Thursday, 15 May 2014

A.V.E : Berhati-hati Dengan Appendik


appendix

Radang appendik berlaku apabila appendik membengkak dan bernanah. Appendik biasanya bersaiz jari dan bahagian ini agak menonjol pada usus besar yang terletak di sebelah kanan abdomen.

Kesakitan mula dirasi pada bahagian pusat dan kemudiannya beralih ke bahagian bawah abdomen. Biasanya sakita ynag dialami berterusan antara 6-12 jam dan akan menjadi lebih teruk. Setiap individu berisiko untuk menghidapnya namun lebih kerap terjadi kepada mereka yang berusia antara 10 – 30 tahun.

Antara sebab terjadinya radang appendik masih tidak jelas. Namun mungkin disebabkan beberapa punca seperti:
  1. Sisa makanan atau najis tersumbat pada rongga dinding usus atau appendik.
  2. Jangkitan virus pada sistem pencernaan
Kesannya, appendik menjadi radang dan bernanah. Jika tidak menerima rawatan, kemungkinan besar appendik akan pecah.


Tanda-tanda appendik



appendix

Simptom radang appendik berubah mengikut masa dan bahagian sakit juga berbeza-beza bergantung kepda umur serta kedudukan appendik:
  • Peringkat awal, kesakitan kesakitan mula dirasai pada bahagian pusat dan kemudiannya akan terasa hingga ke bahagian bawah kanan abdomen
  • Jika radang merebak ke tisu sekitar, kesakitan lebih menusuk dan semakin teruk.
  • Loya dan muntah-muntah
  • Hilang selera makan
  • Sembelit
  • Sukar membuang angin
  • Cirit-birit
  • Bengkak pada abdomen
  • Demam
Kesakitan yang teruk mungkin dirasai biarpun abdomen disentuh secara lembut dan menyebabkan kesakitan yang berulang-ulang. Keadaan ini juga dapat dirasai jika kita batuk, berjalan ataupun keadaan yang bergegar. Kesakitan dapat dikurangkan jika kita mengiring atau duduk di mana lutut menghadap dada.
Kanak-kanak lebih cederung untuk mengalami keadaan appendik pecah berbanding dewasa. Kanak-kanak biasanya tidak menunjukkan simptom yang jelas dan ibu bapa mungkin mengambil ringan tanpa sebarang rawatan.
Atas situasi ini dan jangan ambil mudah jika anak anda mengalami sakit perut yang tidak serius. Terus bawa mereka berjumpa doktor bagi memastikan tahap kesihatan mereka . Golongan dewasa juga tidak terkecuali jika mereka melambat-lambatkan pemeriksaan dan rawatan daripada doktor.

 Kesan
1. Appendik pecah
Ini adalah komplikasi yang paling serius. Kandungan di dalam usus dan organisma yang membawa jangkitan akan meneyrang kawasan abdomen. Ini akan menyebabkan jangkitan pada lapisan yang meliputi kawasan pencernaan.
Apabila apendik pecah, pesakit terasa lebih sihat dari sebelumya secara tiba-tiba. Tetapi selepas itu, seluruh kawasan abdomen akan kembung dengan gas dan cecair. Pesakit akan berasa tidak selesa, tegang dan sakit jika disentuh. Pesakit juga akan mengalami sakit pada kawasan tertentu pada bahagian abdomen.
Pesakit juga tidak mampu membuang angin dan mennyahtinja disebabkan radang yang dialami. Lain-lain yang dapat dilihat adalah demam, dahaga dan air kencing yang sedikit.
2. Peritonitis
Radang pada dinding abdomen biasanya perut, adalah kes kecemasan. Jika ada ahli keluarga anda mengalaminya, perlulah merujuk kepada bahagian kecemasan secepat mungkin sebelum menjadi lebih kronik.
Appendik akan menjadi bengkak dan bernanah. Mungkin mencapai saiz sebesar badam atau sebesar buah limau. Rawatan adalah penting sebelum menjadi lebih kronik (peritonitis).

Rawatan

Pembedahan adalah rawatan terbaik. Pesakit perlu dibedah bagi membuang appendik (Appendectomy) yang hanya melibatkan torehan kecil pada abdomen. Rawatan ini akan pulih dengan segera dan meninggalkan parut pembedahan yang kecil.
Jika appendik pesakit pecah hingga menyebabkan jangkitan yang merebak ataupun bengkak bernanah, pesakit akan dibedah dengan torehan yang besar supaya pakar bedah dapat membersihkan bahagian abdomen. Pesakit akan diberi antibiotik melalui salur darah.
Jika simptom yang dialami berlanjutan untuk tempoh lima hari atau lebih, selalunya doktor akan memberi antibiotik untuk mengurangkan radang dan jangkitan pada bahagian sekitar appendik. Melalui cara ini bengkak berkurangan dan nanah akan dikeluarkan melalui kulit. Jika berjaya, pembedahan membuang appendik biasannya dilakukan dua bulan selepas itu.

[sumber majalahjelita.my]

Supplement Cadangan untuk Appendiks

vita C

Vitamin C- Meningkatkan sistem imunasi badan dan melawan jangkitan kuman. 

lecithin

Lecithin- Untuk  memecahkan lemak


zinc complex

Zinc Complex- Menguatkan sistem imunasi dan penyembuhan luka dengan cepat. 



Vivix - Membantu menyembuhkan luka dan menguatkan sistem imun/DNA & awet muda


Rasa malu nak call saya atau macam tak sempat nk call, anda boleh juga membuat pembelian terus, semuanya hanya di hujung jari anda. Klik-klik, buat pembayaran then barang pun terus sampai depan rumah. Mudahkan!!

Happy Shopping!!


 Order Now
Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan
*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

No comments:

Post a Comment