Pening kepala? Cepat Penat? Mudah berpeluh-peluh? Letih, monyok sentiasa? Itu tanda-tanda zahir anda penghidap darah tinggi.
APA ITU DARAH TINGGI?
Tekanan darah tinggi atau hipertensi memberi gambaran di mana tekanan darah terhadap dinding arteri. Jantung menghasilkan tekanan bilamana ia mengepam darah keseluruh badan. Tekanan darah dapat diukur dengan menggunakan alat yang dipanggil sphygmanometer. Terdapat dua bacaan dalam pengukuran tekanan darah iaitu BP 140/90 mmHg. Nilai tinggi (140) dipanggil tekanan darah sistolik dan nilai rendah (90) pula ialah tekanan darah diastolik. Tekanan darah sistolik ialah tekanan darah dalam arteri (salur darah) bila jantung mengepam darah. Manakala tekanan darah diastolik pula ialah tekanan darah dalam arteri bila jantung berhenti mengepam di antara dua denyutan. Hipertensi atau darah tinggi merupakan di antara penyakit yang dialami di kalangan golongan dewasa di pertengahan umur dan warga tua di Malaysia. Ia lebih banyak dialami oleh lelaki berbanding wanita.
TANDA-TANDA
Penyakit tekanan darah tinggi biasanya tidak menunjukkan tanda-tanda awal, sebaliknya akan mendatangkan komplikasi.
KOMPLIKASI
- Angin ahmar (stroke)
- Serangan jantung.
- Kegagalan jantung di mana pengepaman jantung menjadi lemah.
- Kegagalan buah pinggang.
SEBAB
Sembilan puluh lima peratus kes terjadinya penyakit ini adalah tidak diketahui. Terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit ini:
- Usia. Kebanyakkan arteri akan menjadi kaku bila usia meningkat di mana ini akan meningkatkan halangan aliran darah dan mengakibatkan tekanan lebih tinggi.
- Keturunan.
- Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
- Jantina. Lelaki lebih ramai menghidapinya berbanding wanita.
- Merokok.
- Pengambilan berlebihan alkohol, garam.
- Kegemukan, kurang senaman.
- Stres yang berlebihan.
- Diabetes.
- Penyakit buah pinggang.
- Penyakit adrenal.
- Kesan pengambilan ubat-ubatan seperti ubat pencegah kehamilan.
LANGKAH YANG PERLU ANDA AMBIL
- Berhenti merokok.
- Kurangkan atau berhenti mengambil alkohol.
- Kurangkan pengambilan garam.
- Bersenamlah selalu.
- Kurangkan stres atau tekanan.
- Jika anda menerima rawatan bagi penyakit tekanan darah tinggi, sila ambil ubat-ubat tersebut mengikut peraturan dan jangan berhenti tanpa merujuk kepada doktor.
- Jika anda telah disahkan menghidap penyakit darah tinggi selalulah berjumpa doktor. Mengawal tekanan darah anda akan dapat mencegah terjadinya komplikasi.
PETUA MENCEGAH
- Jika terdapat ahli keluarga anda menghidap darah tinggi atau usia anda melebihi 30 tahun, periksa selalu tekanan darah anda.
- Jangan merokok
- Jauhi alkohol.
- Makan makanan rendah lemak dan rendah garam.
- Lakukan senaman selalu, terutamanya aerobik, seperti menunggang basikal dan berjoging.
- Elakkan tekanan atau belajar bagaimana mengendalikannya.
- Mengekalkan berat badan yang normal lagi sihat.
VITAMIN YANG DISYORKAN
- Beberapa kajian klinikal yang melibatkan jumlah beberapa individu di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa CoQ10 boleh mengurangkan tekanan darah.
- Walau bagaimanapun, ia mungkin mengambil masa 4 – 12 minggu untuk melihat apa-apa perubahan .
- Dalam satu analisis, selepas membuat 12 kajian klinikal, penyelidik membuat kesimpulan bahawa CoQ10 berpotensi untuk menurunkan tekanan darah sistolik sehingga 17 mm Hg dan tekanan darah diastolik sebanyak 10 mm Hg, tanpa kesan sampingan yang ketara.
- Omega 3 telah diuji dan dibuktikan untuk mengurangkan hipertensi (tekanan darah tinggi).
- Bertindak melancarkan saluran darah, membuang kolestrol . Kolestrol yang tidak terkawal menjadi bapa kepada penyakit darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.
- Menurut kajian terbaru dari American Heart Association Journal telah menguji 5000 orang. Mereka mengenalpasti sejarah kesihatan dan mengukur tekanan darah pada awal kajian. Ia menunjukkan kebaikan Omega 3 merendahkan tekanan darah berbanding orang yang tidak mengambilnya.
- membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan paras kolestrol
- menggalakkan kesihatan kardiovaskular
- menurunkan kolestrol LDL, trigliserida dan kelikatan dara
[credit to vitaminsuci]
Sila baca DISCLAIMER
Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan
*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*
No comments:
Post a Comment