Thursday 25 September 2014

A.V.E : Perancangan Menu Bagi Pesakit Jantung

Saranan pengambilan kalori bagi pesakit jantung perlu menitikberatkan status berat badan, tahap aktiviti fizikal dan juga sejarah pemakanan individu tersebut. Anda dinasihatkan supaya menurunkan berat badan sebanyak 5 gungga 10 peratus daripada berat asal sekiranya mempunyai BMI melebih 25kgm2 iaitu menurunkan 0.5 hingga 1 kg berat setiap minggu.


Saranan jangka panjang ialah mencapai serta mengekalkan BMI yang normal iaitu 18.5 hingga 25kgm2. Bagi mencapai matlamat pengawalan kalori, anda perlu mengurangkan pengambilan makanan bergoreng, bersantan dan juga makanan serta minuman yang manis. Ini kerana walaupun anda tiada penyakit diabetes, gula yang berlebihan dan tidak digunakan semasa bersenam akan meningkatkan berat badan.


Pengambilan lemak perlu dihadkan kepada 25 hingga 30 peratus daripada jumlah kalori dalam sehari dan perlulah memilih jenis lemak yang lebih baik untuk kesihatan seperti lemak poli tak tepu dan lemak mono tak tepu. Sebagai contoh, 25 hingga 30 peratus lemak daripada jumlah tenaga 1,500 kalori sehari ialah 6 hingga 7 sudu kecil minyak sahaja dalam sehari yang dibenarkan.


Anda tidak digalakkan mengambil terlalu sedikit lemak sehingga kurang 25% kerana dikhuatiri ia akan mengakibatkan pengambilan karbohidrat yang lebih banyak dan boleh menyebabkan masalah kesihatan jantung juga akibat peningkatan paras triglyceride (TG) yang tinggi dalam darah.


Lemak tepu dan lemak trans perlu dielakkan kerana kedua-dua jenis lemak ini boleh meningkatkan paras kolesterol di dalam darah. Manakala sekiranya anda menggantikannya dengan lemak poli tak tepu dan mono tak tepu pada kadar yang disarankan, anda boleh menurunkan paras kolesterol darah seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.


menu sakit jantung


Dua Sudu Santan


Sekiranya anda makan di kedai, elakkan mengambil makanan yang berasaskan santan tetapi sekiranya masakan sendiri yang bersantan, hadkan pengambilannya iaitu hanya dua sudu makan kuah masakan bersantan, dua kali dalam seminggu. Pilihlah santan rendah lemak kerana ia hanya mempunyai 39% daripada kalori dan lemak di dalam santan biasa.


Minyak masak yang mengandungi lemak poli tak tepu dan juga mono tak tepu tidak boleh digunakan untuk menggoreng menggunakan darjah kepanasan yang tinggi kerana ia tidak stabil dan mempunyai smoking point yang rendah.


Menurut kajian mendapati bahawa pengambilan ikan boleh mengurangkan risiko kematian akibat penyakit jantung manakala kajian lain mendapati dengan memakan dua hidangan ikan yang mengandungi asid lemak omega-3 setiap minggu, anda boleh mengurangkan 50% risiko mendapat penyakit jantung.


Asid lemak omega-3 juga boleh menurunkan paras kolesterol LDL (lemak jahat) sekiranya ia menggantikan lemak tepu di dalam pemilihan makanan seharian. Sumber utama omega 3 ialah daripada ikan laut dalam.


Anda juga boleh mengurangkan pengambilan lemak tepu dengan memilih bahagian daging yang tiada lemak seperti bahagian batang pinang atau membuang lemak yang kelihatan. Elakkan juga makan kepak dan kaki ayam kerana diselaputi oleh kulit ayam.


2,000 kajian menyarankan supaya menggantikan protein haiwan seperti ayam, kambing, dan lembu kepda protein soya seperti tauhu yang dimasak secara sihat, beberapa kali dalam seminggu kerana ia boleh menurunkan paras kolesterol LDL. Selain itu, kekacang seperti dal juga boleh diambil sesekala bagi menggantikan protein daripada sumber haiwan.


jenis lemak


Hadkan Kolesterol


Selain lemak, anda juga perlu menghadkan pengambilan dietary kolesterol juga kerana kolesterol LDL akan meningkat sekiranya anda banyak makan makanan yang berkolesterol. Saranan pengambilan kolesterol bagi pesakit jantung ialah kurang daripada 200mg sehari manakala bagi individu tiada penyakit jantung ialah 300mg sehari.


Sumber makanan yang kaya kolesterol ialah kuning telur, organ dalaman haiwan seperti hati, otak, limpa, paru-paru, ginjal, teluh puyuh, susu penuh krim, coklat dan ais krim.


Anda boleh mengambil udang, sotong ketam, kerang dan ikan bilis tetapi mesti mengelakan bahagian otak dan paru-paru serta menghadkan kuantiti dan kekerapannya dalam sebulan.


Kuning telur hanya dibenarkan tidak melebihi dua biji seminggu kerana sebiji kuning telur mengandungi kira-kira 215mg kolesterol. Sekiranya anda memilih telur rendah kolesterol, hadkan pengambilan kuning telur kepada maksimum tiga biji sahaja untuk seminggu.


Tekanan darah tinggi berkait rapat dengan penyakit jantung. Oleh itu, pengambilan garam perlu dihadkan kepada satu sudu kecil shaja untuk sehari. Selain itu, anda perlu mengelakkan makanan yang mempunyai garam tersembunyi seperti kicap, sos tiram, sos cili, sos tomato, belacan, MSG, budu, makan terproses seperti nugget, sosej, kentang dan makanan dalam tin seperti tuna dan sardine. Ini kerana garam yang digunakan sebagai pengawet itu tidak masin tetapi boleh meninggikan tekanan darah pesakit jantung.


Makanlah lebih serat dietary kerana serat boleh menurunkan paras kolesterol LDL. Saranan pengambilan serat ialah mengambil 3 hidangan sayur-sayuran, 2 hidangan buah-buahan dan 1 hidangan bijirin dan bijian mil penuh setiap hari seperti oat, bran, jagung, barli dan produk mil penuh.


[Sumber majalah isihat]


Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:

Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan

*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*


No comments:

Post a Comment