Saturday 29 November 2014

A.V.E : Penangan Coklat Untuk Kesihatan

pencinta coklat
Coklat


Salah satu penemuan terhebat di dunia adalah biji koko, iaitu bahan asli untuk membuat coklat. Dengan teksturnya yang halus, rasanya yang mengasyikkan aromanya yang lembut, coklat menjadi sumber yang penuh dengan rasa kemewahan dan digemari oleh hampir setiap orang di seluruh dunia.

40 Manfaat Kesihatan


pencinta coklat


Tahukah anda, bukan sahaja jantung yang mendapat manfaat daripada sebatian koko atau serbuk koko. Terdapat banyak kajian saintifik yang telah dikumpulkan menunjukkan terdapat kaitan pengambilannya dengan manfaat kesihatan yang berbeza!Kebanyakan daripada kita mungkin mengetahui kepentingan antioksidan, di mana pembentukan radikal bebas dalam sel-sel boleh merosakkan DNA dalam badan lalu memberi risiko tinggi mendapat penyakit seperti Alzheimer, jantung dan kanser.

Menurut pakar, sebab mengapa polifenol antioksidan dalam coklat begitu berharga kerana ia mempunyai keupayaan untuk menghentikan pengoksidaan radikal pengantara ini. Hal ini seterusnya membantu mengurangkan risiko penyakit tersebut dan lain-lain penyakit yang boleh secara tidak langsung mengganggu salah satu punca utama penyakit kronik.

Coklat juga mengandungi bahan kimia tumbuhan mujarab iaitu ‘kebahagiaan’. Ia merupakan neurotranmiter dalam otak yang boleh menghalang kesakitan dan keresahan. Kandungan kafein dan theobromin dalam coklat juga menunjukkan ia menghasilkan tahap tenaga fizikal dan mental yang lebih tinggi.

Sebenarnya, terdapat juga banyak sebatian coklat yang lebih sihat yang masih belum ditemui. Selain daripada mengurangkan Alzheimer, coklat juga berupaya membaiki fungsi hati, mengurangkan symptom glaucoma dan katarak serta melindungi wanita mengandung daripada gejala praeklampsia.

Selain itu, coklat juga berupaya meningkatkan fungsi seksual. Berdasarkan kajian, coklat dapat menaikkan fungsi seksual daripada yang bukan pemakan coklat.

Walaupun belum ada makanan terbukti dapat meningkatkan tenaga batin, coklat berupaya mencetuskan reaksi positif kepada tindakan kimia otak dan diketahui dapat memperbaiki mood seseorang. Aroma, rasa dan kelazatan coklat memberi nikmat sukar digambarkan. Besar kemungkinan gabungan rasa, kandungan khasiat dan ramuan psikoaktif coklat menjadi penyebab.

Tidak ketinggalan coklat juga mengubati batuk. Menurut kajian, zat kimia yang ditemukan dalam coklat lebih baik dalam menyembuhkan batuk berbanding dengan ubat batuk! Hal ini disebabkan sejenis bahan yang disebut theobromine yang dapat mencegah batuk.

Jangan risau untuk menikmatinya kerana coklat tidak merangsang pertumbuhan jerawat. Malah kebanyakan doctor percaya jerawat tidak mempunyai sebarang kaitan dengan corak pemakanan. Bagaimanapun, masalah jerawat boleh berlaku jika coklat itu mengandungi susu.

Pilih Coklat Hitam

Coklat diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan, yang bermakna ia mengandungi banyak manfaat kesihatan daripada sayuran gelap sebagai sebahagian daripada diet anti-penuaan. Manfaat ini dadapati daripada flavonoid yang bertindak sebagai agen antioksida. Antioksidan melindungi badan daripada penuaan yang disebabkan oleh radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan yang membawa kepada penyakit jantung.

Coklat susu (putih) memang enak dimakan berbanding coklat pahit (hitam). Malah kajian mendapati coklat susu kini lebih menjadi pilihan. Namun, coklat susu mempunyai kandungan lemak tepu tidak sihat yang tinggi, gula dan kalori di mana semuanya tidak baik untuk kesihatan kerana ia mengandungi susu, terutamanya jika dimakan berlebihan! Malah kandungan kokonya yang lebih rendah menyebabkan kandungan antioksidannya kurang berbanding coklat hitam.

Sekeping coklat hitam pula mengandungi dua kali ganda antioksidan dan rendah kalori berbanding coklat susu. 12 biji koko diperlukan untuk menyediakan satu auns (28.3gram) coklat hitam berbanding hanya empat biji koko yang menghasilkan satu auns (28.3gram) coklat susu. Satu-satunya kelebihan coklat susu berbanding coklat hitam ialah ia mengandungi kalsium. Jadi, coklat yang baik untuk kesihatan adalah coklat hitam, tanpa kandungan susu.

Keistimewaan coklat hitam antara lain juga mampu menjadikan kulit wajah awet muda kerana mengandungi mineral dan vitamin A,C dan E, serta kemampunannya meningkatkan peredaran darah sehingga ke otak, sekali gus dapat merangsang ingatan menjadi lebih baik.

Jika memakan coklat hitam, ia mampu memerangkap radikal bebas ini kerana ia mengandungi antioksidan iaitu bahan yang dikenal pasti dapat menghapus atau melemahkan radikal bebas.

[sumber majalah isihat]


Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, 7Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan

*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

No comments:

Post a Comment