Sunday, 11 May 2014

A.V.E : Ibu Mengandung - Cara Tambah Darah (Hemoglobin)

Apa pengalaman paras hemoglobin (hb) korang semasa preggy? Di awal kehamilan, paras hb fazreen alhamdulillah ok iaitu dengan bacaan 11-12.  Sehingga dah bersalin pun hb tetap ok.  Syukur alhamdulillah..

Tapi nak dijadikan cerita, kuasa Allah selepas melahirkan anak yang pertama, saya mengalami tumpah darah..menurut doktor saya kehilangan 1 liter darah semasa bersalin.  Biasanya orang bersalin akn hilang 250ml darah je.  Memang sangat terkejut, badan saya lemah, pucat, tak bermaya sehingga masuk icu dan masuk darah dua pine (2 bungkus bag). Alhamdulillah..berkat doa suami, family, kawan-kawan..Allah panjangkan lagi umur saya.

Sebenarnya paras hemoglobin yang rendah semasa kehamilan boleh menyebabkan berlakunya anemia.  Dan tahukan anda bahawa secara purata hampir 80% wanita yang sedang hamil akan mengalami masalah ini dan secara umum orang yang kurang hb dipanggil Anemia.

cara tambah darah

Tahukah anda kenapa hb boleh rendah semasa hamil walaupun awal kehamilan bacaan sangat cantik?

  • Peningkatan dalam isipadu darah
  • Penurunan secara sederhana dalam kepekatan sel darah merah
  • Penurunan kadar hemoglobin normal
  • Punca anemia selama kehamilan juga boleh meliputi
  • Kurangnya pengambilan zat besi dalam diet
  • Kekurangan asid folat
  • Pendarahan gastrointestinan
  • Kehilangan darah dari pendarahan buasir.
Pesakit anemia ini biasanya kekurangan zat besi di dalam bada.  Namun begitu, sekiranya jumlah zat besi dan asid folic mencukupi, ada kemungkinan anda boleh menjadi anemia kerana perubahan besar proses pencernaan semasa kehamilan.

Risiko anemia semasa kehamilan akan menjadi lebih besar sekiranya:
  • Jika mempunyai morning sickness teruk dengan muntah yang kerap
  • Jika mempunyai dua atau lebih berturut-turut kehamilan
  • Jika mempunyai kehamilan berganda
  • Jika aliran haid sebelum kehamilan itu berat/banyak (heavy)
Keadaan ini menyebabkan ibu hamil memerlukan 18-27 gram zat besi setiap hari.  Jika tidak cukup vitamin B12 atau asid folic, kehilangan sejumlah besar darah, atau beberapa penyakit darah warisan seperti sickle cell diesease juga boleh menyebabkan anemia semasa kehamilan.

Apakah simptom kekurangan zat besi?
  • Keletihan yang berlebihan
  • Jika keadaan menjadi parah, boleh menyebabkan pengsan, pening, kulit pucat, degupan jantung cepat atau tidak teratur dan sesak nafas.
Jadi bagaimana cara untuk menambah hemoglobin (HB) semasa hamil?

Sekiranya punca anemia adalah kerana kandungan zat besi tidak cukup, maka keadaan ini dirawat dengan tablet atau pil zat besi.  Pengambilannya perlu bersama makanan untuk mengelakkan mual.  Dalam rangkaian produk Shaklee, vitamin yang dapat membantu meningkatkan paras HB adalah Vitalea iaitu formulasi zat besi dalam multivitamin.  Tapi harus diingat, elakkan pengambilan zat besi/vitalea bersama susu atau produk tenusu kerana ia mengurangkan keberkesanan serapan zat besi dalam badan.

Terdapat dua jenis anemia iaitu:
  • Anemia ringan (HB 9-11gm%)

          - Digalakkan makan seperti biasa dan menambah vitamin b complex yang mengandungi              folic asid dan  vitamin B12 untuk menambah kepekatan hemoglobin.
          - Sebab itu digalakkan ibu hamil mengambil set hamil yang lengkap terdiri dari Vitalea &              B complex  bagi pembentukan sempurna hemoglobin

  • Anemian teruk (<8gm%)
      - Ibu hamil mungkin akan diberi oleh doktor suntikan zat besi (Imferon) atau membuat                    pemindahan darah
     - Juga digalakkan makan seperti biasa dan menambah vitamin b complex yang                             mengandungi folic asiddan vitamin B12 untuk menambah kepekatan hemoglobin

Itu dari segi pemakanan supplement.  Bagaimana pula cara menambah hemoglobin (HB) ibu mengandung melalui pemakanan? Apakah makanan yang dapat membantu meningkatkan hemoglobin?
  • Makanan yang kaya zat besi, seperti daging lembu, roti gandum dan bijirin, telur dan buah-buahan kering
  • Makan makanan yang tinggi asid folic seperti kekacang, mentega kacang, oatmeal, cendawan, sawi brokoli dan asparagus.
  • Makan juga makanan yang tinggi vitamin C, seperti buah-buahan citrus seperti oren, sayur-sayuran mentah makanan.
NOTA PENTING : Vitamin C membantu penyerapan zat besi yang lebih cekap

set ibu mengandung terimester pertama


set ibu mengandung trimester kedua & ketiga
Set Lengkap Hamil Shaklee


Kita dah lihat bagaimana pentingnya bacaan hemoglobin yang tinggi semasa hamil, simptom dan cara untuk mengatasinya.  Tahukah apa yang terjadi sekiranya paras hb kekal rendah sehingga kelahiran?


Kesan kepada ibu:

  • Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
  • Mengalami keguguran
  • Mengalami kegagalan jantung
  • Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
  • Risiko alami penyakit berjangkit
Kesan kepada bayi dalam kandungan:
  • Intrauterine growth restriction (IUGR) atau pertumbuhan janin terbantut 
  • Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
  • Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
  • Anak lemas semasa lahir 
  • Mati ketika dilahirkan atau stillbirth
Sebab itulah dalam set hamil Shaklee, kombinasi Vitalea, B Complex, Vitamin C adalah sangat penting bagi menjamin kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan dengan baik. In Shaa Allah.  Ditambah dengan ESP dan Ostematrix, ibu merasa lebih bertenaga, tidak letih dan tidak mengalami sakit badan atau risiko osteoporosis untuk jangka masa panjang.

Hubungi fazreen jika anda mengalami masalah hb rendah.  In Shaa Allah kita ikhtiar dengan Shaklee.
Semoga hasilnya tidak mengecewakan



Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan
*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*






No comments:

Post a Comment