Bersenam untuk kesihatan |
Berlari sejauh mana pun, belum tentu baik untuk kesihatan. Begitulah ungkapan yang sering didengari oleh sesetengah individu yang berasakan berlari boleh merosakkan lutut, dan pinggul dan membuatkan mereka sakit dan kejang. Bagaimana dengan banyak kajian yang sehingga kini menyatakan berlari baik untuk kaki dan paru-paru dan menjadikan anda seorang yang lebih sihat? Ketahui 7 fakta dan mitos yang telah dibongkar oleh beberapa jurulatih dan doctor mengenai berlari.
1. Mitos
Anda memerlukan bentuk badan tertentu untuk berlari
Fakta
Sesiapa sahaja dengan apa-apa jenis bentuk badan boleh berlari
2. Mitos
Buat regangan sebelum berlari
Fakta
Melakukan regangan untuk memanaskan badan, otot menjadi lebih fleksibel dan boleh melonggarkan otot dan tisu lembut sehingga 20%. Risiko kecederaan paling tinggi terjadi akibat atau semasa regangan yang berpunca daripada otot yang sejuk
3. Mitos
Berlari menyebabkan lutut rosak
Fakta
Menurut jurulatih, berlari merupakan aktiviti terbaik untuk kesihatan dan tiada kajian menunjukkan kerosakan sendi boleh berlaku apabila kita berlari. Berlari bukan satu-satunya senaman yang diperlukan dan mungkin bukan aktiviti yang anda gemari, namun tiada apa yang tidak selamat tentang berlari.
4. Mitos
Kalium mencegah kekejangan otot
Fakta
Kita sering dengar, makan pisang untuk mendapat lebih kalium bagi mengelakkan kekejangan. Kenyataannya, berdasarkan kajian tiada bukti menunjukkan kaitan antara kedua-duanya. Satu kajian mengatakan kekejangan otot disebabkan oleh keletihan otot. Ia juga berpunca daripada senaman yang tidak betul atau tubuh anda mengalami dehidrasi.
5. Mitos
Berlari setiap hari untuk meningkatkan prestasi
Fakta
Cara begini salah sama sekali! Anda tidak perlu terlalu terikat dengan jadual harian. Sekiranya berlari dua atau tiga kali seminggu, anda mampu membina tahap kecergasan yang sama dengan mereka yang berlari untuk beberapa hari seminggu. Anda seharusnya berlari mengikut kemampuan dan ambillah masa untuk pergi lebih jauh.
6. Mitos
Cushioned Shoes mencegah kecederaan
Fakta
Cushioned shoes yang tinggi sebenarnya akan menyakiti, bukan membantu anda. Sekiranya anda memakai kasut dengan setengah inci gel, anda akan merasa hebat untuk tempoh dua minggu tetapi apabila gel yang dipakai telah habis, risiko anda untuk mendapat kecederaan lebih tinggi
7. Mitos
Berlari berkaki ayam mengurangkan kecederaan
Fakta
Ia boleh menjadi sebaliknya jika anda tidak biasa berlari berkaki ayam dan bertindak terus melakukannya. Digelar juga sebagai minimalist running, cara terbaik adalah dengan melakukan kajian terlebih dahulu dan jika ingin melakukannya, buat secara perlahan-lahan.
[sumber majalah isihat]
Sila baca DISCLAIMER
Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, 7Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan
*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*
hu3..baru tahu ni berlairi pun ada mitos juga yer
ReplyDeleteSekadar berkongsi info. Hehe...
Delete