Monday 8 December 2014

A.V.E : Buah Paling Lazat dan Berkhasiat

buah kiwi sungold
Buah Kiwi kaya vitamin C


Sinonim dengan gaya hidup, berkulit licin, berwarna coklat dan berbentuk bujur, bua kiwi dengan isi keemasannya mempunyai rasa manis yang menyegarkan dan adalah antara salah satu buah yang mengandungi nutrient yang paling padat di bumi.

Kaya dengan vitamin C dan sumber serat, asid folik, kalium dan antioksidan, buah kiwi telah membuktikan secara saintifik boleh meningkatkan kesejahteraan hidup dan membina tenaga. Buah kiwi Zespri gold mengandungi lebih daripada 20 jenis vitamin dan mineral, lebih banyak berbanding dengan hampir semua buah-buah biasa.

Ia mengandungi banyak antioksidan iaitu vitamin C (3kali ganda daripada oren per 100g isi buah) dan vitamin E (7 kali lebih daripada epal dan oren)dalam sebiji buah.

Walaupun kebanyakan orang mengenali buah kiwi, ramai akan terkejut kerana tidak pernah menikmati kelazatan dan khasiat nutrient yang menakjubkan. Buah kiwi Sungold baru adalah hasil daripada tahun penyelidikan khusus melalui teknik pembiakan tanaman bersifat semula jadi yang digunakan untuk menghasilkan buah yang perkasa ini.

buah kiwi
Zespri Sungold Kiwifruit


Kebanyakan daripada kita yang sering mengamalkan gaya hidup yang sibuk akan merasa mudah letih. Itu adalah tanda kurang bertenaga. Vitamin C membantu untuk mengaktifkan enzim dalam badan yang memainkan peranan penting dalam pengawalan tenaga metabolic. Dengan kandungan vitamin C yang tinggi, ia boleh mengurangkan tenaga fizikal dan mental.

Oleh itu, ia adalah penting untuk memasukkan makanan yang kaya dengan vitamin C dalam diet setiap hari. Oleh sebab badan kita tidak boleh mensintesiskan vitamin C secara semula jadi, ia amatlah penting untuk mendapatkan keperluan vitamin C setiap hari daripada sumber makanan semula jadi. Tambahan pula, vitamin C juga dikenali sebagai vitamin larut air, maka ia juga mudah dikeluarkan daripada badan.

Pengambilan nutrient vitamin C yang digalakkan bagi rakyat Malaysia ialah 70mg/sehari. Dengan sebiji buah kiwi Zespri SunGold, ia mengandungi sehingga 161mg vitamin C, di mana ia memenuhi lebih daripada keperluan vitamin C seharian seseorang.

[sumber majalah isihat]


Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, 7Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan



*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

No comments:

Post a Comment