Monday, 3 November 2014

A.V.E : Salah Pilih Saiz Kasut Picu Sakit Tumit



kasut tumit tinggi
Punca Sakit Tumit

Sakit kaki di bahagian tumit kerap berlaku kepada individu. Kajian mendapati bahawa secara puratanya seorang daripada lima individu mengalami sakit tumit. Tidak hanya menyebabkan kesakitan, sakit kaki yang kronik juga didapati memberi kesan negative kepada kualiti kehidupan yang lebih rendah serta gangguan kepada aktiviti harian.

Antara factor-factor yang dikaitkan dengan sakit tumit ialah berat badan yang berlebihan dan peningkatan usia kerana kesan penuaan serta perubahan kepada system saraf, otot, dan juga struktur tulang kaki. Mereka yang mengalami kesakitan pada sendi-sendi yang lain seperti sendi lutut dan paha juga berisiko untuk mengalami sakit kaki (tumit).


Sakit tumit
Sakit Tumit


Kajian ke atas kaum wanita yang bekerja di Malaysia mendapati, penggunaan saiz kasut yang lebih kecil daripada kaki serta bentuk kasut yang tidak sesuai dengan kaki berkait rapat dengan sakit tumit. Tambahan lagi, penggunaan kasut bertumit tinggi serta penggunaan kasut dalam jangka masa yang lama juga lebih berisiko untuk mengalami sakit kaki.

Sakit tumit boleh disebabkan oleh kerosakan kepada tisu otot, tendon, tulang kaki, serta saraf. Antara penyakit tersebut ialah plantar fasciitis, keretakan tulang calcaneum, penyakit gout, kerosakan saraf samada di bahagian kaki ataupun saraf tunjang di pinggang, pertumbuhan tulang yang tidak normal di bahagian tumit (heel spur). Radang pada tendon yang menyambungkan otot dan tulang seperti Achilles Tendon di belakang tumit juga boleh menyebabkan sakit tumit.


sakit tumit
Punca Sakit Tumit


Selain daripada itu, sakit kaki atau tumit juga boleh disebabkan oleh saraf kaki yang terhimpit oleh struktur kaki iaitu flexor retinaculum. Ini menyebabkan tekanan pada saraf yang seterusnya menyebabkan kesakitan yang berpanjangan.

Mereka yang mengalami sakit kaki dinasihatkan untuk berjumpa dengan doctor untuk mengenal pasti penyebab sakit tumit tersebut. Doktor akan memeriksa kaki anda dengan teliti iaitu, system saraf, arteri iaitu pembuluh darah di kaki, tendon serta struktur tulang. Doktor juga mungkin akan melakukan pemeriksaan x-ray di bahagian tumit, serta ultrasound ataupun MRI sekiranya perlu bergantung kepada penyebab sakit tumit tersebut.

Rawatan untuk sakit kaki tumit bergantung kepada penyebab penyakit tersebut. Ini termasuklah berehat atau mengurangkan aktiviti berjalan, pengambilan ubat antiradang dan penahan sakit, dan senaman khas yang diberikan oleh ahli fisioterapi.

Penggunaan kasut yang sesuai serta pelapik tapak kasut juga amat penting untuk mengurangkan kesakitan serta mengelakkan sakit tumit berulang. Mereka yang disyaki pesakit gout pula mungkin memerlukan ubat tablet untuk mengurangkan paras asid uric. Sekiranya perkara-perkara di atas telah dilakukan, namun kesakitan masih lagi tidak berkurangan, rujukan kepada pakar tulang (ortopedik) adalah perlu untuk rawatan lebih lanjut.

[Sumber majalah isihat]


Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, 7Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan

*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

6 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Sdg cari kasut tumit tinggi yg lebar tumitnya. Thanks sharing ya Nurul ^__^

    psss... better buang robot text / captcha word supaya mudah nk komen. tutorial cari dlm blog www.blogieta.com

    ReplyDelete
  3. nur x suke pakai kasut tumit tinggi nie..rse x selesa kalau nk berjalan jauh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu nur. Dulu sblm kawen biasa pki wedges je..skrang lebih prefer flat shoe.

      Delete