Monday 29 September 2014

A.V.E : Jangan Abai Batuk Berpanjangan

Batuk merupakan satu tindakan reflex yang membantu melegakan saluran pernafasan antara larinks dan paru-paru daripada sebarang iritasi, partikel luar, lender dan juga kuman. Ia merupakan satu symptom yang paling kerap berlaku dalam masyarakat. Dianggarkan, jika di hospital mahupun klinik, seorang doctor itu pasti berjumpa dengan sekurang-kurangnya seorang pesakit dengan masalah batuk dalam sehari.


serangan batuk


Batuk biasa berlanjutan sehingga 2-3 minggu lazimnya berkait dengan masalah selesema. Selepas pesakit berjumpa dengan doctor dan mendapatkan rawatan, 90% daripada mereka akan sembuh dan keadaan kembali sedia kala. 10% yang lain mungkin tidak sembuh dan memerlukan perhatian yang lebih.

Menurut pakar, terdapat tiga klasifikasi batuk atau akut yang berlaku kurang daripada 3 minggu, sub akut 3-8 minggu dan kronik yang boleh berlarutan sehingga 8 minggu. Statistik turut menunjukkan, kadar batuk kronik berlaku kepada 10-20% golongan dewasa.

“Antara sebab berlakunya sindrom batuk ini adalah merokok, masalah asma, pencemaran alam sekitar dan pengambilan ubat jenis ACE inhibitor (ACEI). Persekitaran kerja yang terdedah dengan habuk, asap dan terlalu sejuk juga perlu dipastikan kerana ia turut menyumbang kepada masalah ini.

“Gejala yang biasa berlaku kepada pesakit dengan masalah batuk ini alah asma dan lelah. Biasanya mereka akan mengalami batuk yang teruk pada waktu malam, nafas berbunyi, alergi dan aliran pernafasan yang terlalu rendah. Pesakit yang datang dengan masalah ini akan diberikan rawatan asma yang terdiri daripada pil steroid atau inhaler steroid.

“Seterusnya masalah pedih hulu hati. Biasanya batuk terjadi semasa pesakit sedang makan atau bercakap. Suara mereka juga menjadi serak disebabkan kehadiran asid. Pesakit juga sering merasa masam atau masin dalam mulut. Untuk gejala ini, biasanya akan diberikan rawatan asid bagi mengurangkan symptom.

“Gejala yang seterusnya ialah post nasal drip sindrom. Masalah ini biasanya hadir dengan cecair meleleh di bahagian belakang tekak. Apabila ini berlaku, pesakit biasanya akan mengalami masalah hidung tersumbat dan kerap mahu menghembus hidung dan mengeluarkan kahak dari tekak. Bagi gejala ini, pesakit akan diberikan rawatan secara inhaler di bahagian hidung.

“Selain itu, terdapat beberapa gejala kritikal yang perlu diketahui membawa masalah yang kronik. Pesakit dengan batuk berkahak, banyak dan berwarna mungkin merupakan petunjuk kepada masalah tuberculosis dan juga radang paru-paru atau brokus.


jangkitan paru-paru


“Batuk yang disertai dengan demam berpanjangan, berpeluh, kurang selera makan, berat badan susut dan batuk berdarah pula memberi petanda pesakit mungkin mengalami tuberculosis atau kanser.

“Jika batuk tersebut berkait dengan pernafasan, pesakit mungkin berisiko menghadapi masalah jantung, paru-paru mengeras atau COPD. Apabila pesakit datang dengan gejala ini, kami akan melakukan pemeriksaan x-ray dan juga spirogram untuk mengukur fungsi dan kapasiti paru-paru.


[Sumber majalah isihat]

Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:

Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan

*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

No comments:

Post a Comment