Monday, 22 December 2014

A.V.E : Pisang Cergaskan Badan

Suasana iklim di Malaysia memungkinkan pisang sangat mudah didapati dan harganya juga tidaklah begitu mahal. Seperti yang kita tahu, terdapat pula pelbagai jenis dan spesies pisang yang terkenal seperti pisang emas, pisang raja, pisang montel, pisang tanduk dan berbagai-bagai lagi dengan berlainan cita rasa.

bush pisang
Buah pisang


Lebih menarik lagi pisang boleh diolah menjadi pelbagai jenis hidangan, sebut sahaja jenis hidangan tempatan seperti pengat pisang, pisang goring, kek pisang sehinggalah yang ala-ala barat seperti banana split dan banana shake.

smooties pisang
Smooties pisang



Selain itu, pisang juga sudah tidak asing lagi dalam dunia kecergasan dan sukan sebagai sumber nutrisi yang berzat, menambah tenaga dan dapat mengawal pengambilan kalori. Malahan ia telah menjadi trend di kalangan ahli sukan mahupun mereka yang rutin bersenam di gim untuk mengambil pisang sebelum mahupun selepas bersenam.

Sama ada dalam bentuk pisang utuh ataupun yang telah diolah seperti banan shake atau milk shake banana yang biasanya dicampurkan dengan susu mahupun produk protein yang lain. Hakikatnya, dengan menjadikan pisang sebagai makanan kegemaran asalkan tidak berlebihan, banyak manfaat kesihatan yang boleh kita peroleh.

Meredakan Tekanan

stress
Tekanan


Jika anda mengalami tekanan perasaan, stress atau kegelisahan, cubalah mengambil pisang. Hanya dengan 110 kalori dan 14 gram gula, sebiji pisang bukan sahaja membuatkan anda kenyang, meningkat dan menstabilkan kadar gula darah, memberikan vitamin B6 sebanyak 30% daripada keperluan harian, tetapi ia juga akan membantu otak mengeluarkan hormone serotonin yang memberi kesan penenang dan dapat meredakan tekanan emosi.

Memelihara jantung dan mengawal tekanan darah

blood pressure
Pemeriksaan tekanan darah


Dengan kadar potassium/kalium mencapai 400miligram dalam sebiji pisang yang berukuran sedang, ia sangat bermanfaat untuk memelihara kesihatan jantung serta mengawal tekanan darah. Mengikut kajian, kalium telah terbukti sangat baik untuk memelihara fungsi otot dan saraf serta menjaga keseimbangan cairan dalam badan.

Ia akan memelihara fungsi otot jantung serta otot-otot dinding pembuluh darah sekali gus megawal tekanan darah. Selain otot jantung dan pembuluh darah, kalium yang terdapat di dalam pisang juga dipercayai dapat mencegah kekejangan otot semasa bersukan/bersenam. Dengan kata lain, pisang juga dapat mencegah kecederaan semasa bersukan

Makanan ringan/snek yang sihat

Dengan hanya 110 kalori, anda boleh mendapatkan 3 gram serat dari sebiji pisang. Serat sangat penting dalam membantu system badan melancarkan proses pencernaan dan memperpanjang rasa kenyang. Ini penting bagi mereka yang sedang merancang diet dan mengawal berat badan.

Pisang juga menyediakan karbohidrat sebagai sumber tenaga. Dan apa yang bagusnya lagi, pisang tidak mengandungi lemak dan kolesterol! Dengan manfaat ini, kesan sekunder yang akan anda dapatkan adalah berat badan yang ideal seperti yang didamkan.

Melancarkan Pencernaan

lancarkan pencernaan
Melancarkan Pencernaan


Pisang mengandungi prebiotik. Komponen ini memudahkan penyerapan nutrisi di dalam badan terutama kalsium yang diperlukan dalam membentuk kekuatan tulang dan gigi. Pisang juga mengandungi pectin, yang membantu untuk melancarkan pencernaan secara keseluruhan dan mencegah sembelit.

Bukan itu sahaja, pisang mempunyai kesan antacid, yang membantu mencegah gastric dengan meneutralkan asid berlebihan yang terkandung dalam system pencernaan. Kesan mengurangkan gastric atau pedih ulu hati sangat penting kerana ia biasa dialami oleh mereka yang aktif bersukan dan bersenam.

Kakuatan Tulang

senaman menguatkan tulang
Senaman menguatkan tulang


Pisang juga adalah sumber zat besi(mangan dan zink). Sebiji pisang berukuran biasa menyediakan sekitar 3 miligram zat besi, sementara anda hanya memerlukan 1.8-2.3 mg zat besi sehari. Zat besi ini penting untuk kesihatan dan kekuatan tulang serta metabolism badan.

Penyerapan ini juga dibantu oleh adanya kalium pada pisang yang secara lansung dapat mengurangkan risiko osteoporosis atau kerapuhan tulang lalu menjadikan anda seorang yang tegap dan kuat meskipun telah dimamah usis serta tidak mudah mendapat risiko patah tulang pada kecederaan-kecederaan yang kecil.

Kata orang “Pisang emas dibawa belayar, masak sebiji di atas peti…”. Tetapi dalam dunia kecergasan, “Pisang sumber nutrisi yang hebat, badan sihat ambil sebiji pasti nak lagi”…Manfaat pisang tersangatlah banyak dari manfaat fizikal, system dalaman badan hingga emosi.

Jadi, ia sesuai dijadikan antara menu makanan sihat harian kita dalam usaha mendapatkan kesihatan, kecergasan dan keseimbangan alamiah badan tanpa tambahan sumber-sumber bukan alami. 

Semoga Bermanfaat!!!

[Sumber Majalah isihat]


Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, 7Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan



*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

2 comments:

  1. pisang ni banyak khasiatnya...kalau dah jadi pisang goreng tu ada khasiat lagi tak...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb tu kene kawal pengambilan minyak dan kolesterol. Kalau pisang goreng tu buat sedap tekak je. Hehe

      Delete