Thursday 16 October 2014

A.V.E : Petua Hilangkan Demam Selsema Dengan Cepat

demam selsema


Sebenarnya banyak alternatif lain untuk memulihkan demam, badan
panas dan selesema selain menggunakan kaedah perubatan seperti makan ubat-ubatan ataupun vitamin.

Selain itu, kita perlu mengetahui tanda-tanda awal sebelum demam, badan panas dan selesema bagi mengatasi masalah ini dengan berkesan supaya cepat sembuh.

Simptom demam juga berkait rapat dengan selesema dan tanda awalnya adalah seperti hidung berair dan tersumbat mahupun sakit tekak.

Ade orang guna bawang putih utk dijadikan minyak then letakkan di tapak kaki untuk kurangkan demam selsema dan Fazreen pun dah cube cara ni. Alhamdulillah..demam selsema makin berkurangan 

Caranya dengan membakar bawang putih bersama kulit then lenyekkan bawang tu kemuadian campurkan dengan minyak. Terpulang pada kita nk letak minyak gamat or Habbatus Sauda (Black seed oil). Sapukan di tapak kaki sebelum masuk tidur. 

Tapi ade jugak beberapa petua selain dari kita pakai bawang putih ni. Menurut petua orang dahulu, jenis makanan yang akan disenaraikan seperti dibawah mampu membantu untuk memulihkan deman, badan panas dan selesema.

Halia


halia


Boleh membantu menghilangkan rasa sejuk dalaman badan ketika demam caranya adalah menambah halia dan limau untuk air panas dan minum dua kali sehari

Ikan


ikan salmon


Selain kaya dengan protein, ikan seperti tuna, salmon, ikan kembung juga amat kaya dengan Omega-3 asid lemak, sebatian yang membantu dalam mengurangkan keradangan di dalam badan

Kita akan lebih terdedah kepada selesema jika mempunyai keradangan kronik

Sayuran Hijau


sayuran hijau


Tidak dinafikan sayuran hijau sangat baik untuk kesihatan dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi dengan makan sayuran hijau ia akan membantu melawan sejuk dan selesema

Bawang Putih



bawang putih


Sebagai antibiotik semulajadi, bawang putih membantu dalam melawan jangkitan. Selain itu, ia mempunyai beberapa ciri-ciri anti-virus dan juga menghasilkan antioksidan malah lebih baik kalau di makan mentah

Kunyit


kunyit

Boleh membantu dalam merawat jangkitan virus dan bakteria. Kunyit membuktikan ia benar-benar membantu jika menambah kunyit ke dalam makanan yang dimakan ataupun menambah kunyit untuk susu panas dan diminum ketika mengalami selesema.

Selain drpd bawang putih, kalau anak Fazreen selesema, kunyit hidup la yg kite cari. Tenyeh kt hidung si kecik. Alahmdulillah, selesema cpt kering.

Madu


madu


Boleh membantu dan melawan jangkitan bakteria. Malah, madu bermanfaat jika mengalami sakit tekak

Air Beras


air beras


Selain itu, untuk menghilangkan selesema adalah dengan cara ambil secawan air didihan beras dan minum ketika suam

Jadi, anda tak perlu risau..tak semestinya kita demam terus telan panadol/soluble. Byk lagi cara/ikhtiar lain yang kite boleh buat untuk meredakan demam selsema. Tapi perlu ingat ye kawan. Ini adalah petua tradisional je, jika Demam Dan Selesema itu berlarutan, dinasihatkan berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan sewajarnya. 

Mudah-mudahan petua ni dpt memberi manfaat kepada anda semua. Selamat Mencuba !!

Cabaran Blogging Bersama GenkiMomma, Cahaya Vitamin, Rahsia Vitamin & Keluarga Sihat Ceria


Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, 7Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan

*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

7 comments:

  1. Mostly pernah buat..yang terbaru, urut kaki baby dengan minyak bawang putih..

    ReplyDelete
  2. vote for madu lebah, dapnyeeeeeee :D

    ReplyDelete
  3. petua org lama ni mmg best bahan2 pun sumber semulajadi je :)

    ReplyDelete
  4. kunyit sinonim dengan orang kita!

    ReplyDelete
  5. Anak sy tgh selsema ni. Esok nk try tepek kunyit

    ReplyDelete