Wednesday, 17 December 2014

A.V.E : Jaga Pemakanan Elak Penyakit


tekanan darah tinggi
Pemeriksaan Tekanan Darah Tinggi

Apakah perkaitan antara penyakit darah tinggi, kencing manis, jantung dan buah pinggang? Sekiranya ibu bapa kita menghidap penyakit-penyakit ini, apakah langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil agar penyakit tersebut tidak diwarisi?

Pesakit kencing manis dan tekanan darah tinggi adalah berisiko mendapat penyakit jantung. Gabungan ketiga-ketiga penyakit yang tidak terkawal boleh menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang.

Sekiranya ibu atau bapa kita menghidap penyakit jantung koronari, kita juga cenderung mewarisi penyakit tersebut. Ini disebabkan factor yang berisiko tinggi daripada penyakit kencing manis dan obesity. Kebanyakan individu yang mempunyai sejarah latar belakang yang menghidap penyakit jantung mempunyai satu atau lebih factor risiko yang lain.

Jadi, sekiranya seseorang berpotensi mendapat penyakit jantung yang juga berpunca daripada penyakit darah tinggi dan kencing manis yang akhirnya boleh menyerang buah pinggang, mereka perlu memantau kesihatan dengan mengamalkan diet dan senaman yang sihat bermula dari awal.

Bagi mengawal paras kolesterol, makanlah makanan yang tinggi serat, gantikan makan ringan anda kepada walnut dan badam yang merupakan sumber asid lemak tak tepu. Ikan yang mengandungi asid lemak omega-3 seperti salmon dan mackerel yang membantu menurunkan berat badan dan memberi manfaat kepada penyakit kencing manis.

Elakkan makanan yang mengandungi lemak tepu dan berminyak yang terdapat pada makanan bergoreng dan makanan yang diproses. Kawal pemakanan mengikut garis panduan yang betul dan susuli dengan senaman berkala bagi mengelak daripada penyakit-penyakit tersebut.

[Sumber Majalah isihat]

Antara Suplemen yang disyorkan untuk mengawal paras kolesterol

Phytocol-ST – Pencegahan penyerapan Kolesterol dari makanan

Omega Guard – Membantu menunrunkan kolesterol jahat (LDL) dalam salur darah dan menambahkan salur darah baik (HDL)

Coq10 – Menguatkan fungsi otot jantung dan memperbaiki pengaliran darah

Vivix – Melindungi sel dari penuaan atau kerosakan sel dan untuk kesihatan salur darah

set jantung sihat
Kombinasi Jantung Sihat
Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, 7Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan



*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

2 comments:

  1. gaya permakanan kita memang menyumbang kepada kesihatan dan juga membawa penyakit..kalau makan dijaga dengan betul insyallah kita sihat sentiasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Faktor pemakanan mmg memainkan peranan sgt penting dlm menjaga kesihatan tubuh badan

      Delete