Thursday 26 June 2014

A.V.E : Part I - Bahaya Menjadi Perokok Pasif

Mungkin sebahagian orang berfikir tidak merokok dapat mengelakkan dirinya dari pelbagai penyakit akibat merokok. Jangan salah, anda boleh saja merokok secara tidak langsung akibat dari asap rokok orang lain.

Itulah yang di sebut perokok pasif. Perokok pasif menghirup asap dari rokok orang lain yang tersebar luas di udara, maka di pastikan risiko penyakit yang di terima oleh perokok pasif sama dengan perokok aktif.

Tetapi, berdasarkan hasil penelitian membuktikan bahawa justeru bahaya yang di terima perokok pasif lebih tinggi dari perokok aktif. Sekitar 25 peratus zat berbahaya yang terkandung dalam rokok langsung masuk ke tubuh perokok aktif tersebut. Sedangkan 75 peratus lagi tersebar melalui asap perokok yang tersebar luas di udara yang kemudian tersedut oleh orang lain.

Selain itu, bahaya yang diterima perokok pasif lebih besar kerana perokok pasif menghisap asapnya tidak terfilter. Sedangkan racun yang diterima perokok aktif terfilter melalui hujung merokok. Tetapi semua akan berbalik berbahaya kepada perokok aktif jika ia kembali menghirup asap yang di hembuskannya.


Kerana itu, perokok aktif harus pandai memilih tempat yang betul untuk merokok agar tidak merugikan orang lain. Terutama pada anak kecil, anak kecil yang sering menjadi perokok pasif boleh mengganggu mental, bahkan mereka lebih terdedah terkena berbagai penyakit seperti asma, dan penyakit paru-paru di kelak masa tuanya.

Sebanyak 75% rakyat Malaysia tidak merokok -  kebanyakan adalah kanak-kanak dan wanita

Asap rokok menjejaskan kesihatan fizikal dan sosial kanak-kanak dan menyebabkan kemudaratan serta kematian.



Kanak-Kanak Sebagai Golongan Perokok Pasif
Perokok pasif tidak merokok tetapi terdedah kepada asap rokok dan mempunyai risiko penyakit yang tinggi

  • 30% lebih tinggi mendapat kanser paru-paru
  • 25% lebih tinggi mendapat penyakit jantung

Apakah Kesan Fizikal Akibat Asap Rokok Terhadap Kanak-Kanak?

1. Semasa dalam kandungan:

  • Kesihatan akan terjejas teruk (keguguran atau kematian)
  • Kelahiran pra matang (tidak cukup bulan)
  • Bayi dilahirkan dalam keadaan kecacatan/fizikal tidak normal
  • Kurang berat badan semasa kelahiran
2.  Mata - berair dan lebih kerap berkerdip

3.  Otak dan kesan mental - kesan jangka panjang (kemungkinan tumor otak)

4.  Rambut - berbau

5.  Telinga - jangkitan telinga

6.  Pernafasan dan paru-paru - fungsi paru-paru merosot dan gejala pernafasan kronik (batuk, kahak, 
     asma/lelah dan jangkitan paru-paru)

7.  Jantung - peningkatan risiko penyakit jantung

8.  Darah - risiko limfoma

9.  Melecur atau terbakar - dalam kebakaran yang berpunca daripada api rokok

mata berair


Apakah Kesan Sosial Akibat Asap Rokok Terhadap Kanak-Kanak?
  • Perkembangan kecerdasan mungkin terjejas
  • Menghadapi masalah seperti hiperaktif
  • Kemungkinan kerap tidak hadir ke sekolah kerana sakit
  • Risiko menjadi perokok meningkat jika ahli keluarga merokok
  • Ketagihan kepada rokok dalam usia muda
  • Berketerampilan yang kurang elok seperti nafas, pakaian sentiasa berbau tidak enak dan gigi berwarna kekuningan
  • Masalah dalam pembelajaran seperti ponteng sekolah dan pencapaian akademik yang tidak begitu menyerlah
  • Keruntuhan moral seperti terlibat dalam aktiviti-aktiviti liar dan jenayah
  • Sering mengabaikan kesihatan diri sendiri 
bahaya asap rokok terhadap kanak-kanak 
Part II - akan bersambung...




1 comment: