Satu pertiga rakyat Malaysia mengalami gigi sensitive dan 66% daripadanya tidak menangani masalah yang dihadapi. Selain itu, sekitar 94% rakyat Negara ini mengalami masalah gusi seperti gusi berdarah. Apa yang merumitkan ialah 91% tidak mendapatkan rawatan untuk mengatasi masalah tersebut.
Gigi Sihat |
Dalam pada itu, masalah mulut yang utama di kalangan rakyat Malaysia ialah gigi ngilu dan gusi berdarah. Ada segelintir pesakit yang mungkin membiarkan sahaja tanpa merujuk kepada doctor apabila mengalami masalah kecil seperti rasa ngilu.
Lama-kelamaan jika dibiarkan, masalah akan menjadi lebih teruk. Misalnya gigi berlubang akan merebak sehingga menyebabkan rasa sakit yang tidak tertanggung. Ketika itu, barulah mereka berjumpa dengan doctor dan gigi yang rosak mungkin perlu dicabut atau memerlukan rawatan yang lebih rumit.
Oleh yang demikian, sangat penting untuk kita menjaga kesihatan oral yang baik, bermula dengan teknik memberus gigi yang berkesan.
Teknik memberus dengan betul adalah dengan mencondongkan kedudukan berus gigi 45 darjah kearah leher gigi. Ramai yang tersilap dengan memberus gigi pada kedudukan 90 darjah. Selain boleh mengembangkan bulu berus dengan cepat, paras gusi mungkin surut dan permukaan akar gigi yang terdedah mudah terhakis.
Dari segi pemilihan berus gigi pula, pastikan saiz sesuai dengan saiz mulut, bulu berus yang tidak terlalu kasar dan bentuk kepala yang lebih kecil.
Kekerapan memberus gigi memadai sebanyak dua kali sehari iaitu waktu pagi dan malam. Selain memberus gigi dengan rapi, kita juga perlu memflos gigi. Penggunaan flos sangat penting untuk membuang plak dan bacteria yang melekat di celah-celah gigi bagi mengelak berlakunya karies gigi.
Tidak semua tahu menggunakan flos. Ada yang membeli sahaja tetapi tidak menggunakannya kerana kurang mahir. Bagi yang belum mahir, sebaik-baiknya memulakan dengan memflos gigi hadapan terlebih dahulu sebelum beralih kepada bahagian gigi lain.
Flos digunakan dengan cara memutuskannya sepanjang lebih kurang 15 ke 20 sentimeter dan lilitkan sebahagian besar flos pada jari tengah dan kanan. Kemudian, pegang flos dengan kemas antara ibu jari dan jari telunjuk dengan meninggalkan benang flos antara dua jari tersebut.
Seterusnya, gerakkan flos secara perlahan-lahan antara dua gigi. Seterlah flos sampai ke garis gusi, lengkungkan flos ke arah gigi sebelah untuk menjadi bentuk C. Luncurkan flos perlahan-lahan antara ruang gusi dan gigi. Pegang flos dengan rapat pada gigi. Akhir sekali, gesek tepi gigi semasa menggerakkan flos keluar dari gusi dengan gerakan ke depan dan ke belakang.
Pengambilan makanan yang seimbang juga perlu untuk mengekalkan kesihatan oral yang baik. Kurangkan pengambilan gula kepada 10 hingga 12 sudu the setiap hari, lebihkan sajian sayur-sayuran, buah-buahan dan makanan dari sumber tanaman seperti roti, bijirin dan nasi serta elakkan minuman berkarbonat yang boleh menyebabkan permukaan gigi terhakis.
Sekiranya kita mengamalkan penjagaan oral dengan betul dan rapi, tidak mustahil gigi akan kekal sihat walau usia sudah menginjak ke angka 70 hingga 80 tahun.
[sumber majalah isihat]
Antara suplemen yang disyorkan untuk penjagaan gigi kekal sihat
Vitamin C
Vitamin C sangat membantu masalah gusi kerana manfaat utamanya adalahmerangsang pembentukan kolagen ia menguatkan otot dan sel sihat. Vitamin ini juga meningkatkan sistem imunisasi. Membantu membina sel sihat dan penyerapan zat besi lebih baik.
Ostematrix
Ostematrix merupakan sumber kalsium terbaik untuk tubuh kita. Iamembekalkan kalsium pada tulang, gigi, kuku dan sistem saraf. Mengandungi Vitamin D, magnesium, zinc, boron dan kuprum. Wanita hamil yang sering mengalami masalah gusi sepanjang kehamilan amat digalakkan untuk mengambil Ostematrix setiap hari.
Antara suplemen yang disyorkan untuk penjagaan gigi kekal sihat
Vitamin C
Vitamin C sangat membantu masalah gusi kerana manfaat utamanya adalahmerangsang pembentukan kolagen ia menguatkan otot dan sel sihat. Vitamin ini juga meningkatkan sistem imunisasi. Membantu membina sel sihat dan penyerapan zat besi lebih baik.
Sustained Released Vita C |
Ostematrix
Ostematrix merupakan sumber kalsium terbaik untuk tubuh kita. Iamembekalkan kalsium pada tulang, gigi, kuku dan sistem saraf. Mengandungi Vitamin D, magnesium, zinc, boron dan kuprum. Wanita hamil yang sering mengalami masalah gusi sepanjang kehamilan amat digalakkan untuk mengambil Ostematrix setiap hari.
Sila baca DISCLAIMER
Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, 7Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan
*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*
fuh..baru tahu info nie..bagus juga untuk gigi yer..vitamin shaklee bagus untuk kesihatan
ReplyDeleteooo....terima kasih untuk perkongsian :)
ReplyDeletebagus ni, baru je tau nie
ReplyDelete