Monday, 5 May 2014

A.V.E : Risiko Patah Tangan

Tangan manusia terdiri daripada 29 tulang dan 29 sendi.  Setiap hari pula, kita menggunakan tangan untuk melakukan pelbagai aktiviti.  Malah, jika kita terjatuh, anggota pertama kita yang akan pantas menahan tubuh adalah tangan.  Begitu juga ketika diserang, tangan dijadikan alat perlindungan diri.  Darjah kebebasan tangan yang cukup tinggi menyebabkan ia berupaya melakukan pelbagai aktiviti yang dirasai perlu.

Menurut Dr. Mohd ISkandar Mohd Amin, Konsultan Ortopedik, Tangan dan Pembedahan Mikro dari Hospital Pantai Kuala Lumpur, fungsi tangan yang pelbagai itu jugalah yang menyebabkan  tangan menyumbang sehingga 12 ke 15 peratus kes dalam masalah patah yang berlaku di anggota badan.

"Patah berlaku apabila daya yang sangat tinggi dikenakan ke atas tulang.  Apabila ia berlaku, biasanya pesakit akan mengalami rasa sakit, bengkak dan penggunaan bahagian yang tercedera akan berkurangan.  Ramai yang beranggapan bahawa keretakan adalah berbeza dengan patah, tetapi kedua-duanya adalah sama sahaja jika berlaku di bahagian tangan.

"Patah boleh menjadi mudah dirawat dan sembuh bilamana kepingan tulang adalah sejajar dan stabil.  Jenis patah yang lain adalah tidak stabil di mana tulang cenderung untuk beralih tempat atau menjadi serpihan.  Patah terbuka pula berlaku apabila serpihan tulang memecah melalui kulit lalu menyebabkan kulit pesakit terbuka sehingga menampakkan bahagian tulang.

"Patah ini biasanya berlaku akibat kemalangan jalan raya, semasa bersukan atau tangan termasuk dalam mesin.  Risiko jangkitan boleh berlaku dalam patah jenis ini.  Apabila keadaan ini berlaku, perkara pertama yang perlu doktor lakukan adalah mencuci dan menutup luka tersebut terlebih dahulu.

"Sebelum memikirkan untuk membetulkan semula kedudukan tulang yang patah, bahagian kulit perlu ditutup terlebih dahulu bagi mengelakkan jangkitan kuman.  Apabila pesakit datang kepada kami dalam keadaan ini, kami tidak boleh terus melakukan pembedahan bagi menyambung semula tulang yang patah.  Masih ada prosedur lain yang perlu dilakukan dahulu.

"Patah tertutup pula adalah keadaan di mana bahagian kulit yang terlibat tidak terbuka.  Kawasan yang patah biasanya ditunjukkan dengan keadaan kulit yang kelihatan bengkak dan lebam.  Dalam keadaan ini, kami akan terus melakukan prosedur memasukkan serta membetulkan kembali keadaan tulang pesakit.

pembedahan patah tangan


Tidak semua memerlukan pembedahan

" Pemeriksaan lanjut dan x-ray akan dilakukan bagi menentukan bahagian tangan yang patah dan tahap keretakan yang berlaku bagi mengenal pasti kaedah rawatan yang akan dilakukan.  Ada keadaan di mana tulang masih boleh diselaraskan tanpa perlu pembedahan bergantung pada tahap patah yang dialami pesakit.

" Anduh atau pendakap akan digunakan bagi menahan tulang yang patah tadi daripada bergerak.  Ia mungkin dipasang dari hujung jari, melalui pergelangan tangan hingga ke siku bagi memastikan tulang kekal berada tempatnya.

" Namun begitu, patah teruk akan memerlukan pesakit menjalani pembedahan.  Terdapat dua jenis pembedahan iaitu pembedahan terbuka dan juga minimally invasive.  Wayar, skru atau plat akan di implan di bahagian yang patah bagi tujuan memegang tulang di tempatnya.  Pembedahan terbuka adalah keadaan di mana doktor perlu membuat bukaan yang besar semasa pembedahan.

'Minimally Invasive' pula hanya melibatkan bukaan yang kecil sahaja.  Namun begitu, pembedahan ini memerlukan tahap kepakaran yang tinggi kerana doktor hanya membuat lubang kecil sahaja dan memasukkan implan yang sepatutnya dengan hanya berpandukan pada x-ray di hadapannya sahaja.

patah tangan

patah sendi



6 Minggu Tempoh Penyembuhan

Dalam apa jua pembedahan mahupun rawatan, perkara pertama yang pesakit ingin tahu adalah tempoh masa penyembuhan.  Secara amnya, selepas pembedahan, pesakit mengambil masa tiga minggu untuk sembuh.  Namun begitu, tiga minggu lagi diperlukan bagi memastikan tangan mendapat kekuatan yang asal.

" Kunci utama rawatan patah tangan adalah mengembalikan sepenuhnya fungsi utama tangan.  Untuk itu, terapi tangan perlu dilakukan sepanjang tempoh penyembuhan bagi tangan dapat digunakan sepenuhnya.  Namun begitu, itu merupakan tempoh masa penyembuhan bagi kategori patah tangan tertutup.

" Bagi patah tangan terbuka di mana ia mengakibatkan bahagian kulit terkoyak, tempoh menyembuhannya adalah lebih panjang. Ini kerana proses rawatan mereka adalah lebih di mana luka pada kulit perlu ditutup terlebih dahulu sebelum pembedahan ke atas tulang boleh dijalankan, dengan kepakaran yang ada sekarang pakar bedah tangan dapat melakukan pembedahan ke atas kulit, tisu lembut dan tulang sekaligus dan ini akan mempercepatkan lagi jangka waktu penyembuhan.

[sumber majalah i sihat]


Vitamin yang disyorkan untuk penyembuhan tulang retak


dvanced joint health tablet
Advanced Joint Health Tablet

Antara kebaikan AJHT ni :

  • menyokong keselesaan sendi
  • membantu mengekalkan tulang rawan
  • memelihara tisu penyambung yang sihat

ostematrix
Ostematrix

10 fungsi & kebaikan ostematrix shaklee
1. Menguatkan Tulang
2. Mencegah Obesiti 
3. Melindungi Otot Jantung 
4. Mengelakkan Kanser Kolon 
5. Mencegah Blues Pra-haid 
6. Mencegah Batu Karang 
7. Memastikan Tahap pH Alkali Yang Sihat 
8. Kawalan Tekanan Darah
9. Mengekalkan Gigi dan Gusi yang sihat 
10. Membantu Pengangkutan Nutrien

penyembuhan luka dengan cepat
Energizing Say Protein



Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan
*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*







No comments:

Post a Comment