Saturday, 17 May 2014

A.V.E : Adakah B Complex Menggemukkan?

Dalam pengambilan vitamin sebagai makanan tambahan, kita sering kali mendengar, orang akan memberitahu kita bahawa, jika anda ingin gemuk, bolehlah ambil Vitamin B-Complex. Malahan, Vitamin B-Complex ini membantu menambahkan selera makan anda. Sejauh mana kenyataan ini boleh diterima pakai? Jika kita pergi ke farmasi, kadang-kadang kita akan berjumpa dengan vitamin yang di label B-Complex, tetapi, kandungan vitamin B di dalamnya, tidak mencukupi sehingga 8 jenis Vitamin B.
Kenali, jenis-jenis 8 vitamin B yang perlu ada di dalam B-Complex :
Terdapat 1 hubung kait antara Vitamin B dengan berat badan, namun begitu, terdapat juga mitos yang mengatakan bahawa penurunan berat badan juga mengaitkan keperluan pengambilan Vitamin B. Mari kita letakkan semua fakta ini bersama dan terangkan bagaiman vitamin B ini boleh membantu anda untuk menurunkan berat badan.
Hubungan antara Vitamin B dan Berat Badan.
Tubuh manusia memerlukan 13 vitamin dan termasuk dari 8 jenis vitamin dari kumpulan Vitamin B-Complex. Vitamin B-Complex adalah amat penting untuk proses metabolisme seperti sintesis sel darah  merah dan pengeluaran tenaga.
Semua vitamin B-Complex bersifat larut air. Mereka menyediakan tenaga daripada karbohidrat dan menukarkannya kepada glukosa. Vitamin B-Complex juga merupakan asas kepada metabolisme protein dan lemak. Semua vitamin B-Complex bekerjasama, jadi, adalah amat penting untuk kita mengambil semua 8 jenis vitamin B serentak pada masa yang sama. Vitamin B dan penurunan berat badan adalah saling berkait-rapat, tetapi ianya akan berlaku hanya jika kita mengambil kesemua 8 jenis vitamin B-Complex.

Jenis-Jenis Vitamin B
1. Vitamin B-1 (Thiamine)
Vitamin B-1 diperlukan untuk metabolisme yang sempurna bagi kanji dan gula, dengan tujuan untuk menghasil tenaga pada tubuh. B-1 membantu keberkesanan kesihatan sistem saraf. B-1 juga turut membantu jantung dan otot-otot lain untuk berfungsi dengan baik. Tahap tekanan yang tinggi, boleh meningkatkan keperluan bagi B-1. Sumber-sumber makanan bagi Vitamin B-1 adalah seperti, gandum bran, kacang soya, daging dan sirap pekat. Pengambilan alkohol, boleh menghalang penyerapan berkesan B-1. B-1 bertindak dengan lebih kesan dengan kehadiran, B-2, B-Complex, Niasin, Vitamin C, asid folik, mangan dan Vitamin E.
2. Vitamin B2 (Riboflavin)
Vitamin B2 membantu fungsi tiroid dengan betul dan menjaga metabolisme anda. Vitamin B2 adalah penting untuk metabolisme lemak, protein dan karbohidrat. B2 juga perlu untuk membaiki kulit, rambut serta kuku. Kekurangan Vitamin B2 boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Malahan, B2 juga membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Orang yang melakukan senaman setiap hari sebenarnya, kehilangan B2, kerana mereka memerlukannya sebagai bekalan semasa bersenam. Sumber makanan untuk B2 adalah seperti susu, keju, telur, badam, bijirin dan sayur-sayuran.
3. Vitamin B3 (Niasin)
Vitamin B3 membantu dalam pengeluaran hormon tiroid. Sumber makanan yang dipercayai bagi Vitamin B3 adalah seperti tuna, ayam belanda, ayam, dedak gandum, telur, daging, keju, oat, buah-buahan kering dan beras perang.
4. Vitamin B5 (Asid Pantotenik)
Vitamin B5 merupakan asas kepada penghasilan tenaga di dalam badan. Oleh kerana tenaga diperlukan untuk membuat senaman, jadi Vitamin B5 memainkan peranan penting dalam menurunkan berat badan. Sumber makanan yang  dipercayai adalah seperti, daging, ayam, telur, kekacang, gandum bran,  roti bijirin dan sayuran hijau. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet adalah cara terbaik untuk meningkatkan pengambilan vitamin B5.

