Wednesday, 3 December 2014

A.V.E : Kunci Rahsia Tingkatkan Kesuburan

Apabila bercakap tentang kesuburan dan perkara-perkara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan tahapnya, ramai yang berusaha mengambil pelbagai vitamin, produk makanan kesihatan seperti kurma, madu, produk herba, ginseng, homepati dan banyak lagi.

kesuburan suami dan isteri
Kesuburan Suami dan Isteri


Hanya segelintir sahaja yang menyedari sebenarnya senaman juga mampu untuk meningkatkan tahap kesuburan seseorang, baik lelaki mahupun wanita. Biarpun boleh dilakukan tanpa mengeluarkan wang, namun tidak ramai yang memilih mengamalkannya kerana ia memerlukan masa dan agak memenatkan.

Apa yang ramai tidak tahu, senaman berupaya meningkatkan tahap kesuburan dengan cara mengekalkan berat badan, menurunkan berat badan bagi mereka yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes, menurunkan tahap stress serta meningkatkan peredaran darah ke seluruh badan. Ini termasuklah meningkat pengaliran darah ke organ peranakan bagi peghasilan telur yang berkualiti dan rahim yang lebih sihat untuk tumbesaran janin.

Kesuburan dan berat badan

Satu kajian yang telah dilakukan menemui fakta bahawa wanita obesity berisiko sebanyak 28% untuk tidak mengandung pun kandungan mereka tidak berjaya ke peringkat kelahiran. Kajian tersebut telah dibuktikan oleh seorang penyelidik yang telah melakukan kajian ke atas hampir 50,000 wanita yang menggunakan teknologi reproduktif. Mereka yang mengalami obesity sukar hamil kerana tubuh wanita itu tidak bersedia untuk pembesaran janin. Bagaimanapun tidak mustahil untuk wanita obesity menjadi seorang ibu jika dia berjaya menurunkan berat badan dan menjaga kesihatan dengan sebaiknya.

Sebagai sebahagian daripada kajian tersebut, teknologi reproduktif dapat membantu wanita obesity untuk mengandung. Perbandingan dibuat ke atas keputusan wanita dengan berat badan normal (BMI 18.5-24.9), wanita yang mengalami berat badan berlebihan (BMI 25 hingga 29.9), obesity kelas 1 (30 hingga 34.9), kelas 2 (35 hingga 39.9) dan kelas 3 (40 dan ke atas).

Kajian mendapati wanita yang mengalami obesity kelas 3 mempunyai 35% risiko untuk tidak mengandung. Obesiti kelas 2 pula sebanyak 28% dan 3 & untuk wanita yang mengalami berat badan berlebihan.

Senaman untuk turunkan berat badan

senaman
Senaman untuk turunkan berat badan


Ramai yang mengubat corak diet mereka dan memulakan program senaman berjaya mengurangkan berat badan, tetapi jika tidak pun, program senaman ini sebenarnya tetap akan meningkatkan hormone wanita dan kesihatan kardiovaskular. Perubahan tersebut memberi manfaat kepada jantung dan membaiki kadar gula dan insulin dalam darah. Wanita yang tidak berovulasi pun akan mula melaluinya.

Namun begitu, senaman hendaklah dilakukan dengan betul agar ia dapat memberi manfaat. Senaman mestilah sesuai dengan individu yang melakukannya. Sebagai contoh, individu yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes, haruslah melakukan senaman yang boleh membakar lemak agar dapat menurunkan berat badan.

Sebaliknya, bagi individu yang telah mempunyai berat badan normal, tujuan senaman adalah bagi meningkatkan stamina dan menggalakkan pengaliran darah ke seluruh badan. Bagi golongan ini, senaman yang keterlaluan seperti membina otot tidak bersesuaian kerana ia mungkin mengganggu keseimbangan hormone di dalam badan dan seterusnya menjejaskan proses ovulasi dan kitaran haid.

Kitaran haid yang tidak menentu sering berlaku kepada ahli sukan wanita yang aktif dalam sukan fizikal seperti berlari, angkat berat, berenang dan sebagainya. Inilah sebabnya kenapa ramai atlit wanita akan bersara apabila mereka mula merancang untuk bekeluarga.

Secara mudahnya, hormon-hormon yang mengawal kitaran haid dan ovulasi sangat suka kepada lemak. Oleh itu, apabila seseorang wanita itu mempunyai berat badan berlebihan atau obes, hormone-hormon ini akan tersimpan di dalam tisu-tisu lemak tersebut. Ini menyebabkan ketidakseimbangan hormone di dalam badan, kerana hormone-hormon ini sepatutnya berada dalam peredaran darah untuk ia berfungsi dengan baik.

