Sunday 14 December 2014

A.V.E : Rancang Pemakanan Sihat Waktu Bercuti

Bercuti adalah masa untuk berehat, meluangkan masa bersama keluarga, mengambil nafas baru, melakukan aktiviti-aktiviti menarik dan pergi melawat ke tempat-tempat baru yang boleh menghilangkan tekanan setelah letih dengan tuntutan kerja dan sebagainya.

Pendek kata, bercuti dapat membangkitkan rasa seronok dan santai kepada sesiapa sahaja. Tetapi, percutian yang lebih bermakna adalah apabila anda berjaya mengekalkan gaya hidup sihat semasa bercuti melalui perancangan pemakanan yang seimbang dan sihat.

Caranya mudah sahaja, sediakan semua sendiri dan bawa bekalan makanan anda sekeluarga dari rumah. Selain dapat mengurangkan perbelanjaan, makanan yang dibawa dari rumah jauh lebih bersih jika dibandingkan dengan membeli makanan di luar.

Anda tidak perlu bersusah payah membawa makanan yang sukar disediakan, hasilkan makanan yang mudah dan ringkas sahaja. Menurut pakar, apa yang penting adalah seimbang, pelbagai dan ambil dalam kuantiti sederhana supaya tubuh menerima semua zat yang diperlukan.

Sandwic untuk sarapan pagi

sandwich
Sandwich untuk sarapan


Bagi mereka yang bertolak pada awal pagi untuk sampai ke destinasi yang dituju, sandwich adalah makanan yang sesuai dan mudah disediakan. Selain tidak memerlukan masa yang panjang, anda dan keluarga boleh menikmatinya semasa dalam perjalanan. Kandungan bahan-bahan yang lengkap seperti timun, tomato, telur dan tuna mampu membekalkan tenaga untuk anda sekeluarga memulakan hari yang panjang. Jika tidak berkesempatan menyediakan sandwich, anda juga boleh membawa bijirin sarapan atau energy bar sebagai bekalan untuk sarapan.

Makan Tengah hari dengan hidangan lengkap

hidangan tengah hari
Hidangan Tengah Hari


Kebiasaannya, ramai yang tidak menitikberatkan hidangan lengkap untuk makan tengah hari. Bukan sahaja semasa cuti malah pada hari2 biasa pasti ada yang tidak mengambil sayur dan buah sebagai sumber makanan.

Untuk makan tengah hari, pastikan pinggan anda lengkap dengan nasi, ikan atau ayam, sayur dan juga buah. Makanan yang dibawa dari rumah sebaiknya hendaklah disimpan ke dalam thermo pot untuk mengekalkan suhu dan mengelakkan makanan daripada basi.

Selain bekalan nasi campur, anda juga boleh menikmai salad untuk makan tgh hari. Hasilkan salad yang menarik dengan bahan-bahan yang berwarna-warni untuk menaikkan selera anda sekeluarga. Bahan-bahan seperti lada benggala yang tinggi khasiat vitamin C dan juga bertindak sebagai antioksida sangat digalakkan.

Campurkan tomato ceri yang boleh mengurangkan rasa haus, kubis, timun, ayam, tuna dan sebagainya untuk membekalkan nutrisi penting untuk hidangan tgh hari anda. Salad lebih enak jika dimakan terus. Tetapi, tiada masalah jika anda menyimpannya dalam cooler box yang boleh bertahan sehingga dua ke tiga jam.

Pilih snek sihat untuk minum petang!

kuih muih
Kuih Muih


Semasa bercuti, biasanya kita akan makan apa sahaja yang terlintas di fikiran atau yang terhidang di depan mata tanpa menitikberatkan kesannya kepada kesihatan. Sebagai contoh adalah makanan ringan yang mudah didapati di stesen-stesen minyak dan kuih muih yang berminyak di tepi-tepi jalan. Sebainya, elakkan makanan ringan, air berkabonat dan juga pisang goring yang mengandungi banyak garam, gula dan minyak untuk dijadikan snek.

Makan Malam yang ringkas

Bagi percutian di kawasan pulau, sekali sekala anda boleh mengubah angin dengan menikmati makan malam ala barat. Anda boleh menggunakan pemanggang yang disediakan di tempat peranginan atau membawanya dari rumah.

Bahan mentah seperti ayam, ikan, udang dan sebagainya boleh didapti di pasar raya berdekatan. Hiaskan bersama-sama dengan timun, tomato, ubi rebus, brokoli atau apa sahaja yang anda gemari.

Pilihan lain seperti nasi goring, mi goring, pasta dan seumpamanya juga boleh dijadikan sebagai menu sihat untuk hidangan makan malam. Tetapi kuantitinya hendaklah sederhana serta lengkap dengan semua zat.

[sumber majalah isihat]

Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, 7Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan



*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

1 comment: