Ingin cergas dan fit seperti atlit profesional? Bukan hanya memiliki bentuk badan yang atletik dan ideal, tetapi juga prestasi fizikal juga perlu pada tahap yang primer. Oleh kerana itu, selain senaman kardio, skill dan lain-lain, berikut adalah latihan ringkas dan murah dan boleh menjadikan anda fit.
Shuttle Run (Pecutan Berulang)
Latihan yang dapat meninggkatkan stamina dan kemampuan maneuver semasa berlari jika rutin dilakukan:
- Siapkan lintasan/track larian sepanjang 20 meter
- Pecut (sprint) dari hujung ke hujung dan ini dikira 1 ulangan/repetisi
- Lakukan 6 ulangan dengan catatan masa
- Berehat 5 minit dan ulangi 6 ulangan
- Lakukan 2 kali seminggu dan berusaha untuk memperbaiki catatan masa
- Lebih baik jika anda dapat mengukur kadar denyutan nadi secara manual ataupun dengan memakai jam tangan yang dapat mengesan nadi kerana semakin cepat denyutan nadi kebali kepada bacaan normal bermakna anda fit (heart rate recovery)
Lateral Plyometric Jump (Lompatan Plyometrik Sisi)
Mungin melompat bukanlah kegemaran anda semasa bersenam. Namun lompatan dapat menambah kekuatan otot kaki selain melatih keseimbangan badan agar terhindar daripada kecederaan
- Pilih permukaan yang rata dan lembut seperti padang berumput atau track larian
- Mulakan dengan melompat melepasi garisan di atas tanah atau trach tersebut agar anda terbiasa dengan lompatan sisi
- Apabila sudah terbiasa, dengan perlahan-lahan naikkan ketingian halangan dan lompatan serta kecepatan
- Sebaiknya lakukan seberapa banyak lompatan dalam 1 minit kemudian istirahat 1 minit dan ulang sehingga 3 ulangan
- Lakukan 2 kali seminggu
Stair Running (Larian Tangga)
Tangga di kawasan rumah atau pejabat atau di mana sahaja yang sesuai bleh menjadi alat senaman yang lebih baik berbanding treadmill! Menaiki tangga adalah senaman dengan intensiti tinggi untuk melatih stamina dan kecepatan pecutan (sprinting). Caranya:
- Mulakan dengan melangkah satu persatu anak tangga. Melangkah menaiki 1 anak tangga dengan kecepatan biasa membakar 0.3kcal!
- Tingkatkan kecepatan melangkah menaiki tangga, langkah menuruni tangga dikira sebagai istirahat. Lakukan sebanyak 10 ulangan setiap kali latihan
- Lakukan 2 sesi latihan seminggu dan tidak lebih dari itu (risiko kecederaan/jatuh)
Apa pun latihan dan senaman yang dilakukan, yang penting adalah konsisten. Selain bentuk tubuh yang ideal anda juga sihat dan cergas!
[rujukan : Sports Medicine About.com]
Ingin mendapatkan vitamin Shaklee yang semulajadi, Halal serta tiada kesan sampingan. Dapatnya daripada kami Awesome Vitamins Ever. Kami sedia membantu anda dalam memilih vitamin yang sesuai untuk diri anda, keluarga dan orang tersayang. Konsultasi secara ekslusif akan diberikan kepada anda secara percuma. In Shaa Allah.
Saya ingin membantu anda sihat & cergas.
Sila baca DISCLAIMER
Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan
*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*
No comments:
Post a Comment