Thursday 18 September 2014

A.V.E : Ibu Menyusu Perlukan Makanan Tambahan


Tubuh ibu menyusu dan bayi yang disusui memerlukan penjagaan terbaik semasa proses penyusuan. Sepatutnya seorang ibu menyusu memerlukan makanan tambahan yang sama seperti yang diambil semasa kehamilan. Malah, ibu menyusu memerlukan extra biotin (salah satu komponen dalam B Complex) kerana ia disalurkan melalui susu ibu. Biotin penting untuk  untuk kesihatan kulit dan rambut. ibu menyusu juga memerlukan extra vitamin B6 (untuk pembebasan tenaga dari makanan, pembentukan sel darah merah dan kesihatan saraf), vitamin B 12 (mencegah anemia dan kesihatan sistem saraf), vitamin C (kesihatan sel dan penyerapan zat besi) serta vitamin D (untuk penyerapan kalsium).


vitamin ibu menyusu


Ibu yang menyusukan bayi pramatang lebih-lebih lagi memerlukan makanan tambahan terutama DHA. Menurut kajian oleh American Medical Association, DHA di dalam otak bayi pramatang tidak terbentuk dengan mencukupi, jadi ia boleh membawa kepada masalah perkembangan mental terhadap bayi pramatang. Penambahan DHA terhadap diet ibu yang menyusukan pramatang mendapati memberi impak besar dalam perkembangan mental bayi-bayi ini.
Ramai ibu yang tidak memahami kepentingan makanan tambahan, sebaliknya menjurus kepada makanan penambah susu. Bukan tidak boleh, tapi makanan tambahan atau supplement yang tepat memberi keseluruhan zat yang diperlukan oleh ibu untuk kesihatan mental dan fizikal. Milk booster dari jenis herba, adakalanya tidak sesuai diambil semasa mengandung, dan tidak boleh diambil dalam dos yang tinggi. Misalnya di dalam halba terkandung asid nikotinik dan coumarin yang boleh memberi kesan kepada kadar degupan jantung, tekanan darah dan gula dalam darah.
Ibu yang bijak pastinya memilih yang terbaik untuk dirinya dan bayinya.


[credit to vitaminsemulajadi]


Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:

Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan

*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

No comments:

Post a Comment