Thursday 11 September 2014

A.V.E : Atasi Susu Tersumbat dan Bengkak Susu

APA PUNCA SUSU TERSUMBAT DAN MENYEBABKAN BENGKAK?
Susu tersumbat berlaku apabila salah satu salur susu dalam payudara tersumbat. Boleh rujuk gambar di bawah untuk memahami dengan lebih jelas (Gambar dipetik dari MayoClinic).
bengkak susu


Salur susu tersumbat boleh berlaku disebabkan oleh:
  • Salur susu terhimpit dengan tangan kita semasa tidur ataupun disebabkan pemakaianunderwire bra
  • Susu yang mengering terlalu tebal kat bahagian puting, jadi susu baru tak boleh nak keluar
  • Tidak pam setiap 2 jam, dan hanya pam apabila payudara penuh
  • Jangkitan yis
  • Stress
  • Tak cukup tidur
  • Salah cara lekapan bayi
Susu tersumbat adalah normal dan boleh dirawat dengan mudah. Cuma kalau dibiarkan terlalu lama, ianya boleh membuat kita demam dan kadangkala menyebabkan jangkitan kuman dan mastitis.

BAGAIMANA MELEGAKAN SUSU TERSUMBAT?
Cara-cara berikut boleh digunakan untuk melegakan bengkak susu:
1. Susukan anak sekerap yang boleh
Anak merupakan pam semulajadi yang terbaik di dunia. Biarkan anak mengosongkan payudara kita sekerap yang boleh. Sekiranya tidak dapat menyusukan anak dengan kerap, pastikan anda pam setiap 2-3 jam.
2. Cuba variasikan posisi penyusuan.
Antara posisi yang boleh membantu ialah dengan menyusukan anak dengan posisi anak di atas katil dan payudara tergantung ke bawah. Ini supaya tarikan graviti boleh menarik susu yang tersumbat supaya keluar.
Boleh juga cuba meletakkan pipi anak menekan kawasan yang bengkak sewaktu menyusu.
3. Tuam
Anda boleh menuam payudara dengan air suam supaya haba tersebut boleh mencairkan susu yang beku di dalam salur susu.
4. Berehat
Dapatkan  rehat secukupnya. Anda juga boleh berehat sambil menyusukan anda dalam posisi baring dan mengiring.
5. Susukan anak yang lebih besar
Kadang-kadang, hisapan bayi anda tak cukup kuat. Susukan anak yang berusia setahun atau dua tahun ke atas untuk membantu keluarkan susu tersebut.
6. Gunakan teknik “Pressure Massage
Gunakan tapak tangan untuk ‘menolak’ susu yang tersumbat ke arah puting. Cara ini mungkin agak sakit, tapi sangat membantu.
Petikan daripada website Ask Dr Sears:
“To do pressure massage, start at the edge of the lumpy area closest to your chest wall. Apply pressure to that area with the heel of your hand to the point just before it becomes too painful. Hold the pressure at that level until the pain eases off. Then increase the pressure again, (without moving your hand) and hold it until the pain eases. Continue to gradually increase pressure at that same site until you are pressing as hard as you can. Then pick your hand up, move it down toward your nipple about a half inch, and repeat the pressure massage in this area. Continue moving your hand a half inch and repeating the massage until you get all the way down to the nipple.
You may see the dried milk come out from an opening in your nipple. Even if the plug doesn’t actually come out, you will at least have dislodged it and moved it toward the nipple so that when baby goes to the breast and sucks, he will remove it with his suction. Always put baby to the breast on the plugged side first, when his sucking will be the strongest.”
7. Amalkan Lecithin dalam diet harian
Pakar penyusuan menyarankan pengambilan sebanyak 3,600-4,800mg Lecithin sehari untuk membantu melegakan susu tersumbat.
Cara pengambilan Lecithin yang detail boleh dibaca dalam artikel Lecithin Treatment for Recurrent Plugged Duct 

Anda berminat untuk mendapatkan Lecithin Shaklee untuk melegakan masalah susu tersumbat anda?

lecithin

BAGAIMANA LECITHIN BOLEH MEMBANTU BENGKAK SUSU?

Sebab mengapa Lecithin boleh membantu menyelesaikan dan mencegah bengkak susu tidak jelas. Dr Jack Newman, "Ia boleh berbuat demikian dengan mengurangkan kelikatan
( kelekitan ) susu dengan meningkatkan peratusan asid lemak politaktepu dalam susu. " Lecithin adalah emulsifier ( digunakan untuk menyimpan lemak / minyak dan tersebar dalam penggantungan ) : molekul phospholipid (seperti lesitin ) mengandungi unsur-unsur hidrofobik dan hidrofilik ; bahagian hidrofobik mempunyai pertalian untuk lemak dan minyak, dan bahagian hidrofilik mempunyai pertalian untuk air.

[credit to vitaminsuci]


Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:

Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan
*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

No comments:

Post a Comment