Ujian kehamilan |
Tahukah anda menggunakan pelincir yang salah semasa mengadakan hubungan intim boleh mengurangkan peluang untuk hamil. Semua gel pelincir boleh merosakkan sperma. Cara terbaik untuk baiki hubungan, tingkatkan pelincir semula jadi anda. Lakukan lebih banyak foreplay sebelum memulakan seks. Seterusnya lebih banyak pelincir semula jadi terhasil untuk membantu sperma terus hidup.
Simpan Sperma
Ada pasangan beranggapan dengan mengelakkan hubungan seks dalam masa sebulan dapat menjimatkan sperma. Ini silap besar! Memang benar, jika simpan, sperma mungkin lebih banyak waktu diperlukan. Tetapi kebanyakan sperma sudah menjadi lemah dan lembap serta tidak mampu mensenyawakan telur. Untuk hamil, sperma segar diperlukan.
Vitamin C
Sangat bagus untuk tingkatkan kesuburan. Ia boleh memperbaiki cecair serviks. Cecair ini berfungsi mengangkut sperma ke dalam serviks dank e rahim. Tanpanya sperma tak mampu hidup lebih lama. Namun jangan ambil berlebihan sebab dikhuatiri akan menyebabkan kekeringan serviks pula. Dinasihatkan ambil tidak lebih 1000mg vitamin C sehari.
Tekanan
Bila ada yang bertanya dan mengatakan ‘relaks la’ ini sebenarnya akan menambah lagi tekanan. Lakukan terapi ketawa daripada paksa diri untuk bertenang.
Makanan
Wanita yang hamil tahu apa makanan yang patut dijauhi, tetapi wanita yang sedang cuba untuk hamil tidak tahu hal ini. Contohnya, jauhkan ikan yang mengandungi merkuri yang tinggi, namun jangan elak semua ikan kerana ada ikan yang kaya dengan protein, vitamin D dan asid lemak Omega-3 yang bagus.
Minuman berkafein
Ada kajian mengatakan secawan kopi sehari sudah cukup mengurangkan peluang sehingga 50% wanita untuk hamil dalam tempoh 12 bulan. Jadi, bagi penggemar kopi sila ambil perhatian ya.
Ubat-ubatan yang mesti dijauhi kaum lelaki
Ada ubat-ubatan yang biasa diambil oleh lelaki seperti ubat merawat ulser, masalah gastric juga ubat tekanan darah tinggi ada kesan buruk pada pengeluaran sperma juga kesuburan. Amalkan vitamin lebih baik, contohnya Zinc Complex, C dan E yang mengandungi selenium.
[sumber majalah isihat]
Sila baca DISCLAIMER
Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, 7Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan
*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*
No comments:
Post a Comment