Kemaskini Status |
Baju paling glamour dah tempah, makeup artist popular pun dan dihubungi, temu janji dengan pihak catering juga dah dilakukan untuk test ffod, cameraman, videographer, door gift, tok imam, pelamin ala selebriti dan pelbagai lagi. Itu antara senarai persiapan dan kesibukan mereka yang bakal bergelar raja sehari kan. Buat pengantin perempuan, tak kisah kalau tak berkunjung ke spa bagi merawat kulit dan tubuh badan. Segala-galanya mahu Nampak sempurna tanpa ada sedikit pun kecacatan.
Dalam keghairahan tersebut ada satu hal terpenting yang wajib anda jalani sebelum mengikat talian ini iaitu ujian saringan kesihatan!Bukan setakat HIV tapi menjalani ujian lengkap bagi mengetahui status kesihatan anda yang terkini. YES! Update status kesihatan anda! Ramai sebenarnya yang tidak ambil tahu mengenai perihal yang satu ini.
Jangan begitu! Tubuh badan dan kesihatan yang sempurna adalah ‘aset’ terbesar anda dalam menjamin keluarga yang bahagia tanpa masalah di kemudian hari. Impian setiap pasangan mahu melahirkan zuriat yang sihat tanpa ada masalah. Impian jangan sekadar impian namun harus ada perancangan. Menerusi pemeriksaan lengkap anda dan pasangan pastinya lebih jelas dengan status kesihatan masing-masing dan barulah boleh melangkah dengan penuh yakin memasuki alam baru.
Perkahwinan tanpa ‘mengenali’ pasangan secara mendalam seperti membeli kucing dalam karung. Saat membuka karung, ada banyak kejutan menanti. Tanyakan semula pada diri, adakah anda cukup mengenali si dia yang dicintai? Kenal bukan hanya bermaksud kenal dari segi fizikal sahaja malah lebih jauh dari itu. Tak ketinggalan kesihatannya! Adakah anda sudah siap sedia untuk menerima segala-galanya tentang dia?
Seandainya terdapat sebarang masalah, pastinya anda dapat didiagnosis awal dan diberi rawatan segera. Kesukaran untuk hamil dan masa untuk menunggu menimang cahaya mata mungkin dapat diminumumkan. Lebih penting lagi jenis penyakit genetic seperti talasemia, menofilia, anemia dan kekurang G6PD dapat diatasi daripada diwarisi oleh kanak-kanak anda kelak!
Jangan malu dan jangan malas! Sebaiknya anda perlu siapkan diri melalukan pemeriksaan lengkap ini enam bulan sebelum menjelangnya detik pernikahan. Andai sayangkan pasangan dan anak-anak yang bakal dilahirkan, bawa mereka bersama anda.
Semoga bermanfaat untuk kita semua!
[Sumber majalah isihat]
Sila baca DISCLAIMER
Sila baca DISCLAIMER
Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, 7Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan
*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*
dah buat test ni masa nak kahwin dulu
ReplyDeleteAlhamdulillah..mmg patut pun bt test kesihatan b4 kahwin ni.
Delete