Tuesday 18 November 2014

A.V.E : Rahsia Kecantikan dan Kesihatan Tun Dr. Siti Hasmah

rahsia kecantikan
Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali

Pujian Suami Tingkatkan Diri

Pada usianya yang menginjak 88 tahun dan penglihatan yang kurang jelas, isteri Mantan Perdana Menteri, Tun Doktor Mahathir Mohamad ini kelihatan masih aktif mengikut ke mana-mana sahaja acara yang melibatkan suaminya itu. Malah baru-baru ini, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali turut berkesempatan meluangkan masa melancarkan siri pertama Forum TChat anjuran Persekutuan Penyakit Tidak Berjangkit Malaysia di Kuala Lumpur.

Berkongsi rahsia kekal sihat, ibu kepada tujuh orang anak ini bersyukur kerana diberikan kekuatan fizikal dan mental sehingga ke hari ini. Baginya, setiap hari merupakan bonus kepada beliau kerana dapat melalui hari-hari yang menggembirakan di samping suami tersayang, anak-anak dan cucu-cucu.

Diet wanita ini cukup mudah dan ringkas. Beliau hanya makan sedikit sahaja. Jika makan di luar seperti di hotel, beliau akan minta pinggan kecil dan tidak mahu makan banyak. Beliau amat menyukai kuih popia. Namun, beliau akan memotong dua dan memberikan sebelah bahagian lagi kepada suaminya.

Waktu paling sukar apabila mengikut suami keluar berkempen. Masakan tidak, setiap kali berkunjung dari rumah ke erumah, kami akan dihidangkan dengan the susu atau milo. Perlawaan tersebut terpaksa saya tolak dengan lembut. Ini kerana, saya sendiri tidak minum susu pekat yang mengandungi terlalu banyak gula.

Saya sebenarnya cukup beruntung kerana ada yang menegur jika berat badan bertambah. Individu tersebut tidak lain tidak bukan Tun Mahathir sendiri. Beliau sangat jujur. Kalau berat badan saya bertambah, beliau akan terus menegurnya. Tetapi, beliau juga akan memuji jika saya berjaya kembalikan berat badan ideal. Kayanya, saya Nampak lebih cantik bila kurus.

Pujian yang diberikan sedikit sebanyak memberikan saya semangat untuk memastikan berat badan yang idealm secara automatic kita turut memiliki tahap kesihatan yang baik.

Selain itu, saya turut meluangkan masa untuk bersenam. Senaman pertama yang dilakukan adalah senaman bersama Jane Fonda yang diikuti oleh video. Malah, saya juga turut melakukan yoga bersama anak-anak dan pernah mengikuti kelas taici.

Sehingga kini, dua pesanan ibu mertua masih saya semat dan amalkan. Yang pertama, apabila sedang seronok makan, berhenti dan jangan makan lagi. Kedua, apabila kita sedang disukai dan berada dipuncak, undurkan diri. Kata-kata ini saya dan suami pegang dan turut turunkan kepada anak-anak.

[sumber majalah isihat]


Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, 7Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan

*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

No comments:

Post a Comment