Selain memiliki fizikal yang sihat, berat badan ideal di samping bentuk badan atletik, memiliki kecerdasan fikiran dan kekuatan daya ingat juga menjadi dambaan setiap orang.
Jika terkadang anda terlupa tarikh hari ini atau terlupa di mana letaknya kunci kereta, itu mungkin hal yang wajar. Sering terlupa, kurang konsentrasi atau lambat berfikir selalunya identik dengan usia emas. Namun mungkin ada di kalangan kita yang sudah mengalami symptom seperti ini pada usia yang relative muda. Segeralah mengambil langkah pencegahan penyakit demensia atau Alzheimer atau masalah konsentrasi yang lain dengan beberapa tip berikut:
Sarapan adalah bahagian pemakanan harian yang paling penting. Apa yang kita makan akan mempengaruhi focus konsentrasi sepanjang hari. Pengambilan whole meal seperti oatmeal, roti wholemeal, brown rice dapat meningkatkan konsentrasi daya ingat dan kemampuan berfikir lebih baik
Senaman kardio bukan hanya baik untuk jantung, paru-paru, otot dan sendi tetapi juga mempengaruhi kemampuan otak. Kajian menunjukkan mereka yang rutin melakukan senaman kardio memiliki daya konsentrasi dan ingatan yang lebih tajam. Larian jarak jauh, jogging, berbasikal, berenang atau treadmill dan berbasikal di gim boleh menjadi pilihan anda dan lakukan secara rutin.
Bukan kek pelangi yang dimaksudkan. Tahukah anda, zat pewarna yang menyebabkan warna ungu atau sayur terung menjadi warna ungu atau limau yang berwarna kuning adalah antioksidan yang baik untuk otak. Zat aktif seperti anthocyanin, flavanol dan flavanon dapat mencegah pemecahan sel otak, melancarkan aliran darah ke otak dan menjaga hubungan antara sel saraf di otak. Anda boleh mendapatkan manfaat ini dengan pengambilan buah-buahan pelbagai warna minimum tiga sajian sehari.
Aktiviti anda pada waktu lapang juga mempengaruhi fungsi otak anda. Aktiviti seperti membaca buku, membaca Al-quran dan zikir bagi yang muslim, mengisi teka silang katam menjawab solan kuiz, board games juga terbukti dapat mencegah penyakit demesia pada usia tua.
Hanya sedikit perubahan gaya hidup kea rah yang lebih sihat dapat mengelakkan anda digelar datuk atau nenek yang nyanyuk pada usia 30-an!
[sumber majalah isihat]
Sila baca DISCLAIMER
Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, 7Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan
*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*
kadang-kadang memang terlupa letak kunci kereta di mana. kena makan banyak omega
ReplyDeletehttp://www.lovehutladyvitamin.com
Mkn lecithin pun bagus utk daya ingatan.
Deleterisaunya kalau lebih tua daripada umur sebenar. banyak risiko dapat penyakit.. huhu.
ReplyDelete