Thursday, 22 May 2014

A.V.E : Sendawa & Kentut - Masalah atau Tabiat?

sakit perut

Setiap orang pastinya akan mengeluarkan 'angin' setiap hari sama ada dengan sendawa atau melepaskan melalui rektum, atau bahasa mudahnya kentut.  Walau bagaimanapun, apabila angin tersebut tidak dapat dilepaskan, mulalah kita akan merasa tidak selesa.  Sakit kepala, pening dan perasaan berdebar-debar antara tanda-tanda yang muncul bila angin tidak lepas keluar.

Dari situ, mulalah pelbagai cara dilakukan bagi membolehkan angin tersebut keluar.  Antara cara dilakukan adalah dengan cara mengambil teh halia, minuman berkabonat dan tidak ketinggalan ada yang meminta rakan untuk membantu memicit badan.  Jika masih tidak berkesan, pastinya farmasi menjadi pilihan untuk mencari ubat yang boleh membantu membuang angin dalam badan.

Menurut Dr. Nik Ritza Kosai Mahmood, Pakar Perunding Kanan Bedah, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), gas atau angin di dalam badan sebenarnya berpunca daripada dua sumber iaitu udara kita sedut setiap masa dan bakteria yang terdapat di dalam usus besar akibat gangguan daripada sesetengah bahan makanan yang tidak dapat di hadam dengan baik dalam badan kita.

"Angin boleh memasuki badan melalui apa sahaja bahagian dalam tubuh yang mempunyai ruang komunikasi dari luar ke dalam.  Antaranya adalah rongga hidung, sinus, trakea, paru-paru sehinggalah ke dalam sistem penghadaman.  Kebiasaannya, angin yang disedut  paling akan sampai ke perut.  Tetapi, ada juga keadaan di mana ia boleh sampai sehingga ke usus.

"Angin semulajadi yang ada dari dalam pula biasanya berlaku di dalam usus di mana ia terbentuk daripada reaksi.  Sebenarnya, dalam perut sahaja ada banyak sel yang mengeluarkan cecair enzim yang mana apabila makanan masuk ke dalam perut, enzim akan bereaksi dengan makanan untuk memecahkannya agar menjadi lembut dan halus.

"Selepas dua jam, makanan tersebut akan melalui usus kecil pula di mana pankreas akan mengeluarkan enzim yang lain pula bagi memcahkan lagi molekul makanan tadi supaya ia betul-betul hancur dan senang diserap dalam usus.  Usus merupakan sel mikroskopik di mana makanan yang melaluinya juga perlulah bersaiz mikroskopik juga, "ujar Dr. Nik Ritza.

angin dalam badan

Tabiat Tanpa Sebab
Apa sebenarnya sebab kita sendawa atau kentut setiap hari? Ia dianggap satu perkara wajib yang perlu dilakukan kerana jika angin tidak keluar, kita mengatakan bahawa proses penghadaman tidak berlaku dengan sempurna atau mungkin kerana 'salah makan'.

Tambah Dr. Nik Ritza, terdapat dua sebab kita sendawa dan kentut.  Kebanyakkan daripada kita sendawa dan kentut kerana ia seakan sudah menjadi satu tabiat atau kebiasaan.  Sebagai contoh, setiap kali selepas makan, kita sudah diajar untuk sendawa.  Orang kata, kalau nak badan sedap perlu buang angin.

"Bagi saya, semua itu merupakan tabiat tanpa sebab. Ia seakan menjadi satu budaya. Malah, di sesebuah negara ada budaya di mana perbuatan sendawa itu satu perbuatan yang kurang sopan manakala kentut pula amat digalakkan.  Ada juga budaya di negara lain di mana keadaan adalah sebaliknya.

"Sebab kedua, memang ada sendawa yang tidak boleh dikawal.  Perkara ini berlaku disebabkan masalah refluks.  Terdapat ruang yang menyebabkan angin senang untuk naik lalu di mana keadaan ini dinamakan gastreosofagus refluks.  Ia juga memicu kepada masalah pedih ulu hati biasanya memerlukan pembedahan bagi tujuan rawatan.

"Ada juga keadaan di mana angin tidak boleh keluar dan tersekat dalam badan.  Ia boleh berpunca daripada dua sebab juga iaitu masalah mekanikal dan masalah fungsi.  Masalah mekanikal adalah apabila wujud satu benda yang menyebabkan tersumbat seperti kanser, perut berlipat dan juga hernia.

"Masalah fungsi pula berlaku apabila keadaan usus seseorang individu itu normal, tetapi tiada peristalsis.  Peristalsis merupakan tindakan atau gerakan beritma perut yang menghancurkan, mencerna, mengisar dan mencampurkan makanan dengan jus-jus, enzim, asid tertentu dan lain-lain yang dirembeskan.  Tindakan peristalsis ini juga memudahkan makanan dicerna dan diserap (asimilasi) masuk dalam vilus dalam salur usus.

Usus tidak berfungsi selepas pembedahan
"Masalah fungsi ini biasanya terjadi selepas pembedahan.  Selalunya berlaku semasa pembedahan terbuka di mana ketika itu, pakar bedah melakukan pelbagai aktiviti ke atas perut seperti menggunting, mengangkat dan memegangnya.  Perut sebenarnya sangat sensitif, terutamanya wanita yang lebih sensitif, terutamanya wanita yang lebih sensitif ususnya.

"Ketika itu, berlaku keadaan di mana perut seperti 'tidur'.  Sebab itu biasanya kita akan tanya sudah buang angin atau tidak.  Ini kerana, jika usus masih belum berfungsi pesakit makan apa pun, mereka akan muntah kembali.

"Ada juga keadaan di mana usus lambat bangun.  Untuk itu, biasanya kita akan lakukan pemeriksaan darah untuk lihat sama ada zat garam pada pesakit cukup atau tidak.  Bagi tujuan elektro konduktiviti, usus perlukan banyak aktiviti pergerakan aktif dan pasif yang menggunakan natrium, kalium, klorida bikarbonat dan juga magnesium fosfat.

"Biasnya, selepas pembedahan, semua zat itu memang berkurangan kerana pesakit kurang atau tidak makan.  Itu yang menyebabkan usus lambat bergerak.  Apabila kandungan garam dalam badan berkurangan, kita biasanya akan berikan drip sahaja kerana jika beri makanan atau air, pesakit pasti memuntahkannya semuala kerana usus masih belum berfungsi.

"Selain itu, terdapat juga perkara yang menyebabkan perut sensitif seperti nanah di mana ia melambatkan perut untuk berfungsi.  Sebab itu, ada ketika kita akan berikan yogurt kepada pesakit.  Ini kerana, yogurt mengandungi laktobasilus, bakteria yang baik untuk usus.  Bila pesakit sudah keluarkan angin, ini bermakna ususnya sudah mula berfungsi," ujar Dr. Nik Ritza.

[sumber majalah isihat]


Antara Vitamin Shaklee yang disyorkan

Set Gastrik Shaklee - Ostematrix, Peppermin Ginger, ESP

set gastrik

Boleh membuat pembelian secara ONLINE dengan beberapa langakah yg mudah...

Happy Shopping!!


 Order Now

Set Lepas Pembedahan - Zinc, Vivix, ESP

set selepas pembedahan

Boleh membuat pembelian secara ONLINE dengan beberapa langakah yg mudah...

Happy Shopping!!


 Order Now

Set Appendik - Vita C, Zinc, Lecithin, Vivix

Boleh membuat pembelian secara ONLINE dengan beberapa langakah yg mudah...

Happy Shopping!!


 Order Now


Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan
*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*


No comments:

Post a Comment