Sunday 2 November 2014

A.V.E : Kenapa Imunisasi Amat Penting?

Anda ingin melakukan sesuatu yang terbaik untuk anak anda. Anda tahu tentang kepentingan kerusi bayi, kunci pintu kanak-kanak (child lock) dan pelbagai cara lain untuk memastikan anak-anak selamat semasa berada di dalam kenderaan.

Tetapi, adakah anda tahu bahawa salah satu cara terbaik untuk melindungi anak-anak anda adalah dengan memastikan mereka mendapat perlindungan daripada kesan jangkitan kuman? Imunisasi melalui pemberian vaksin boleh menyelamatkan nyawa anak anda daripada pelbagai penyakit berjangkit berbahaya seperti demam campak, poliomyelitis dan sebainya.

imunisasi badan
Imunisasi Badan


Kejayaan imunisasi dengan jelas dapat dilihat dalam pembasmian penyakit cacar (smallpox). Penyakit cacar yang disebabkan oleh virus smallpox akan meninggalkan kesan-kesan gelembung yang kekal pada kulit malah boleh mengakibatkan kematian sehingga 35% di kalangan penghidapnya.

Pada abad ke-18, dunia di landa wabak cacar. Seorang doctor di England telah mendapati pembantu-pembantu rumah beliau telah memerah susu lembu hanya mendapat gejala cacar yang ringan. Dr. Edward Jenner percaya pembantu-pembantu rumahnya terlindung daripada penyakit cacar yang teruk kerana mereka telah terdedah kepada cowpox daripada lembu.

Pendedahan terhadap kuman cowpox telah memberi perlindungan terhadap penyakit cacar. Bagi membuktikan kenyataannya, beliau telah mengambil sedikit cecair daripada gelembung cacar pembantu rumahnya lalu disuntik kepada seorang anak tukang kebun beliau. Hasilnya, anak tukang tersebut terselamat daripada komplikasi penyakit cacar.

Pepatah mengatakan ‘mencegah adalah lebih baik daripada merawat’. Maka imunisasi merupakan langkah pencegahan yang paling utama dan berkesan dalam mencegah kejadian penyakit berjangkit. Kementerian Kesihatan Malaysia melaksanakan pelbagai aktiviti imunisasi secara percuma melalui Program Imunisasi Kebangsaan kepada bayi, kanak-kanak dan mereka yang masih berada di bangku sekolah.

Di antara vaksin-vaksin yang ditawarkan adalah bagi memberi perlindungan terhadap penyakit tibi, hepatitis B, difteria, pertussis, (batuk kokol), kancing gigi, demam campak, beguk, rubella juga terhadap kuman influenza jenis B (HiB) dan human papiloma virus (HPV) yang merupakan punca kepada barah pangkal rahim.

[Sumber majalh isihat]

Antara vitamin yang disyorkan untuk meningkatkan imunisasi badan

nutriferon
Nutriferon

vitamin imun badan



Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, 7Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan

*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

No comments:

Post a Comment