Saturday 27 September 2014

A.V.E : 6 Cara Cegah Asma

6 Cara Cegah Asma


asma


Apabila anda mempunyau asma, system imun anda bertindak balas kepada persekitaran di sekeliling anda. Selain memakan ubat-ubatan yang disarankan oleh doctor untuk meredakan serangan, anda boleh cuba mengawal asma dengan cara semula jadi.

1. Elakkan makanan diproses

Awas, makanan diproses dari susu boleh memburukkan asma kerana dapat menambah zat racun pada tubuh dan meningkatkan pengeluaran lendir yang mengganggu saluran pernafasan.

2. Sederhana Sejuk

Minum dalam keadaan sederhana sejuk, jauhi jus oren dan ais, kerana ais atau sejuk dingin akan menyebabkan penyempitan pada saluran penting kompenen pernafasan anda ini mengakibatkan serangan asma.


minuman sejuk punca asma


3. Terdedah kepada radikal bebas

Radikal bebas akan merosakkan saluran bronkus dan membuat gejala asma bertambah buruk. Oleh itu, makanlah makanan yang mengandungi antioksidan untuk menghalang radikal bebas seperti sayur dan buah.

4. Minum Teh Chamomile

Cahmomile mengandungi zat anti-histamin yang akan membantu pada saat terjadi alergi asma.

5. Gunakan tambahan magnesium

Mengambil 500mg magnesium boleh melebarkan saluran bronkus dan membantu pernafasan. Cuba bayam, gandum, tauge, dan okra untuk hasil terbaik.

6. Latihan Pernafasan dan Teknik Relaksasi

Bernafaslah perlahan melalui mulut atau hidung. Pastikan anda berada dalam keadaan tenang dan jangan panic bagi memastikan asma tidak bertambah teruk.

Tip Pemakanan Untuk Penghidap Asma

Banyak Makan Buah

Pilihlah buah yang membantu menyahtosikkkan bahan asing, diperkaya dengan vitamin E seperti avakado. Manakala epal dipercayai tinggi kandungan flavonoid. Untuk kos yang lebih rendah, pisang merupakan sumber terbaik ‘pyridoxine’ yang memainkan peranan membantu merehatkan tisu otot bronkus iaitu saluran udara di kerongkong.

Ambil Makanan Bernutrisi

Sayur-sayuran berupaya membantu meningkatkan daya tahan tubuh. Brokoli misalnya baik untuk diet pesakit asma. Pengambilan tiga kali sehari mampu mengawal radang salur pernafasan. Bayam pula mempunyai pelbagai nutrient yang paling penting dalam mencegah asma, termasuk beta-karoten, vitamin c, vitamin E dan magnesium serta mempunyai kandungan kalium yang tinggi.

Ubi Keledek Kurang Alergi?

Ubi keledek merupakan makanan yang paling kurang risiko alergi. Mengandungi Vitamin C dan laium serta protein dari akarnya yang unik. Mengikut kajian awal, ubi keledek mempunyai sifat antioksidan yang sangat penting.

Cuba Herba

Herba seperti halia dan kunyit juga boleh membantu mengurangkan gejala asma. Minyak halia yang digunakan untuk mengurut dan membantu melegakan kesakitan akibat arthritis berikutan bahan anti-radang yang terdapat dalam tanaman tersebut. Manakala kunyit mempunyai kajian terbaru menunjukkan kunyit mempunyai sifat kuat anti-radang. 


halia


[Sumber majalah isihat]

Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:

Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan

*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

No comments:

Post a Comment