah bercelaru sangat bermanfaat bagi kita melakukan projek-projek yang kreatif.
Artikel yang dikeluarkan oleh saintis Amerika telah menerangkan bagaimana gangguan boleh menjadi satu perkara yang baik untuk berfikir secara kreatif. Semasa waktu puncak, kita sudah mula kurang focus dan boleh mempertimbangkan maklumat yang lebih luas. Skop yang lebih luas ini memberikan akses kepada alternative dan pelbagai tafsiran yang lebih lalu memupuk inovasi dan wawasan.
Antara supplemen yang dicadangkan bagi yang susah hendak tidur dan tidur tidak lena.
[Sumber majalah isihat]
Jangan lupa selepas membuat pembelian secara ONLINE, anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara ekslusif dari saya.
Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Antara supplemen yang dicadangkan bagi yang susah hendak tidur dan tidur tidak lena.
[Sumber majalah isihat]
Anda juga boleh membuat pembelian secara ONLINE!! Dengan beberapa langkah yang mudah, barang anda terus boleh sampai depan rumah.
Happy Shopping!!
Sila baca DISCLAIMER
Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
PM : www.facebook.com/awesomevitaminsever
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*
No comments:
Post a Comment