Wednesday 15 October 2014

A.V.E : Menu Diet Sarapan Pagi Popular

Selamat pagi kawan-kawan

Breakfast adalah paling penting kalau nak berdiet. Makan jangan skip! Sebab ape?? Nak naikkan metabolisma badan tue! Tapi kalau nama pun berdiet, tak yah la sarapan pagi hentam sampai 5 pinggan nasi lemak! Ambil makanan yang kurang lemak, kurang kalori yea!

Sarapan yang baik sebenarnya tidak akan membuatkan anda gemuk jika betul caranya. Bahkan sarapan pagi yang sihat juga membantu anda menurunkan berat badan, risiko diabetis, penyakit jantung dan strok.

Berikut adalah beberapa menu untuk sarapan pagi yang sangat POPULAR. Actually anda boleh menggunakan kreativiti anda untuk memperbagaikan lagi menu sarapan yang sihat.

Check it Out!

1. Telur


telur


Telur kaya dengan protein dan tinggi kalori. Selain itu, telur juga mengandungi nutrien penting iaitu untuk daya ingat, dan telur juga baik untuk kesihatan mata.

Telur boleh direbus, buat omelette, scramble egg. Senang je nk sediakannya. Minyak jgn guna byk2 nnti daripada nak diet lain plk jadinya.

2. Oatmeal


oatmeal


Oatmeal adalah makanan tinggi karbohidrat kompleks, sehingga mampu menyimpan energi selama berjam-jam. Pengambilan oatmeal akan membuatkan anda menjadi kenyang lebih lama kerana jenis makanan ini dihadamkan secara perlahan-lahan oleh tubuh. Di samping itu ia juga menjaga kandungan gula darah pada tahap yang optimum.

Contohnya: quaker oats, roti wholemeal. Roti pun bleh makan dengan telur jugak, baru balance.

3. Susu Rendah Lemak


susu rendah lemak


Cara melangsingkan badan dengan minum susu rendah lemak adalah amat disyorkan untuk kita amalkan. Pengambilan susu rendah lemak bukan hanya cara untuk melangsingkan badan tetapi juga untuk pengambilan kalsium harian kita.

Terutama sekali jika kita seorang wanita, kita harus pastikan tubuh badan kita dapat kalsium yang secukupnya setiap hari agar tulang agar tulang kita akan sentiasa sihat dan kuat hingga akhir hayat. In Shaa Allah.

Ini kerana wanita lebih cenderung untuk menghidap penyakit osteoporosis atau kerpuhan tulang dalam tubuh badan. Jika kita tidak mengambil kalsium yang diperlukan secukupnya setiap hari.

4. Pisang


pisang


Ade orang makan sebiji pisang setiap hari pun dh cukup untuk mengalas perut di waktu pagi. Pisang bukan sekadar buah. Istimewanya buah pisang ni adalah kerana pisang kaya dengan serat, vitamin C dan ‘pottassium’. Kombinasi ketiga-tiga nutrient yang terdapat pada pisang akan membantu mengawal tekanan darah, sehingga emosi kita menjadi lebih stabil dalam menghadapi hari. Selain itu, pisang juga akan menyumbangkan energy dan rasa kenyang yang lebih lama.

5. Minum Teh


teh


Teh mengandungi zat jenis antioksidan iaitu ‘flavonoid’. Ia bagus untuk kecantikan kulit serta berguna untuk memperkuatkan daya ketahanan tubuh dan anti peradangan. Teh hitam atau merah mengandungi L-theanine, iaitu zat yang berguna untuk mengaktifkan otak, sehingga akan membuatkan kita lebih fokus dalam melakukan sesuatu. 

Jadi, jangan lupa untuk memilih teh sebagai minuman sampingan untuk dimakan bersama roti atau bubur gandum. Tapi usah minum teh sahaja sebagai pengganti sarapan, sebab ia tidak mencukupi kerana kalorinya sangat sedikit, sehingga tidak memberikan energi yang mencukupi untuk anda beraktiviti.

Tapi minum the bkn campur dengan susu ye. Kalau nk campur pun dengan coffee mate atau low fat milk. Kalau nk letak gula better guna brown sugar, gula/daun stevia atau sweetner ‘Equal’. 



Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, 7Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan

*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

5 comments:

  1. Yeay! Besynye sarapan pagi..rugi kalau skip ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan setakat rugi je skip breakfast...energy pun kurang. Xbleh nk tumpu bile nk bt keje sbb lapo

      Delete
  2. tngk gmbo teh tu tetibe rasa rindu dgn cinch tea yg dah kehabisan stok itu..huhu

    ReplyDelete
  3. Rindu Cinch Tea!

    *http://genkimomma.my/menu-diet-sarapan-pagi-popular/

    ReplyDelete
  4. memang rindu dengan cinch tea!

    ReplyDelete