Monday, 10 November 2014

A.V.E : Rahsia Ajaib Jus


jus buahan
Jus Buahan

Berdasarkan kajian kesihatan, 70% daripada rakyat Malaysia dalam semua kumpulan usia mengamalkan diet tidak sihat dengan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak mencukupi. Selain itu, hanya 30% daripadanya kerap bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Di Negara maju seperti Jepun, Korea dan Negara timur tengah, rakyat mereka hidup lebih lama kerana mengamalkan pemakanan serta gaya hidup sihat. Salah satu unsure dalam diet mereka ialah makanan berdasarkan tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan dalam bentuk jus! Tidak kira apa jenis jus yang diambil, ia memberikan hasil yang baik untuk kesihatan.

Buah dan sayur yang dianggap sebagai pelengkap kepada nutrisi badan sering diambil mudah. Sedangkan kajian menunjukkan pengambilan buah dan sayuran dalam bentuk jus sangat berguna dalam pelbagai aspek bermula dari merawat jerawat sehingga penyakit kronik.

Menurut pakar, pemakanan yang baik adalah berasaskan sumber asli. Malangnya, kebanyakan individu tidak mahu berkompromi dalam memilih makanan dan makan apa saja bagi memenuhi perut mereka. Tanpa sedar mereka mengambil makanan segera kerana lebih cepat dan mudah. Makanan ini dipenuhi lemak tepu, garam dan pengawet serta mengalami kehilangan vitamin dan mineral semula jadi akibat pemprosesan.

“Akibat pengambilan makanan tidak sihat, pelbagai penyakit muncul yang menyebabkan kesihatan mulai merosot. Namun semua ini boleh dielakkan sekiranya setiap orang menukar corak pemakanan dengan melebihkan buah-buahan dan sayuran. Salah satu caranya adalah dalam bentuk jus.

“Jus adalah cara yang mudah untuk mendapat vitamin, mineral, fitokia yang ada dalam buah dan sayur. Dengan adanya zat-zat ini, mampu mengurangkan risiko mendapat serangan penyakit jantung, diabetes dan sesetengah jenis kanser.

“Selain itu, zat-zat tersebut memainkan peranan penting dalam merawat masalah luaran seperti kesihatan kulit-vitamin C, kesihatan mata dan imuniti-beta karotena yang akan ditukarkan menjadi A dalam badan.

Jika seseorang hanya bergantung kepada jus tanpa makanan lain untuk menurunkan berat badan, di situlah timbul masalah kerana ia merupakan cara yang tidak sihat untuk menurunkan berat badan.

Memang berat badan tu turun, tapi individu akan melupakan zat-zat lain seperti protein dan lemak (lemak yang sihat) yang penting untuk tubuh badan kita. Makanan tinggi protein dan lemak memberikan rasa kenyang (kepuasan).

Namun kebanyakan remaja kurang menyukai sayuran hijau. Jadi cara mudah membantu mendapatkan nutrient adalah dengan mencampurkannya menjadi jus. Ia adalah pengganti minuman yang jauh lebih baik daripada minuman berkabonat serta manis.

Jus untuk Semua

Sesiapa sahaja boleh mengamalkan jus. Paling sesuai diamalkan oleh mereka yang tidak suka makan buah dan sayur secara terus. Membuat jus adalah cara yang sangat mudah untuk mendapatkan khasiat daripada buah dan sayur segar. Tidak perlu membuang kulit masa mengupas serta menggigit buah dan sayur tersebut.

Hanya dengan hirupan, anda mendapat pelbagai zat daripada buah dan sayur.

Terutamanya bagi golongan warga emas yang mempunyai masalah gigi (susah untuk mengunyah), membuat jus merupakan salah satu cara mereka mendapatkan khasiat daripada buah dan sayur kerana sesetengah buah adalah sangat keras untuk dikunyah seperti jambu batu, epal dan pear.

Namun begitu, jangan lupa untuk memilih buah dan sayur yang berbeza warna kerana warna yang berlainan memberi manfaat yang berlainan. Pastikan serat dan kulit tidak dibuang kerana di sinilah mengandungi paling banyak fitokimia dan zat-zat.

Jika mesin pengisar adalah jenis yang membuang serat dan kulit secara automatic, pastikan untuk memasukkan serat dan kulit tersebut balik kepada minuman jus. Jika tidak, serat tersebut boleh dimasukkan ke dalam sup, nasi atau kek cawan semasa menyediakan makanan.

Sesetengah orang lebih selesa mengambil jalan mudah dengan membeli sahaja jus untuk dijual, terutamanya di pasar raya. Tetapi, sebagai pengguna bijak, anda perlu memastikan ia adalah jus asli. Baca dahulu label bagi mengelakkan anda tertipu dengan strategi pemasaran yang biasanya menjanjikan 100% jus asli. Pastikan tiada gula tambahan atau ditambahkan sodium (jus sayuaran)

Tip Menjaga Khasiat Jus

· Untuk mengelakkan khasiat jus hilang begiru sahaja, sebaiknya minum jus serta-merta selepas kisar

· Jangan tinggalkan pada suhu bilik. Jika ingin menyimpan lebihan jus tersebut, simpan dalam peti sejuk dan pastikan diletakkan di dalam bekas kedap udara. Untuk memastikan khasiat jus tidak tercemar, ia hanya boleh disimpan tidak lebih daripada 3 hari.

· Semakin lama jus didedahkan kepada persekitaran, semakin banyak zat akan mengalami proses pengoksidaan yang menyebabkan zat-zat ini semua hilang.

· Sebaiknya menggunakan bekas yang sesuai untuk satu hidangan (untuk diminum untuk seorang) berbanding dengan jug besra. Ini dapat mengelakkan keracunan makanan atau pencemaran bacteria sekiranya penutup bekas dibuka dan ditutup setiap kali ingin meminumnya.

· Jus mudah terdedah dengan pembiakan bacteria kerana jus adalah cecair dan mengandungi gula semula jadi. Oleh itu, ia menjadi tempat yang sangat kondusif untuk bacteria membiak.

[sumber majalah isihat]


Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, 7Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan

*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

2 comments:

  1. rupanya ada cara juga nak pastikan kita mendapat zat sepenuhnya daripada jus buahan

    ReplyDelete
  2. juicing memang bagus n cara yg senang utk dapatkan khasiat buah n sayur. thanks for sharing tips tue ya. barulah boleh dapat khasiat sebanyak mungkin.

    ReplyDelete