Monday 27 October 2014

A.V.E : Cara Hilangkan Parut Jerawat

Jerawat memang masalah utama kulit wajah. Ada yang kulit wajahnya penuh jerawat sehingga menyebabkan malu untuk keluar rumah. Dah selesai masalah jerawat, parut-parutnya pula tertinggal. Setiap hari cuci muka pun parut jerawat masih tak hilang. Bagaimana cara hilangkan parut jerawat dengan mudah? Bagi saya yang penting, cara hilangkan parut jerawat ni perlu bermula dari dalam. Bila dalam kulit kita sihat, dah tentu di peringkat luar pun akan nampak sihat.


Petua Hilangkan Parut Jerawat

1. Hilangkan Jerawat Dengan Tomato

Buah tomato ini mempunyai pelbagai khasiat yang bagus. Antara khasiat buah tomato ialah baik untuk kesihatan mata, menghilangkan bintik hitam (blackheads) dan juga menghilangkan jerawat. Mula-mula belah buah tomato dan lumurkan ke seluruh muka dan biar sekurang-kurangnya 1 jam atau biar sehingga kering barulah bilas dengan air suam. Untuk hasil yang terbaik amalkan juga dengan makan tomato


tomato
Tomato



2. Hilangkan Jerawat Dengan Lidah Buaya

Lendir lidah buaya (aloe vera) selain dapat menghilangkan jerawat, ia juga bagus untuk menghilangkan parut jerawat. Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, sapukan lendir lidah buaya pada bahagian muka yang terdapat jerawat. Ulangi langkah ini pada setiap pagi dan waktu petang. Yang penting berterusan. Sapu lidah buaya ini memang best sebab menyejukkan kulit muka.


aloe vera
Pokok lidah buaya (aloe vera)



3. Hilangkan Jerawat Dengan Putih Telur

First, pisahkan kuning telur dengan putih telur. Just ambil putih telurnya sahaja. Pukul sebentar lalu pakaikan ke wajah anda dan diam selama 15 minit. Putih telur ini berfungsi membantu mengurangkan minyak di wajah anda yang seringkali menjadi penyebab timbulnya jerawat. Selepas itu cuci dengan air suam. Selain itu, telur putih ini boleh buang blackhead dan whitehead dengan korang rendamkan tisu dengan telur putih kemudian tampalkan tisu pada hidung. Selepas kering, tengok blackhead dan whitehead melekat pada tisu.


putih telur
Masker putih telur



Mudahkan? Tapi mampu ke kite buat benda-benda ni. Nampak mcm senang, pun malas nk buat betol tak?. Nak pegi mencari pokok lidah buaya la bagai. Malas nak kotorkan tangan pastu nk menahan bau hanyir telur lagi. Adei..lecehla.

Kat sini ada cara yg paling mudah tanpa kotorkan tangan tapi berkesan untuk menghilangkan parut jerawat. Chewah! Mcm poyo je bunyinya kan? In Shaa Allah klu kene pada caranya. 

Antara vitamin dan supplemen yang biasa diambil untuk membantu menghilang parut jerawat adalah

1. Set D yang mengandungi B complex, Vitamin C dan Vitamin E


set kulit cantik
Set D - Set Asas Kulit Cantik

2. Add on ESP



esp
Add on ESP



Untuk anda yang kekurangan bajet, boleh mula ambil ESP dan Vitamin C sahaja dahulu. Atau cubalah sendiri dan rasai perbezaannya. Tak cuba tak tahukan? Bila dh jumpa pastikan akan jatuh cinta.

Jika anda mempunyai bajet yang besar, kesan lebih cepat boleh ikhtiarkan dengan Collagen Powder membantu menghilangkan bekas jerawat dan parut.

Walau bagaimanapun, pengambilan supplemen ini perlulah konsisten. Jangan lupa pengambilan air masak yang mencukupo. Kulit wajah kita ambil masa lebih kurang 120 hari untuk diperbaharui. Nak cantik ni kene sabar. Tak bleh stress. Bayangkan kulit kita dan bertahun-tahun bermasalah dan berjerawat, tak kan dalam masa seminggu je dah boleh terus nmpk cantik. Takut pula jika betul-betul pulih dalam masa yang singkat, masalah lain pula yang timbul dalam jangka masa panjang.


Selamat Mencuba!
Maniskan Iman, Maniskan Senyuman

Cabaran Blogging bersama GenkiMomma, Sinergi Vitamin, Ummi’s Vits Store & MyNutrisi

Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, 7Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan

*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*



10 comments:

  1. Kulit kak faz tak ada jerawat..kan..^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh ade la...tp sekejap je kecut sbb dh letak herbal blend dgn set kulit cantik shaklee...

      Delete
  2. Saya bab sapu-sapu ni la paling M sekali, cara paling mudah dan berkesan, telan aje suplemen kecantikan Shaklee:-)

    ReplyDelete
  3. hahaha..memang malas la nak sapu2 buh krim kan?makan lagi senang

    ReplyDelete
  4. vitamin shaklee bagus untuk kesihatan dan bagus juga untuk kecantikkan..parut jerawat ni kalau tak jaga betul-betul memang susah nak hilang

    ReplyDelete
  5. masker telur putih tu memang takleh bayangkanlah..mesti saya boleh termuntah sebab bau hanyir telur..ku rela telan shaklee

    ReplyDelete
  6. memang kena banyak sabar nk dapat hasilnya, tapi tue lah cara terbaik n semulajadi tanap kesan buruk, kan? kadang orang desperate sangat nakkan kesan cepat, sanggup beli produk yg ada bahan bahaya. :(

    ReplyDelete