Sunday, 16 November 2014

A.V.E : Bijak Pilih Gabungan Jus Semulajadi


jus buah dan sayuran
Jus buah dan Sayuran

Menurut pakar, memilih buah-buahan dan sayuran segar sebagai hidangan rutin sememangnya memerlukan kos yang tinggi. Tetapi, jika dicatur kembali, dari segi kos, antara pengambilan buah dan sayur dengan suplemen, kos menyediakan jus semula jadi adalah lebih mahal.

Namun dari segi kesihatan, jus lebih berbaloi kerana ia mengandungi banyak zat-zat berlainan yang ‘bekerjasama’ untuk memberikan manfaat besar kepada tubuh. Apatah lagi zat daripada jus buah dan sayur segar merupakan zat asli yang diterima oleh badan.

Tubuh sememangnya memerlukan suplemen sebagai makanan tambahan sekiranya kita tidak mampu memperoleh nutrient yang mencukupi melalui makanan seharian. Namun sekiranya anda bijak dalam memilih gabungan dalam membuat jus di samping mengamalkan pemakanan yang seimbang, pastinya anda tidak lagi memerlukan bantuan suplemen untuk kekal sihat dan bertenaga.

Tambahan pula, dengan gaya hidup hari ini, ramai yang mementingkan perut kenyang dengan kos yang rendah. Hal ini tidak mustahil jika anda mengikut panduan yang sepatutnya. Bukti yang kukuh juga menyatakan bahawa diet yang mempunyai pelbagai sayur dan buah seperti jus, bijirin penuh, kekacang, dapat menurunkan risiko untuk mendapat penyakit seperti penyakit jantung, diabetes dan sesetengah jenis kanser. Jadi tidak salah anda menggabungkan karbohidrat di dalam jus anda.

Jus boleh disediakan bukan sahaja dengan buah dan sayur. Untuk memberi lebih banyak zat dan nutrient, makanan tinggi protein boleh ditambah seperti yogurt rendah lemak atau bebas lemak dan juga lemak sihat seperti kacang walnut dan biji labu. Dengan ini, minuman jus bukan sekadar jus buah atau sayur biasa, tetapi jus yang menepati gizi seimbang dengan karbohidrat, protein, lemak, serat, vitamin, mineral dan fitokemikal.

Jus Tingkat Kalori

Namun bergitu, keperluan kalori seharian juga adalah berbeza mengikut usia. Oleh itu, pengambilan jus perlu dipantau kerana pengambilan jus yang berlebihan akan meningkatkan kalori seharian, maka bertambahlah berat badan.

Saranan pengambilan buah ialah dua hidangan sehari manakala sayur pula tiga hidangan sehari. Oleh itu, bagi mereka yang tidak suka untuk makan buah dan sayur, mereka boleh membuat jus.

Penyakit Kencing Manis : Buah mengandungi gula semula jadi. Maka, jika diambil berlebihan (perah jus menggunakan lebih daripada satu jenis buah), gula dalam darah akan naik dengan mendadak. Ini menunjukkan pengawalan darah gula yang tidak baik.

Saranan : Buat jus menggunakan satu jenis buah sahaja dan tambah lebih banyak sayur (sayur berdaun tidak akan menaikkan darah gula secara mendadak).

Pesakit IBS : Diet rendah

Saranan : Bagi mengurangkan symptom-simptom seperti sakit perut, angin, cirit-birit, sesetengah buah seperti epal, pear, tembikai dan lain-lain perlu dielakkan. Sila jumpa dengan pakar pemakanan untuk mengetahui buah yang sesuai untuk dijadikan jus dan buah yang perlu dielakkan atau diambil dalam kuantiti yang minima.

Penggunaan ubat warfarin : Ubat warfarin (ubat cairkan darah) ada kaitan dengan vitamin K. Sayur berdaun hijau kaya dengan vitamin K.

Saranan : Elakkan menggunakan sayuran hijau berlebihan. Jika seseorang itu menggunakan ubat warfarin mestilah beritahu pakar pemakanan sekiranya ingin membuat jus. Mereka perlu mendapatkan saranan yang tepat dalam pengambilan sayuran hijau bagi mengelakkan ubat yang diambil gagal berfungsi.

INFO: Cuba ini!!

Mengamalkan jus sebagai langkah mencegah dan mengawal penyakit merupakan langkah yang bijak. Ketahui gabungan buah dan sayuran yang betul membantu anda untuk mendapatkan kesihatan yang terbaik

Jerawat

-Oren bersama mangga

-Limau gedang bersama lobak merah

-Tomato bersama lobak merah, epal, tembikai susu dan timun

Antara suplemen yg disyorkan 


set kulit cantik
Set Kulit Cantik


Tekanan Darah Tinggi

-Epal bersama timun dan saderi

-Jambu batu bersama saderi dan buah naga

Antara suplemen yg disyorkan



set darah tinggi
Set Darah Tinggi


Diabetes

-Epal bersama strawberi

-Pear bersama plum

-Minum setiap hari untuk kekal sihat dan menurunkan kandungan gula dalam darah


Kanser

-Oren bersama epal atau kiwi bersama betik dan pear.

Obesiti

-Oren bersama lemon dan saderi

-Oren bersama mangga dan pear

Sakit Mata

-Oren bersama epal dan lobak merah

Kesuburan

-Jambu batu bersama saderi dan buah naga

-Anggur bersama avocado, susu dan madu

-Anggur bersama lobak merah

Kolesterol Tinggi

-Avokado bersama nanas dan susu. Kemudian kisar bijirin penuh seperti oat ke dalam jus bagi meningkatkan pengambilan serat beta glucan

[sumber majalah isihat]

Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, 7Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan

*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

No comments:

Post a Comment