Apakah panduan atau cara terbaik untuk seorang yang obsess atau terlebih berat badan untuk mengawal pemakanan? Macam mana atau di mana nak bermula dalam menjaga pemakanan? Adakah kita kena terus kira kalori yang diambil atau bagaimana? Apa yang perlu dilakukan terlebih dulu untuk memastikan usaha untuk kawal berat badan tercapai?
Piramid Makanan |
Konsep mengira kalori agak sukar untuk dilakukan, memadai mengamalkan konsep pemakanan sihat berdasarkan pyramid makanan. Anda perlu memahami setiap jenis makanan di dalam kumpulan makanan pada pyramid makanan. Sebagai contoh, kumpulan makanan gula dan lemak berada di puncak pyramid makanan menunjukkan pengambilannya hanya dibenarkan sedikit sahaja.
Selain itu, anda perlu mengetahui jenis makanan yang mempunyai kandungan kalori yang tinggi dan rendah. Makanan yang berkalori perlu dielakkan atau dihadkan sekiranya diambil. Ini kerana, makanan yang berkalori tinggi pada kebiasaannya mengandungi banyak gula dan lemak.
Pilihlah makanan yang berkalori rendah seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Kenal pasti makanan yang kaya serat kerana ia memberi rasa kenyang seterusnya anda akan dapat mengawal kuantiti pengambilan makanan secara keseluruhannya.
Konsep keseimbangan tenaga juga penting di mana tenaga yang masuk mestilah kurang daripada tenaga yang dikeluarkan. Oleh yang demikian, anda perlu melakukan senaman yang berkalar iaitu sekurang-kurangnya 150 minit senaman dalam masa seminggu bagu menurunkan berat badan. Minum air mestilah cukup iaitu sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.
[sumber majalah isihat]
Sila baca DISCLAIMER
Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, 7Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan
*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*
bagus tips ini..benda yang paling asa kita kena tahu jenis makanan yang perlu diambil dan dikurangkan
ReplyDeletePasni dah bleh control cara pemakanan kita setiap hari.
Delete