Monday, 1 September 2014

A.V.E : Benarkah Ibu Menyusu Perlu Ambil Supplement?


Baru-baru ini timbul perdebatan hangat yang mempersoalkan benarkah ibu menyusu perlu ambil supplement sebagai ‘milk booster’ untuk menambah pengeluaran susu. Ada yang mendakwa supplement ini tidak membantu dalam penyusuan. Malah, ambil dan tidak ambil pun tiada sebarang kesan terhadap terhadap pengeluaran susu ibu yang menyusu anak. Akhir sekali, menurut mereka, walaupun ibu kekurangan nutrisi tapi ianya tak menjejaskan kemampuan si ibu untuk menghasilkan susu yang cukup berzat untuk si manja tersayang.

ibu menyusu

Pertamanya, kehebatan susu ibu memang tidak dapat dinafikan. Susu ibu adalah yang terbaik untuk anak-anak. Menurut kajian oleh Unicef, penyusuan susu ibu bukan sahaja bertindak sebagai pemakanan bagi bayi, malah lebih dari itu. Susu ibu mengandungi beratus-ratus molekul, enzim, protein dan hormon-hormon yang meningkatkan kesihatan di mana ia menyumbang kepada perkembangan dan pembesaran bayi untuk meneruskan kehidupan mereka.

Justeru, mengapa ibu menyusu perlu supplement untuk menyusu anak?
Penting untuk ibu menyusu memahami bahawasanya adalah tidak tepat atau salah sekiranya mereka mengamalkan prinsip seperti berikut:

“Aku sebagai ibu harus melakukan apa sahaja untuk menghasilkan susu badan, walaupun terpaksa mengambil bahan yang mengandungi “dadah” atau memberi kesan sampingan.”
Ini bukanlah seperti apa yang disarankan oleh pakar-pakar penyusuan sedunia. Adalah penting untuk mengetahui apa yang diambil kerana jika tersalah ianya bukan sahaja akan memberi impak fizikal kepada ibu seperti sakit kepala, migrain dan sebagainya bahkan ibu juga akan mengalami gangguan dari segi emosi.

Konsep tidak ambil peduli terhadap kesihatan diri sendiri asalkan anak mendapat susu yang terbaik adalah konsep yang SALAH. Ramai yang masih tidak menyedari hakikat ini dan terlalu banyak salah tanggapan bahawa yang penting atau pun fokus adalah kepada menyusukan anak dan anak perlu mendapat susu ibu yang mencukupi dan berkhasiat dalam masa yang sama mengabaikan kesihatan dan kebajikan diri si ibu.

Seorang ibu sebenarnya bukan sahaja semata-mata menyusukan anak dan sumber pemakanan utama semasa masih bayi. Tetapi, si ibu jugalah tempat si anak bergantung harap dan bermanja dengan kasih-sayang. Malahan, skop peranan seorang ibu adalah cukup luas dan tidak dapat dibincangkan hanya dalam satu artikel pendek ini. Peranan ibu sebagai seorang suri rumah tangga, isteri, anak, pekerja dan sebagainya menunjukkan betapa pentingnya si ibu mengutamakan kesihatan dan penjagaan diri dalam masa yang sama memberikan yang terbaik untuk keluarga. Oleh itu, tidak benarlah sekiranya si ibu hanya fokus kepada penyusuan susu ibu tetapi mengabaikan tugas yang lain.

Para ibu perlu sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan kekal cergas. Sihat dari ertikata sihat fizikal dan mental. Malah, ibu moden juga perlu sentiasa anggun, cantik dan kekal cergas untuk melaksanakan tanggungjawab dengan cemerlang. Justeru, di sinilah perlu difahami secara tuntas, mengapa ibu memerlukan sokongan dalaman dan luaran. Dalam konteks seperti seorang suami yang memahami, persekitaran yang positif, suasana rumah dan tempat kerja yang kondusif dan sudah tentu yang paling penting adalah pemakanan yang sihat disertakan dengan amalan kerohanian yang mantap.

vitamin ibu menyusu

Rentetan daripada perkara inilah yang menyebabkan timbulnya idea mengapa para ibu memerlukan set breastfeeding Shaklee. Fungsinya bukan sahaja bertindak sebagai ‘milk booster’ atau penggalak susu iaitu alfalfa malah ianya lebih bersifat serampang dua mata, melibatkan semua khasiat yang diperlukan oleh ibu menyusu seperti vitalea, B Complex dan Vitamin C. Ini semua adalah zat-zat yang diperlukan oleh tubuh bukan sahaja untuk menyusu anak tetapi untuk diri lebih sihat, cergas, cantik dan kekal bertenaga sepanjang hari.

Buat ibu-ibu yang mempunyai bajet yang lebih, boleh disertakan dengan pengambilan kalsium lengkap dengan vitamin D dan magnesium iaitu dengan set E. Seterusnya, Energizing Soy Protein atau ESP juga berperanan dan perlu dalam penyusuan susu ibu. Protein ialah elemen penting dalam susu ibu dan dipengaruhi oleh pengambilan protein oleh ibu.

Seperti yang telah dijelaskan, sekali lagi diingatkan bahawa ibu yang mengambil “milk booster” semata-mata perlu memastikan diet harian cukup untuk membekalkan nutrien diperlukan badan. Pengambilan Shaklee Breastfeeding Set, sekurang-kurangnya dapat membantu menjadikan si ibu kekal bertenaga sepanjang hari. Di samping itu, ia juga membantu ibu untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat seperti memiliki kulit cantik berseri dan gigi yang kuat. Akhirnya, dengan nutrien lengkap dan persekitaran positif, emosi para ibu akan sentiasa positif dan tidak terganggu.

Namun begitu, terpulang kepada diri masing-masing. Tepuklah dada dan tanya diri sendiri.
 Ibu tetap insan yang paling penting dalam kehidupan anak-anak. Ibu yang sihat dan bertenaga akan memberikan yang terbaik buat anak-anak tersayang. Biarlah kita mengisi setiap rencah kehidupan mereka dengan sihat, cergas dan gembira!


[credit to celikvitamin.com]


Anda juga boleh membuat pembelian secara ONLINE!! Dengan beberapa langkah yang mudah, barang anda terus boleh sampai depan rumah. 

Jangan lupa selepas membuat pembelian secara ONLINE, anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara ekslusif dari saya.


Happy Shopping!!

 Order Now


Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:

Nurul Fazreen bt Othman 
PM : www.facebook.com/awesomevitaminsever
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan
*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*














1 comment:

  1. Sya juga mendengar banyak pendapat dari ramai orang bahawa ESP Shaklee merupakan supplemen Shaklee yang sangat bagus untuk ibu yang sedang menyusukan anak. Saya mengamalkan 1 sudu Mealshakes dan 2 sudu ESP pada waktu pagi manakala pada waktu malam pula saya cuma mengambil 1 sudu ESP sahaja.

    ReplyDelete