Wednesday 5 November 2014

A.V.E :Hidup Sebagai Penghidap Ekzema




punca ekzema
Punca Ekzema


Pakar dermatologi menyatakan mereka yang mempunyai kulit sensitive meningkat daripada 30% kepada 60% daripada keseluruhan populasi dewasa ini.

Berbicara mengenai kulit sensitive, eczema (eczema atopic) antara yang paling banyak dialami di seluruh dunia dengan 10-20 peratus terdiri daripada kanak-kanak dan satu hingga tiga peratus merupakan golongan dewasa.

Ekzema atopic atau dermatitis atopic sejenis penyakit radang kulit yang mencetuskan ruam gatal hingga menyebabkan rasa sakit dan resah. Punca utamanya disebabkan factor genetic. Bagaimana pun anda bertanggungjawab untuk memastikan ia tidak merebak.

Sekiranya anda mengalami kekeringan, kegatalan, keradangan atau jangkitan pada kulit, kemungkinan anda mengalami eczema atopic. Sesetengah kes boleh menjadi teruk sehingga mengundang rasa sakit dan tidak selesa sepanjang hari.

Namun eczema atopic juga dikaitkan dengan penyakit lain seperti asma dan rhinitis alergi iaitu symptom hidung berhingus, bersin teruk yang berulang serta gatal.

Ekzema atopic boleh menjangkiti sesiapa sahaja, namun lebih kerap berlaku kepada kanak-kanak.

Penjagaan kulit kanak-kanak yang mengalami eczema biasanya satu proses berterusan sehingga mereka dewasa.

Bukan setakat rasa gatal, merah dan ruam, penyakit ini juga boleh memberi tekanan emosional dan kesan kewangan bukan sahaja ke atas pesakit tetapi juga ahli keluarga, khususnya penjaga.

Ekzema atopic satu bentuk alergi atau alahan, di mana ia berpunca daripada system kekebalan tubuh (imun) yang tidak normal sehingga membawa kepada kerosakan kulit. Apabila kanak-kanak terasa kulitnya gatal, mereka akan menggaru dan ini merosakkan kulit dan mencetuskan kegatalan semula.

Kesannya kelembapan kulit hilang yang menyebabkan berlakunya eczema atopic. Bayi yang berhadapan dengan eczema atopic akan mengalami keresahan dan sukar untuk tidur. Akibatnya, penjaga turut mengalami masalah yang sama sehingga menyebabkan tekanan.

Kesan penyakit ini pada kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian lutut, pelipat siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala manakala pada orang dewasa lebih ketara di belakang lutut serta pelipat siku.

Kitaran Ekzema Atopik

Sebagaimana disebut tadi, eczema menyebabkan kegatalan yang melampau dan keinginan untuk menggaru. Tahap kegatalan akan meningkat apabila kulit semakin kering. Kesan daripada digaru berulang kali menyebabkan lapisan kulit terkoyak dan mula dinaiki ruam. Begitulah yang sering terjadi dan kitarannya akan berulang. Oleh sebab itu, pencegahan perlu dilakukan.

Sebagai penghidap eczema, anda perlu mendidik diri menjadi lebih berdisiplin untuk mengelakkan sebarang symptom yang menjadi punca. Malah penjagaan kulit juga tidak boleh dipandang ringan. Jika tidak berhati-hati, bimbang keadaan kulit anda akan menjadi semakin serius.

Menurut pakar, memandangkan eczema boleh terjadi kepada sesiapa sahaja, ramai yang beranggapan penyakit eczema tidak boleh didekati kerana bimbang berlakunya jangkitan. Tanggapan itu tidak tepat kerana eczema tidak akan berjangkit melalui sentuhan.

Panduan Penjagaan Kulit Khusus Untuk Membantu Mengurangkan Keradangan

Had Penggunaan Produk yang berisiko

Pastikan anda mengelakkan diri daripada menggunakan losen selepas bercukur, gasoline dan turpentine. Produk seperti ini cenderung menyebabkan iritasi pada kulit.

Selektif Pilihan Losen

Pelembap menjadikan kulit lebih lembut dan fleksibel. Elakkan pelembap yang mengandungi pewangi dan pelbgai bahan tambahan. Boleh juga gunakan pelembap berbentuk krim yang sesuai untuk kulit kanak-kanak. Ini kerana kandungannya yang tidak berminyak dan mengandungi agen anti keradangan sangat sesuai untuk kesan lembapan. Amalkannya setiap hari.

Gunakan Sabun Yang Lembut

Mandi dengan hanya menggunakan sabun yang lembut tanpa pembersih yang boleh digunakan dengan atau tanpa air. Kekalkan suhu air pada kadar dingin atau suam dan bukan panas.

Pilih Tuala Lembut

Gunakan tuala lembut untuk mengelap kulit. Jangan sesekali menggaru kulit. Sebaik sahaja selesai mandi, sapukan losyen atau minyak bayi agar dapat mengekalkan kelembapan kulit.

Kain Kapas atau Kombinasinya

Fabrik bulu atau sesetengah tekstil sintetik boleh menyebabkan iritasi pada kulit. Mereka yang mempunyai kulit sensitive akan berasa lebih selesa jika mengenakan pakaian yang diperbuat daripada kapas atau kombinasi kapas.

Jangan Menggaru

Elakkan menggaru kawasan yang terdedah biarpun terasa gatal. Menggaru boleh menyebabkan kulit merekah. Sebaik-baiknya gunakan pelembap untuk menangani kegatalan tersebut.

Kawal Aktiviti Harian

Kepanasan dan berpeluh boleh menyebabkan kegatalan kulit. Jika boleh elakkan aktiviti yang menyebabkan anda berpeluh secara berlebihan.

Cara Untuk Mengawal Ekzema

· Pastikan bilik tidur selesa dan nyaman, tidak terlalu panas atau terlalu sejuk

· Elakkan menggunakan karpet di dalam rumah. Sekiranya terpaksa menggunakan karpet, pastikan karpet selalu dibersihkan dan tidak berdebu.

· Sekiranya anda mempunyai alahan terhadap bulu kucing atau anjing, elakkan daripada memelihara binatang peliharaan ini.

· Elakkan mandi air panas atau suam

· Elakkan memakai baju berlapis-lapis bagi mengelakkan anda berpeluh berlebihan.

· Pastikan kuku sentiasa pendek untuk mengelakkan luka dan jangkitan kuman pada kulit.

· Bagi sakit yang mempunyai alahan makanan, elakkan daripada mengambil makanan yang menyebabkan alahan seperti makanan laut, telur dan sebagainya. Sekiranya anda tidak pasti mengenai alahan makanan, sila dapatkan nasihat daripada doctor anda.

[sumber majalah isihat]

Antara vitamin yang disyorkan

Rawatan ekzema untuk orang dewasa


rawatan ekzema untuk dewasa
Rawatan ekzema untuk dewasa


Rawatan ekzema untuk orang kanak-kanak

rawatan ekzema kanak-kanak
Rawatan ekzema untuj bayi dan kanak-kanak

Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, 7Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan

*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*



No comments:

Post a Comment