5. Vitamin B6 (Pyridoxine)
Vitamin B6 memainkan peranan penting dalam metabolisme lemak, terutamanya asid lemak tidak tepu. Vitamin B-6 membantu dalam peraturan dan pengeluaran tiroid. B6 juga turut memastikan sistem metabolisme berfungsi dengan betul. Vitamin B6 membantu dalam pengeluaran asid hidroklorik dan untuk metabolisme, asid amino yang banyak adalah perlu. Sumber makanan bagi vitamin B6 adalah seperti bijirin, ayam, pisang, daging, telur, avokado, buah-buahan kering dan sirap pekat.

6. Vitamin B12 (Cyanocobalamin)
Vitamin B12 terlibat dalam metabolisme bagi hampir setiap sel di dalam badan. Maklumat khusus bagi Vitamin B12 ini agak sukar di cari, namun begitu, yang paling ketara adalah, B12 boleh mempengaruhi dalam sintesis DNA. Malahan, ia juga memberi kesan kepada sintesis asid lemak dan penghasilan tenaga. B12 adalah perlu dalam pencernaan, sistesis protein, penyerapan makanan, dan metabolisme lemak dan karbohidrat. Terdapat banyak jenis makanan tambahan yang membantu dalam kekurangan vitamin B12. Sumber makanan bagi vitamin B12 adalah seperti daging, ikan dan telur.
Vitamin Kumpulan B
1. Thiamin
- Membantu menukarkan glukosa kepada tenaga di dalam badan
- Memainkan peranan penting dalam fungsi sistem saraf
2.  Riboflavin
- Memainkan peranan penting dalam metabolisme tenaga
3. Niasin
- Ia diperlukan oleh badan untuk metabolisme lemak, karbohidrat dan alkohol untuk menghasilkan tenaga
- Ia sukar hilang ketika proses memasak, berbanding dengan kebanyakan Vitamin B yang lain.
4. Biotin
- Ia diperlukan untuk proses metabolisme tenaga, metabolisme asid amino, sintesis lemak dan glikogen
5. Pyridoxine
- Ia diperlukan untuk metabolisme protein dan karbohidrat
6. Folate
- Ia diperlukan dalam pembentukan sel darah merah
7. Cyanocobalamin
- Ia diperlukan dalam proses pemecahan asid lemak dan asid amino bagi tujuan menghasilkan tenaga.
————————————————————————————————————————————————–
Bagaimana pula dengan B-Complex Shaklee? Apa perbezaannya?
Syarat untuk B-complex yang penting dalam penurunan berat badan adalah kesemua kumpulan vitamin B perlu diambil bersama-sama. Jika ada yang tertinggal, maka pincanglah fungsi B-complex kerana 8 jenis vitamin B ini memerlukan antara satu sama lain untuk kesan yang efektif. Cuba lihat botol B-complex anda..Cukupkah kesemuanya? Mungkin jika anda menjadi gemuk disebabkan B-complex kerana B-complex di tangan anda tidak cukup 8 jenis vitamin B. Awas yea..Perkara ini nampak kecil tapi besar impaknya.
Supplemen Cadangan Untuk Ibu Menyusu ...
  • Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif  - Asid folik tambahan dan vitamin B penting tidak mudah diserap.  Oleh itu, Shaklee berjaya menghasilkan kandungan asid folik yang unik serta boleh membuatkan zat makanan lebih mudah diserap dan teknologi berpaten ini eksklusif untuk Shaklee.
  • Mudah di telan
  • Mengandungi kesemua 8 Vitamin B yang penting termasuk 100% Nilai Harian biotin

Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan
*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

No comments:

Post a Comment