Monday, 19 May 2014

A.V.E : Makan Banyak Berat Tak Naik, Petanda Penyakit Graves

Bismillah...

Siapa yang tidak suka bila makan dengan banyak, berat badan langsung tidak naik atau terjejas? Golongan ini biasanya dikaitkan dengan kadar metabolisme mereka yang tinggi di mana tubuh dapat memproses makanan dengan cekap dan menyebabkan mereka sukar untuk gemuk.  Tetapi, kini mungkin anda perlu fikir sekali lagi kerana itu mungkin petanda penyakit Graves!

Jangan cepat melatah.  Lihat juga simptom-simptom yang lain.  Jika terdapat juga bengkak atat benjolan di leher di samping kelopak mata tertarik ke dalam dan mata putih di bahagian atas pula boleh dilihat dengan jelas, jangan buang masa lagi.  Segera dapatkan pemeriksaan daripada doktor anda.

Menurut Dr. Vijay Ananda Paramasvaran, Konsultan Pakar Perubatan dan Endokrinologi dari Hospital Pantai Kuala Lumpur (PHKL), penyakit graves merupakan antara salah satu masalah gangguan hormon berlebihan berpunca daripada tiroid.

Penyakit ini boleh menyebabkan bengkak yang disebabkan oleh gangguan autoimun yang membawa kepada pengeluaran berlebihan daripada kelenjar tiroid di mana ia menghasilkan tiroksina yang terlalu banyak.  Tiroksin (T4) adalah hormon yang dihasilkan oleh kelenjar tiroid yang membantu mengawal pertumbuhan dan metabolisme kawalan dalam badan.

"Penyakit Graves adalah satu bentuk hipertiroidisme.  Apabila paras tiroksin meningkat, kadar metabolik pesakit juga akan meningkat.  Keadaan ini akan memberi kesan pada penampilan fizikal mereka dan juga perubahan pada emosi.  Sebab itu, walaupun pesakit makan dengan banyak, berat badan mereka tidak meningkat.

"Ia boleh menyerang pada mana-mana peringkat umur kedua-dua lelaki mahupun wanita.  Namun begitu, penyakit ini kerap dialami oleh wanita yang berumur 20 tahun dan ke atas.  Ketika ini, masih tiada ubat-ubatan atau rawatan bagi menghentikan sistem imun pesakit daripada menyerang kelenjar tiroid mereka.  Tetapi, wujud rawatan bagi mengurangkan gejala dan mengurangkan pengeluaran tiroksin.

Penyakit Graves

Diagnosis Penyakit
"Apabila pesakit datang kepada kami, doktor atau pakar akan melakukan pemeriksaan fizikal dahulu.  Kami akan melakukan pemeriksaan pada mata dan juga tiroid mereka.  Selain itu, kadar degupan jantung dan juga tekanan darah juga akan diperhatikan.  Sejarah perubatan dan keluarga pesakit juga diambil kira untuk pemeriksaan tersebut.

"Antara gejala yang akan dihadapi pesakit ialah berat badan berkurangan, selera makan bertambah kerana fungsi metabolisme yang tinggi, sering merasa letih, jantung berdebar-debar, mudah rasa penat, berpeluh dan rasa panas sepanjang hari.

"Seterusnya, ujian darah akan dilakukan bagi mengetahui tahap hormon perangsang tiroid (TSH) dan tahap tiroksin.  TSH adalah hormon yang merangsang kelenjar tiroid di mana ia dihasilkan  dan dikeluarkan oleh kelenjar pituitari.  Kami dapat mengenal pasti pesakit menghidap penyakit Graves sekiranya tahap TSH dan tiroksin mereka adalah rendah.

tiroid

Rawatan Penyakit Graves
"Pesakit yang disahkan menghidapi penyakit  ini akan diberikan ubat-ubatan sahaja.  Biasanya kami akan berikan mereka propylthiouracil dan carbimazole.  Ubatan ini akan menghalag kelenjar tiroid daripada terus menghasilkan hormon tiroid.  Dalam Kebanyakkan kes, pesakit perlu mengambil ubat-ubatan ini sekurang-kurangnya selama setahun dan mungkin lebih lama.

"Tetapi ada juga keadaan di mana penyakit ini kembali berulang.  Ia berlaku apabila pesakit menghentikan pengambilan ubat lebih awal daripada sepatutnya.  Terdapat juga kes kecil di mana penyakit ini sudah lama dirawat dan sembuh, tetapi datang kembali juga.  Jika ini berlaku, mereka perlu kembali melakukan pemeriksaan dan jalani rawatan sekali lagi.

"Biasanya, jika penyakit ini tidak reda selepas dua tahun, pesakit akan dinasihatkan mengambil rawatan radioaktif iodin yang boleh mengurangkan aktiviti tiroid sekali gus untuk jangka masa panjang.

"Pembedahan bagi mengeluarkan kelenjar tiroid (throidectomy) akan dilakukan sekiranya pesakit tidak boleh bertoleransi dengan ubat-ubatan anti-tiroid yang dibekalkan atau mereka tidak mahu menerima terapi radioaktif iodin.  Pesakit kemudiannya akan memerlukan rawatan tiroksin bagi memastikan tahap hormon tiroid adalah mencukupi", ujar Dr. Vijay.

[sumber majalah isihat]

hypertiroid


Antara vitamin yang disyorkan selain daripada mengambil ubat-ubatan

1. Pesakit HYPOTIROID boleh mengambil VitaLea, Vita-E Complex, OmegaGuard dan B Complex dan alfalfa (tidak boleh mengambil ESP)

Fungsi-fungsi vitamin untuk pesakit HYPOTIROID, sila klik SINI

2. Pesakit HYPERTIROID boleh mencuba Vivix dan ESP (tidak boleh mengambil Vitalea dan Alfalfa Complex)

Fungsi-fungsi vitamin untuk pesakit HYPERTIROID, sila klik SINI
--------------------------------------------------------

Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan
*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*






No comments:

Post a Comment