Tuesday 30 September 2014

A.V.E : Agen Pembunuh Berlesen


perokok pasif


Siapakah mangsa asap rokok basi? Tentunya mereka ialah perokok itu sendiri dan juga orang yang tidak merokok tetapi terdedah kepada asap rokok tersebut. Ia mungkin terdiri dari keluarga, rakan sepejabat dan juga orang lain yang tiada kene mengena termasuk anda.

Hasil kajian mendapati bahawa 25% atau 4.4 juta orang dewasa Malaysia adalah perokok. Cuba anda bayangkan berapa ramai pula mereka yang tergolong sebagai perokok pasif? Sekiranya mereka tidak dilindungi maka bayangkan pula kos perubatan yang terpaksa ditanggung akibat amalan merokok itu.

Selain aspek penguatkuasaan dan rawatan kepada perokok yang telah bertaubat, satu lagi kaedah ialah melalui pengenalan Inisiatif Bebas Asap Rokok. Ia didefinasikan sebagai usaha mewujudkan lokaliti keseluruhan atau sebahagian Bandar atau bandaraya sebagai kawasan bebas asap rokok yang bertujuan untuk melindungi orang awam daripada ancaman pendedahan kepada asap rokok basi.

Asap rokok mengandungi 4,000 jenis bahan kimia yang beracun dan sekurang-kurangnya 53 daripada bahan tersebut adalah penyebab kanser. Partikel asap rokok yang berukuran kurang dari 2.5 mikron akan terus masuk ke dalam pundi udara paru-paru (alveoli) tanpa disaring oleh system pernafasan manusia. Ia merosakkan tisu saluran pernafasan dan pundi udara, seterusnya boleh mengakibatkan penyakit obstruktif pernafasan kronik dan kanser paru-paru.

Malangnya, kesan buruk ini bukan sahaja mengenai si perokok tetapi turut dikongsi bersama orang tersayang di sekelilingnya. Hanya sekitar 20% asap rokok dihisap oleh perokok manakala selebihnya berada di persekitaran.


asap rokok membunuh


Ia terdiri daripada asap aliran sisi iaitu asap yang keluar di hujung rokok yang sedang menyala, dan sap aliran utama yang dihembus keluar oleh perokok semasa merokok. Gabungan keduanya dikenali sebagai asap rokok basi atau pasif.

Kandungan racun asap rokok basi adalah lebih tinggi berbanding asap aliran utama kerana ia tidak tertapis dan terhasil oleh proses pembakaran yang tidak sempurna, sebagai contoh konsentrasi bahan kimia Benzopirena adalah 20 kali dan ammonia pula 170 kali lebih tinggi.

[Sumber majalah isihat]

Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:

Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan

*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

No comments:

Post a Comment