Monday 26 May 2014

A.V.E : 7 Mitos Pemakanan Yang Anda Fikirkan Benar

Benarkah Vitamin C mampu mencegah serangan selsema? Apakah cara terbaik menikmati lobak merah, secara mentah atau dimasak?  Benarkan MSG penyebab sakit kepala? Terdapat banyak persoalan atau tanggapan mengenai pemakanan yang sehingga kini tidak ketahui kebenarannya, apa kata teruskan membaca artikel di bawah:

MITOS:
Vitamin C boleh menyembuhkan selesema

FAKTA:
Penyelidikan telah menunjukkan bahawa vitamin C tidak menghalang selsema, melainkan anda merupakan salah seorang yang tergolong dalam kalangan peminat sukan seperti marathon, pemain ski dan tentera yang melakukan latihan sub-Artik.

MITOS:
Lobak merah mentah lebih berkhasiat daripada dimasak

FAKTA:
Memasak sebenarnya meningkatkan nilai pemakanan lobak merah.  Proses ini membuatkan dinding sel yang meliputi beta-kortena berjaya dipecahkan dan ia menghasilkan lebih khasiat

MITOS:
Buang kulit ayam sebelum memasak boleh kurangkan lemak dan kalori

FAKTA:
Kulit ayam boleh digunakan sebagai perasa semulajadi ketika memasak tidak kira membakar, memanggang mahupun apa cara masakan.  Tetapi pastikan ia dibuang sebelum dihidangkan.

MITOS:
MSG yang digunakan dalam masakan menyebabkan sakit kepala dan tindak balas yang lain

FAKTA:
Ia mungkin berlaku kerana tindak balas kandungan monosodium glutamat yang terdapat di dalam MSG.  Mereka yang mengalami tindak balas tersebut biasanya mempunyai alahan terhadap histamin, tyramine dan phenylethylamine.

MITOS:
Jus kranberi boleh menyembuhkan jangkitan saluran kencing

FAKTA:
Tidak ada bukti yang tepat bahawa jus kranberi atau makanan tambahan boleh merawat jangkitan yang perlu di rawat dengan antibiotik.  Tetapi minum jus atau mengambil makanan tambahan secara tetap boleh mencegah jangkitan kerana sebatian dalam jus boleh menghentikan jangkitan bakteria yang melekat pada pundi kencing

MITOS:
Makanan pedas penyebab ulser

FAKTA:
Rempah dan makanan pedas tidak menjadi penyebab kepada ulser.  Bakteria helicobacter pylori boleh menyebabkan ulser, melainkan ulser terjadi akibat penggunaan ubat-ubatan seperti aspirin.  Tetapi rempah dan makanan pedas merupakan punca kepada gangguan usus bukannya penyebab ulser.

MITOS:
Makanan bebas lemak adalah lebih baik daripada makan penuh lemak

FAKTA:
Apabila ia datang dalam bentuk daging segar dan beberapa produk tenusu, ia biasanya kurang lemak dan ini adalah lebih baik.  Tetapi jika ia hadir dalam bentuk bungkusan yang telah diproses mungkin ia telah ditambah pelbagai bahan lain.  Kini, pakar-pakar pemakanan mengesyorkan agar elakkan mengambil makanan bebas lemak sebaliknya beralih kepada makanan lemak semulajadi seperti kacang.

[sumber malajah isihat]


Ingin mendapatkan vitamin Shaklee yang semulajadi, Halal serta tiada kesan sampingan. Dapatnya daripada kami Awesome Vitamins Ever. Kami sedia membantu anda dalam memilih vitamin yang sesuai untuk diri anda, keluarga dan orang tersayang. Konsultasi secara ekslusif akan diberikan kepada anda secara percuma. In Shaa Allah. 


Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan
*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

No comments:

Post a Comment