Sunday, 21 September 2014

A.V.E : Ibu Hamil Wajib Tahu Makanan Yang Perlu Dielakkan

Ibu hamil perlu menjaga kesihatan supaya tidak mudah demam,selesema, batuk dan sakit perut. Untuk menjaga kesihatan ini saya amat berhati-hati ketika memilih menu makan. Ada beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan ibu hamil. Tidak boleh main hentam sahaja. Yang penting kesihatan ibu hamil dan anak dalam kandungan berada dalam keadaan sihat dan stabil.

Jom kita baca apakah jenis makanan yang perlu dielakkan ibu hamil ini. Terdapat beberapa jenis makanan yang perlu ibu mengandung elakkan semasa hamil kerana ia boleh membahayakan bayi dalam kandungan.

  • Kerang yang terdapat dalam laksa dan kway teow goreng sepatutnya direbus terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam makanan. Kita perlu memberitahu penjual untuk tidak memasukkannya dalam makanan itu kerana tidak pasti sama ada ia dimasak dengan betul atau tidak. 
  • Bahan-bahan dalam hidangan steambot yang tidak masak sepenuhnya. Pastikan supnya dipanaskan hingga mendidih setiap kali bahan baru ditambah terutamanya kerang-kerangan, daging dan telur.
  • Keju dengan kulit ari yang putih dan berkulat seperti Brie dan Camembert, dan keju berjaring biru seperti Stilton. Semua keju ini mungkin mengandungi listeria iaitu bakteria yang boleh membahayakan bayi dalam kandungan.
  • Pate, daging mentah atau kurang masak dan telur. Semua ini adalah sumber bakteria yang boleh membahayakan bayi kita. Apabila memasak daging atau telur, pastikan ia masak sepenuhnya. 
  • Makanan laut mentah seperti tiram atau sushi.
  • Ikan jerung, todak atau marlin. Ikan-ikan tersebut mengandungi raksa (merkuri) yang hadir secara semula jadi dalam jumlah yang tidak selamat. Tuna juga mengandungi raksa, oleh itu hadkan pengambilannya kepada tidak kurang daripada empat tin bersaiz sederhana atau dua stik segar seminggu.
  • Hati dan produk hati (pate, sosej hati) perlu dielakkan kerana kesemuanya mungkin mengandungi sejumlah besar vitamin A jenis retinol. Terlalu banyak bahan ini boleh membahayakan bayi dalam kandungan.
  • Hadkan juga pengambilan kafein kepada 200mg sehari. Itu bermakna dua cawan besar (mug) kopi segera atau empat cawan teh atau lima tin minuman kola sehari. Sebagai ganti, kita boleh ambil ESP Shaklee untuk memberi tenaga dan stamina kepada ibu hamil.
  • Pastikan membasuh sayur yang hendak dimakan dengan sempurna bagi mengelakkan risiko toxoplasmosis. Toxoplasmosis mungkin mencemarkan tanah dimana sayur ditanam.
ibu hamil

Lagi satu saya nak ingatkan ibu hamil, jangan abaikan keperluan kalsium ketika hamil. Kalsium penting. Kenapa ia penting? Jemput baca di sini kepentingan kalsium untuk ibu hamil

Okay, terima kasih kerana sudi membaca entri ini. Selamat beramal dan enjoy pregnancy!


[credit to superbvitamin]


Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:

Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan

*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

No comments:

Post a Comment