Thursday 28 August 2014

A.V.E : Merancang Masa Yang Tepat Untuk Hamil

Bagaimana kita boleh meningkatkan peluang kita untuk hamil?
Jawapannya ialah merancang masa yang terbaik dan tepat untuk melakukan hubungan intim suami isteri mengikut waktu paling subur isteri.

Anda mungkin tahu bahawa masa yang terbaik untuk hamil adalah semasa “tetingkap subur” iaitu dalam tempoh sela masa 6 hari yang berakhir pada hari ovulasi. Tetapi bagi sesetengah pasangan, keperluan untuk menjadualkan hubungan suami isteri mengikut hari atau masa tertentu lazimnya menambahkan tekanan kepada mereka. Di samping itu, meramalkan dengan tepat waktu ovulasi juga adalah boleh menjadi suatu cabaran yang hebat. Terdapat satu pendekatan yang lebih santai yang boleh diambil bagi meningkatkan peluang anda untuk mengandung. Anda hanya meningkatkan kekerapan melakukan hubungan seks bersama pasangan bermula tidak lama selepas tamat tempoh haid sang isteri dengan syarat pasangan wanita mempunyai kitaran haid normal.

waktu subur
Inilah masanya

Hubungan Intim Pada Masa Yang Tepat Meningkat Peluang Hamil

Hubungan seks yang kerap iaitu pada setiap satu hingga ke dua hari akan menghasilkan kebarangkalian kehamilan paling tinggi. Namun begitu, hubungan kurang kerap (2-3 kali seminggu) juga kebarangkaliannya adalah hampir sama. Anda boleh menentukan masa ovulasi dengan mengesan suhu basal tubuh (Basal Body Temperature) sepanjang kitaran haid anda dengan kalendar ovulasi. Jika anda mempunyai purata 28 hari kitaran haid, anda boleh mula memantau suhu badan kira-kira 14 hari selepas tempoh haid bermula. Kenaikan suhu badan kira-kira setengah darjah celcius adalah indikator tarikh ovulasi bagi wanita.

Pilihan gaya hidup untuk memaksimumkan kesuburan
Rakan-rakan rapat dan keluarga mungkin banyak memberikan pendapat peribadi bagaimana untuk meningkatkan peluang anda untuk hamil. Beberapa tips gaya hidup yang lazimnya dikongsi di internet sebenarnya menimbulkan keraguan. Kuncinya adalah berusaha ke arah gaya hidup sihat. Kadangkala perubahan kecil yang dilakukan terhadap ritual harian boleh menghasilkan keputusan yang dramatik.

Teknik bersantai dan melakukan perubahan kepada rutin bilik tidur mungkin membantu
Tidak ada bukti kukuh bahawa perbanyakkan rehat dan santai akan meningkat peratusan untuk hamil. Walau bagaimanapun, sekiranya berehat boleh membantu anda menyerap tekanan ini mungkin menyumbang kepada kehamilan. Ia akan membantu anda mendapat perspektif yang sihat dan mengurangkan ketegangan dalam kehidupan anda dan pasangan.


suasana yang menarik



Sejarah kesuburan anda
Kemandulan atau sub-kesuburan ditakrifkan sebagai ketidakupayaan pasangan untuk hamil selepas berhubungan intim tanpa kawalan kehamilan dalam tempoh melebihi 12 bulan atau lebih. Sekiranya anda mempunyai permasalahan seperti ini jangan segan dan malu untuk berikhtiar dengan pelbagai cara sama ada rawatan alternatif mahupun rawatan pakar kesuburan. Tiada apa yang perlu dirahsiakan kerana anak adalah penyambung legasi anda dan pasangan.


[credit to celikvitamin.com]


Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh mempertimbangkan penggunaan supplemen bagi meningkatkan kesuburan suami dan isteri.
Sila hubungi saya untuk dapatkan konsultasi ekslusif  dan dapatkan tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian  dari saya sebagai Shaklee independent distributor anda.


Nurul Fazreen bt Othman
PM : www.facebook.com/awesomevitaminsever
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan
*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*




No comments:

Post a Comment