Thursday 6 November 2014

A.V.E : Elak Sembelit Pada Kanak-Kanak

Masalah kesukaran membuang air besar atau sembelit dan najis yang keras bukanlah perkara asing di kalangan si kecil. Entah disebabkan pengambilan susu yang kurang sesuai, kurang minum air, kurang mengambil serat atau usus malas, isu ini tidak boleh dibiarkan begitu saja.


atasi sembelit kanak-kanak
Atasi Sembelit Kanak-kanak

Bayangkan kadang-kadang najis yang dikeluarkan berdarah, ertinya lubang najis atau anus telah ‘pecah’. Semakin anak itu enggan meneran, semakin dia menyimpan najis, makan bertambah keraslah najis itu. Ini semua akan menjadi satu pusingan yang kejam.

Pakar pemakanan menyatakan tentang jenis makanan pejal serta minuman yang diambil seorang kanak-kanak mempengaruhi saiz, warna, tekstur dan kekerapan pengeluaran najis. Kanak-kanak patut digalakkan makan makanan yang tinggi dengan serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran untuk membantu system pergerakan usus yang baik.

Bagi kanak-kanak, mendapatkan nutrient yang betul merupakan sebahagian daripada rutin harian yang penting, terutamanya peringkat awal kanak-kanak. Inilah sebabnya saya menggalakkan para ibu menyediakan makanan yang sihat dan seimbang untuk membantu pergerakan usus yang baik serta penghadaman yang sihat.


atasi sembelit
Sakit Perut

Peranan cecair dan senaman dalam mengekalkan system penghadaman yang sihat turut ditekankan. Bagi kanak-kanak berumur dua hingga tiga tahun, mereka wajar kekal terhidrat dengan satu hingga dua gelas air setiap hari. Manakala kanak-kanak berumur empat tahun ke atas perlu mendapatkan enam hngga lapan gelas setiap hari.

Dalam bab senaman pula, kanak-kanak akan mendapat manfaat sekiranya menjalankan sekurang-kurangnya satu jam aktiviti yang berintensiti sederhana, seperti berbasikal atau berjalan kaki setiap hari.

Sistem penghadaman memainkan peranan penting dalam pelbagai aspek kesihatan kanak-kanak, seperti memastikan penyerapan nutrient optimum serta menyokong system imun yang sihat. Sistem imun yang lemah boleh mengakibatkan kanak-kanak lebih mudah mengalami cirit-birit dan jangkitan kuman, yang boleh membawa kepada kehilangan selera makan, kekurangan penyerapan nutrient dan akhir sekali, kekurangan zat.

Apabila seseorang kanak-kanak tidak mendapat zat yang mencukupi pada zaman awalnya, perkembangan otak, perangi serta prestasinya di sekolah mungkin terjejas. Inilah sebabnya system penghadaman yang sangat sihat penting bagi memastikan nutrient daripada makanan dapat diserap secara berkesan.

Untuk meningkatkan kesihatan system penghadaman kanak-kanak, para ibu boleh memilih untuk memberikan susu untuk membesar yang mengandungi prebiotik – sejenis serat yang tidak boleh dihadamkan yang menggalakkan pertumbuhan bacteria baik bagi pergerakan dalam usus yang baik serta kesihatan system penghadaman yang bagus. Malaysian Dietary Guidelines for Children and Adolescents (2013), menyarankan pengambilan dua hingga tiga sajian susu setiap hari.

[sumber majalah isihat]

Antara vitamin yang disyorkan untuk kesihatan Kanak-kanak 


set kanak-kanak
Set Kiddy (comeal)


Mealshakes

· Kanak-kanak tiada atau kurang selera makan atau memilih makanan

· Kanak-kanak gemar makanan segera atau makanan ringan

· Kanak-kanak selalu demam atau kurang sihat terutama yang dijaga di taska atau nursery

· Kanak-kanak yang aktif bersukan atau bermain seharian

· Kanak-kanak yang mudah alami sembelit

Maklumat lanjut tentang Kebaikan Mealshakes. Silla KLIK

Omega Guard

· Amat penting bagi perkembangan dan fungsi otak

· Meningkatkan system imunisasi

· Menapis segala virus dan bacteria daripada badan

· Kanak-kanak yang mengambil Omega-3 sejak kecil dapat mengurangkan jangkitan pernafasan, demam dan selsema

Maklumat lanjut tentang Kebaikan Omega Guard. Silla KLIK

Chewable Vitamin C

· Meningkatkan penyerapan zat besi dari sumber bukan daging

· Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi serta struktur am tubuh badan

· Sesuai untuk kanak-kanak atau dewasa yang sukar menelan tablet

· Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan

· Rasa Sitrus yang hebat



chewable vita c plus
Chewable Vita C Plus
Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, 7Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan

*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

2 comments: