Wednesday 13 August 2014

A.V.E : Teknik Banyakkan Susu dengan Power Pumping

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Entri kali ni, fazreen nk share skit info tentang power pumping. Perlu ke kita kerap power pumping untuk menghasilkan stok susu? Bagaimana cara nk buat power pumping ni? Jom kita baca skit info pasal power pumping..

Apa itu Power Pumping?

Power Pumping adalah satu teknik mengepam susu ibu yang boleh meningkatkan penghasilan susu ibu. Teknik mengepam guna cara Power Pumping ni adalah sama seperti kita mengepam selalu. Tapi, ada teknik dan cara perlaksaan yang special bila kita mengepam menggunakan teknik Power Pumping ini. Ideanya adalah untuk meniru gaya bayi menyusu dan secara tak langsung akan meningkatkan hasil susu ibu yang di pam oleh ibu.

Siapa Perlu Buat Power Pumping?

1- Ibu yang kekurangan susu - Kekurangan susu adalah berpunca daripada pelbagai faktor. Period, perubahan hormon, emosi ibu terganggu dan lain-lain.
2- Ibu yang menyusukan anak angkat - Teknik Power Pumping digunakan untuk merangsang susu keluar.
3- Ibu yang ingin relaktasi / menyusukan semula anak yang telah berhenti menyusu susu ibu.

Macam Mana Nak Buat Power Pumping?

Jika anda menggunakan Single Pump: Pam breast kanan selama 10minit kemudian tukar pam breast kiri pula 10minit dan bertukar semula ke breast kanan 10minit dan begitulah seterusnya untuk kedua-dua breast selama 1jam.

Jika anda menggunakan Double Pump: Pam kedua-dua belah breast secara serentak selama 10minit. Kemudian rehat atau stop pam 10minit dan sambung semula pam kedua belah breast 10minit dan rehat semula 10minit. Teruskan sehingga 1jam.

Saranan Waktu Mengepam?

Seelok-eloknya pam pada waktu malam menjelang ke subuh. Ini kerana..pada waktu ini hormon untuk penghasilan susu adalah tinggi.

Berapa Lama Tempoh Nak Dapatkan Hasilnya?

Pertama sekali..kita perlu ingat bahawa bukan sekali buat Power Pumping terus susu mencurah penuh botol 5oz. Kita perlu sabar dan konsisten buat Power Pumping. Sekurang-kurangnya satu minggu kita akan dapat hasil yang menakjubkan. Walaupun pada hari pertama mengepam kita hanya dapat beberapa titis susu ataupun hanya mengepam angin semata-mata, tapi teruskan juga mengepam dan teruskan buat Power Pumping selama seminggu sekurang-kurangnya. Paling elok jika kita buat Power Pumping pada masa yang sama setiap hari selama seminggu. Kerana susu akan di demand pada masa yang sama. Demand semakin kerap dan semakin banyak. Yakinlah Allah akan membantu kita yang ikhlas ingin memberikan yang terbaik untuk anak kita. Banyakkan berdoa. InsyaAllah...

Harapnya perkongsian ini membantu ibu-ibu yang terfikir-fikir nak menambah stock susu. Semoga berjaya!

power pumping

banyakkan susu

[credit to umierna.blogspot.com]

set menyusu shaklee




Anda juga boleh membuat pembelian secara ONLINE!! Dengan beberapa langkah yang mudah, barang anda terus boleh sampai depan rumah. 

Jangan lupa selepas membuat pembelian secara ONLINE, anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara ekslusif dari saya.

Happy Shopping!!

 Order Now
Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:

Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan

*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

1 comment:

  1. Alhamdulillah..sehingga kini saya melakukan power pumping, even kt opis saya akan pump susu 2x sehari dan saya boleh dapat 12 oz. Syukur Alhamdulillah..saya happy sgt. Siapa kata mkn supplement xperlu buat power pumping? Supplement tu ikhtiar kita untuk produce susu selebihnya kite berdoa, usaha dan tawakal. Semuanya dengan izin Allah S.W.T.

    Jadi sesiapa yang ingin mencuba set meyusu Shaklee ni dan mempunyai masalah susu badan kurang segera hubungi saya. Saya akan berikan konsultasi secara ekslusif utk anda bagi pembelian vitamin shaklee dari Awesome Vitamins Ever. In Shaa Allah...

    nurul fazreen othman
    0137577753
    awesomevitaminsever.gmail.com
    www.awesomevitaminsever.blogspot.com

    ReplyDelete