Saturday 24 May 2014

A.V.E : Diet Pesakit Diabetes

Jangan Terlebih Karbohidrat!

Keperluan tenaga bagi dewasa yang berpenyakit diabetes secara umumnya adalah berdasarkan pengelasan berat badan dan tahap aktiviti fizikal. 

Berat badan yang digunakan untuk pengiraan ini ialah berat badan sebenar, kecuali bagi pesakit obesiti yang mempunyai BMI melebihi 27.5 dan pesakit kurang berat dengan BMI <18.5.

Keperluan tenaga bagi dua kumpulan ini perlu dikira dengan menggunakan berat badan ideal mereka BMI 22.


Jangan Terlebih Karbohidrat!


Contoh 1:
Ahmad mempunyai berat badan 60kg dan beliau adalah sederhana aktif, maka keperluan tenaga beliau adalah 35 kcal/kg = 35 kcal/kg x 60kg = 2100 kcal sehari.

Siti mengalami masalah obesiti dan diabetes.  Berat badan ideal beliau pada BMI 22 ialah 60 kg.  Oleh itu keperluan tenaga beliau ialah 20-25 kcal/kg = 1200-1500 kcal sehari.

Kawalan jumlah pengambilan karbohidrat adalah sangat penting dalam pengurusan menu pesakit diabetes.  Ini kerana pengambilan karbohidrat yang berlebihan pada satu masa akan meningkatkan paras glukos darah.

Cara pengiraan jumlah karbohidrat boleh dilakukan dengan menggunakan unit ukur rumah tanggan, gram atau ukuran tangan asalkan ia mudah difahami dan sesuai untuk digunakan.  Pengambilan karbohidrat mestilah konsisten setiap hari dan mengikut individu.

Bagi pesakit diabetes, jumlah karbohidrat yang perlu diambil ialah tidak boleh kurang daripada 130g sehari (9 pertukaran) bagi mengelakkan masalah ketosis.  Jumlah karbohidrat yang disarankan ialah 45-60 peratus daripada jumlah keperluan tenaga dalam sehari bergantung kepada tahap pengawalan glukos pesakit itu.

Jmlah karbohidrat juga perlu diagih-agihkan sepanjang hari bagi mencapai keperluan itu.

Contoh 2:
Keperluan tenaga Ali ialah 1,800 kcal sehari dan beliau adalah pesakit diabetes yang mempunyai rekod glukos darah yang baik, maka jumlah karbohidrat (CHO) 45-60 peratus daripada jumlah kalori iaitu 14 hingga 18 pertukaran CHO sehari.

Sekiranya beliau ingin mengambil 16 pertukaran CHO untuk sehari, beliau perlu mengagihkannya untuk sarapan pagi, snek pagi, makan tengah hari, snek petang, makan malam dan snek malam untuk mengelakkan terlebih mengambil CHO pada satu-satu masa yang boleh mengakibatkan paras glukos darah menjadi tinggi.

Contoh 3:
Pembahagian 16 pertukaran CHO adalah seperti di bawah:


masalah obesiti, tahap pengawalan glukos

[credit majalah isihat]


Program Diabetes Shaklee Yang Disyorkan
Apakah supplement Shaklee yang boleh diambil untuk membantu pesakit diabetes?
Suplemen asas untuk kencing manis ialah sepertimana berikut:
1. ESP (Energizing Soy Protein) : Berindeks glisemik (GI) rendah. Sangat sesuai utk pesakit diabetes.
2. Vitalea Iron Formula : Imbangan vitamin dan mineral yang lengkap.
3. GLA Complex: Memberi kesan positif kepada diabetic neuropathy.
4. Alfalfa Complex : Sumber serat yang membantu menstabilkan gula dalam darah.
5. Vitamin C : Mengukuhkan kapilari dan salur darah.
6. Zinc Complex : Membantu penghasilan insulin & pemulihan luka.
7. Vivix : Sumber anti-oksidan terbaik.

Rasa malu nak call saya atau macam tak sempat nk call, anda boleh juga membuat pembelian terus, semuanya hanya di hujung jari anda. Klik-klik, buat pembayaran then barang pun terus sampai depan rumah. Mudahkan!!

Happy Shopping!!


 Order Now


Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan
*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*


No comments:

Post a Comment