Friday 26 September 2014

A.V.E : Apakah Yang Dimaksudkan Satu Hidangan?




Di dalam pyramid makanan Malaysia, siaz hidangan digunakan untuk menggambarkan saranan kuantiti makanan yang boleh di ambil di dalam sehari. Kebiasaannya saiz hidangan akan menggunakan ukuran rumah tangga seperti cawan, pinggan, mangkuk, sudu makan dan sudu teh. Saiz satu hidangan di dalam pyramid makanan adalah tidak semestinya sama dengan saiz satu hidangan yang yang tertera di label makanan.

Berikut adalah merujuk kepada satu hidangan berdasarkan setiap kumpulan yang berbeza;

hidangan karbohidrat

satu hidangan

Saranan yang kedua di dalam panduan Dietari Malaysia 2010 ialah memilih makanan seharian berdasarkan kepada jumlah saiz hidangan yang ditetapkan berdasarkan jantina, tahap aktiviti fizikal dan juga status berat badan semasa bagi mencapai matlamat mengekalkan berat badan yang ideal. Berikut adalah saranan am pengambilan tenaga bagi kumpulan umur tertentu;


makanan mengikut kumpulan umur

Agihan kuantiti saiz hidangan berdasarkan jenis kumpulan makanan mengikut keperluan tenaga dalam sehari adalah seperti berikut;

tenaga dalam sehari


Makan ikut saiz hidangan

Amalan pemakanan berdasarkan saiz hidangan sangat penting sekiranya anda ingin menurunkan berat badan, mengamalkan gaya hidup sihat dan mencegah penyakit kronik. Ia terbukti apabila Kementerian Kesihatan menganggarkan sebanyak 2.6 juta rakyat di Negara ini tidak menyedari mereka menghidap penyakit diabetes.

Ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana kajian menunjukkan purata rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas mengambil 2,500 kilokalori (kcal) sehari. Angka tersebut melebihi daripada jumlah disarankan iaitu 2,000 kcal sehari untuk lelaki dewasa dan 1,500 kcal untuk wanita dewasa.

Secara umumnya pengambilan lebihan 500 kcal sehari boleh meningkatkan berat badan sebanyak setengah hingga sekilogram dalam seminggu atau dua hingga empat kilogram dalam sebulan. Apatah lagi jika ia disusuli dengan aktiviti kecergasan.

Namun apa yang menjadi masalah ialah kesedaran dan pengetahuan tentang jumlah kalori yang perlu diambil dalam kalangan masyarakat masih rendah. Bagi membakar kalori 500 kcal, seorang lelaki dewasa perlu berbasikal selama 50 minit atau 68 minit bagi wanita dewasa. Lantaran itu adalah mudah untuk mengurangkan pengambilan makanan daripada membakar kalori makanan yang diambil.


[Sumber majalah isihat]

Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:

Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan

*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

No comments:

Post a Comment