Friday 10 October 2014

A.V.E : Harapan Untuk Si Pendek | Tip Tinggi Secara Semula Jadi

Ya, tidak semua beruntung untuk memiliki ketinggian yang baik. Malah, banyak fakta yang sudah membuktikan bahawa mereka yang lebih tinggi mempunyai banyak kelebihan berbanding individu yang lebih rendah. Sebab itulah, usaha untuk menjadi lebih tinggi bagi mereka yang lebih rendah tidak pernah putus-putus. Mereka seolah-olah tidak berpuas hati dengan apa yang dimiliki. Mereka cenderung untuk memiliki lebih daripada itu.

Individu yang rendah ini ingin menjadi tinggi dengan fakta orang-orang yang lebih tinggi mendapat perhatian lebih, lebih banyak peluang dan sentiasa di hadapan dalam apa-apa sahaja keadaan. Bagi lelaki pula, mereka lebih dilihat berbanding rakan-rakan yang lebih rendah.

Namun begitu, di dunia pada hari ini, segala-galanya adalah mungkin. Jika anda ingin menjadi lebih tinggi, sudah tentu ada jawapan di sebalik dilemma anda. Terdapat banyak pilihan untuk anda cuba untuk menjadi lebih tinggi. Mungkin ada yang mudah, rumit dan mungkin ada yang mahal. Tetapi, jika keinginan hati anda adalah untuk menambah sekurang-kurangnya dua inci lagi, maka anda pasti dapat melakukannya.

Berita baik ialah anda boleh melakukannya secara semula jadi dengan bantuan makanan dan senaman. Anda hanya perlu tahu apa perkara yang anda boleh lakukan untuk membantu diri sendiri.


harapan si pendek


Senaman Untuk Tinggi

Ramai yang tidak sedar senaman merupakan factor terbesar sekiranya anda mahu meningkatkan ketinggian. Mengetahui jenis senaman yang betul sangat membantu perkembangan tulang belakang anda. Senaman paling utama tidak lain bukan ialah regangan. Regangan adalah bentuk latihan terbaik yang boleh dilakukan. Latihan ini sangat membantu dalam regangan tulang. Antara satu cara paling mudah ialah dengan menghulurkan kedua-dua tangan anda ke atas kepala sejauh mana yang boleh. Ia sangat membantu dalam membangunkan otot-otot yang berehat. Cubalah lakukan regangan sejauh mana kemampuan anda.

Selain itu, anda juga boleh membuat latihan gantung atau bergayut. Anda boleh bergayut di bar seperti yang ada di taman permainan dan biarkan anda dikawal oleh tangan yang memegang bar tersebut. Lakukan selama 3 hingga 5 minit atau sehingga mengikut kemampuan anda sendiri. Pergerakan ini sebenarnya sama sahaja seperti regangan.

Tidak lupa, anda juga boleh melakukan aktiviti renang. Berenang merupakan cara yang terbaik untuk menambah ketinggian. Ini kerana, semasa berenang, seluruh badan akan mengalami peregangan dari badan sampai ke hujung kaki. Di samping itu, gerakan renang hampir melibatkan semua otot tubuh. Jika tidak pandai berenang, memadai melakukan aktiviti kayuhan berbasikal.

Tetapi, ia bukan seperti yang sering anda lakukan dengan basikal pegun yang ada di gym. Bawa belakang badan anda ke belakang dan kayuh seperti anda menungggang basikal. Kayuh selama seminit dan lakukannya sehingga anda berupaya untuk mengekalkannya.



senaman untuk tinggi



Tip Tinggi Secara Semula Jadi

Selain daripada senaman, ada beberapa perkara lain yang perlu diberi perhatian anda boleh lakukan. Berikut adalah antara tip lain untuk tinggi secara semula jadi

1) Pastikan mendapat kadar tidur yang mencukupi

Kajian menunjukkan bahawa badan kita membesar dan menghasilkan tisu ketika berehat. Tidur yang betul dan cukup benar-benar diperlukan badan kerana dipercayai hormone pertumbuhan manusia dihasilkan secara semula jadi dalam badan semasa tidur. Mandi air panas sebelum tidur boleh meningkatkan kualiti tidur anda.

2) Cukup Gizi

Pastikan anda mendapat protein, lemak, vitamin (seperti vitamin A dan D) dan mineral (zat besi, kalsium, zink dan natrium) yang mencukupi kerana sumber ini sangat mempengaruhi proses pertumbuhan badan.

3) Lakukan senaman yang kerap dan aktiviti bersukan

Antara cara terbaik untuk meningkatkan ketinggian secara semula jadi ialah dengan memiliki fizikal yang sihat dan aktif seperti kanak-kanak. Senaman dan aktiviti sukan berupaya meningkatkan ketinggian. Apabila anda aktif, badan memerlukan nutrient yang lebih sihat dan kesannya, peningkatan dalam pengambilan nutrient dalam pertumbuhan.

4) Mengamalkan Diet Seimbang

Adalah amat penting untuk mendapatkan nutrisi yang betul. Justeru itu, anda disarankan untuk menjauhkan diri daripada memakan makanan ringan. Badan anda memerlukan semua vitamin dan mineral untuk berkembang dengan ketinggian maksimum anda. Antara makanan terbaik untuk menambah ketinggian ialah ikan, telur, tauhu, biji labu, sayur bayam, susu, lobak, pisang, ayam dan yogurt.

5) Amalkan Gaya Hidup Sihat

Mengambil dadah, alcohol dan merokok pada usia muda bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan, malah boleh menyebabkan pertumbuhan terbantut serta menghalang mencapai ketinggian maksimum. Selain itu, pengambilan kafein harus dihadkan untuk memastikan mendapat tidur dengan nyenyak dan teratur. Seperkara lagi, steroid juga telah didapati menghalang pertumbuhan tulang dan boleh menjejaskan ketinggian.

Panduan Ibu dan Bakal Ibu

1) Bagi ibu mengandung, adalah penting untuk mereka tidak merokok atau mengambil alcohol semasa mengandung.

2) Ambil asid folik yang mencukupi, Vitamin A dan D, diet yang kaya dengan karbohidrat, protein, lemak tepu, kalsium, zat tambahan dan asid lemak Omega 3.

3) Selepas bersalin, beri susu badan yang secukupnya pada bayi

4) Semasa anak akil baligh, pastikan mereka mengambil diet yang berkhasiat dan mendapat tidur yang cukup. Kajian mendapati gangguan tidur boleh mengganggu tahap hormone pertumbuhan seseorang individu.

5) Sebelum umur mencecah 23 hingga 25 tahun, kanak-kanak lelaki mahupun perempuan digalakkan untuk melakukan senaman regangan yang mencukupi. Regangan belakang dapat meningkatkan sebanyak 2% kadar ketinggian tubuh manusia.

6) Dinasihatkan juga ibu bapa menggalakkan anak berjalan lurus dan mengekalkan postur yang baik bagi mengekalkan ketinggian yang baik.

[ sumber majalah isihat ]


Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, 7Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan

*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

3 comments:

  1. Waaa...info yang sgt menarik ni..

    ReplyDelete
  2. wah!!! suka2...ada harapan tggi lagi ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestkan klu tinggi..tp rasanya umur kite mcm dh xbleh nk tinggi je.

      Delete