Senaman untuk menurunkan berat badan mestilah seiring dengan diet yang betul. Tisu lemak akan hanya digunakan oleh badan apabila kita membakar kalori melalui senaman lebih tinggi daripada jumlah kalori yang diambil pada hari sebelumnya. Sebagai contoh; sekiranya kita mengambil 2,000 kalori pada hari sebelumnya, kita mesti bersenam untuk membakar 2,500 kalori pada hari berikutnya.

Wanita yang ingin menurunkan berat badan, mesti melakukan senaman setiap hari untuk membakar kalori yang cukup agar lemak yang tersimpan dapat digunakan. Apabila telah mencapai berat badan yang sepatutnya, barulah senaman tersebut dikurangkan kepada tiga kali seminggu untuk mengekalkan berat badan tersebut. Diet makanan yang sihat mestilah diteruskan supaya tiada lebihan lemak yang boleh disimpan kembali oleh badan.

Ini berlainan dengan wanita yang mempunyai berat badan ideal. Mereka digalakkan bersenam untuk meningkatkan stamina dan tahap kesihatan, melancarkan peredaran darah dan mengurangkan tahap stress. Mereka yang boleh melakukan senaman dua hingga tiga kali seminggu, dan digalakkan melakukan senaman dalam bentuk riadah seperti berjoging, yoga, berenang dan sebagainya. Apabila bersenam, badan akan menghasilkan hormone endorphin yang akan menjadikan kita lebih tenang, seterusnya mengurangkan tahap stress seseorang.

Kajian juga telah mendapati bagi pasangan yang mengalami masalah kesuburan, mereka akan lebih mudah bertindak balas kepada rawatan kesuburan, menghasilkan kualiti telur yang lebih baik dan lebih mudah untuk hamil, sekiranya mereka mempunyai tahap stress yang lebih rendah.

Gabungan diet yang betul dan senaman

Namun begitu, sekadar senaman tanpa pengambilan makanan yang betul juga tidak membantu. Bersenam beria-ia, tetapi kemudiannya ‘melantak’ pelbagai jenis makanan ibaratnya anda melakukan perkara yang sia-sia sahaja. Anda perlu tahu pemakanan yang betul turut membantu kesuburan.

Sebaiknya, lebihkan mengambil sayur-sayuran hijau, buah-buahan berwarna seperti epal, anggur betik, pear dan sebagainya yang mempunyai antioksidan, vitamin dan mineral yang tinggi. Kurangkan makan daging dan ayam serta banyakkan mengambil ikan dan produk-produk laut yang mempunyai kalsium dan protein yang tinggi. Di samping itu, pastikan anda juga mengurangkan mengambil makan berlemak.

Kurangkan manisan dalam minuman dan makanan, kerana lebihan gula di dalam badan boleh ditukar kepada lemak. Kurangkan juga pengambilan makanan yang diproses seperti ayam goring, burger dan sebagainya yang biasanya mengandungi lebihan garam dan protein yang tidak sihat.

[sumber majalah isihat]

Antara suplemen yang disyorkan untuk tingkatkan kesuburan lelaki dan wanita


Vitamin E – berfungsi menyuburkan organ reproduksi. Untuk lelaki, ia berfungsi untuk meningkatkan kelakian, memekatkan air mani & menghasilkan sperma yang berkualiti yang sihat & aktif

Zinc Complex – Berfungsi unttuk menghasilkan sperma yang sihat & berkualiti supaya dapat hidup lebih lama di dalam uterus isteri. Ia juga menghasilkan sperma yang kuat & mampu berenang dengan laju dalam proses mencari ovum isteri

Vivix – Membaiki DNA & sel dalam badan, khususnya organ peranakan supaya testis mampu menghasilkan sperma yang berkualiti

set kesuburan lelaki
Set Kesuburan Lelaki



Vitalea – Membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh

Vitamin C – Berfungsi sebagai antioksidan dan meningkatkan system imun badan serta membantu meningkatkan kesuburan.

B-Complex – Membantu mengelakkan anemia yang mana ia boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin.

Alfalfa complex – Membantu atasi masalah keputihan, masalah haid tidak teratur atau senggugut.

GLA complex – Membantu menstabilkan hormone dan memastikan kitaran haid teratur.

set kesuburan wanita
Set kesuburan wanita


Add On

Zinc Complex – Membantu melindungi sperma dan melawan bacteria dalam vagina

zinc complex
Zinc complex


ESP – Membina sel baru, membekalkan protein serta memberi tenaga. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan pensenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain.

ESP
ESP


Kita hanya berusaha. Apa yang penting selalulah berdoa kepada Allah mohon dikurniakan zuriat. In Shaa Allah. 

Waullahualam.



Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, 7Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan



*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

No comments:

Post a Comment